Monday 29 December 2014

Friday 19 December 2014

Tesco Online Delivery

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk pancing traffic? Hewhewhew.

Saja ja nak share dengan kawan-kawan semua pasal my personal experience dengan Tesco Online Delivery ni. Ini bukan post berbayar ya. So semua ulasan adalah dari hati yang tulus lagi murni. 

I kan mc for 3 days...So tahap bosan tu boleh tahan la. Nak online shopping macam takdak mood. Taktau nak cari apa. And dengan keadaan badan sekarang ni, I sendiri taktau size I apa sebenarnya. Takut beli-beli nanti sampai, tak padan pulak. Sedih lagi. So I pun mereka la cerita nak beli groceries lah kat Tesco online. Dengan alasan beras dah habis. Hahah bila pulak nak masak taktau la. Tapi setiap isi rumah tu kena la ada beras kan? Nanti kena kecam dengan Jijah lagi. "Issshh leceh la rumah orang tak masak ni apa pun takdak!" sekian kena berleter dengan Jijah. Heheh. 

So I logged on to www.tesco.com.my and start my shopping! Tapi kalau you all first time user, kena  sign up dulu. The next time masuk tak payah sign up dah. Just log in. I pernah masuk dulu. Nak order time kerja. Camtu la dok iklan sana sini, sampai ke sudah tak habis order. Kali ni berjaya. Yeeaayys! I placed the orders yesterday. I mintak depa hantar hari ni at 10am - 12pm. 

Punya la semangat I tadi, bangun tido terus mandi ni. Takut-takut la dia mai hantar pukul 10am ka kan. Sampai Hubs pi keja semua, tunggu punya tunggu, tak sampai jugak. Dah pukul 11am lebih ni. Jadi I pun call call centre Tesco saja buat ramai sikit. Tapi I tak marah-marah la. I tanya ja agak-agak pukul berapa nak sampai. I kena keluar beli makan ni. (Uols ni...memang la I MC tapi I dah rasa kuat sikit. Takpa la I p beli makan kan?). Then dok dalam 10min camtu driver tu pulak call I. Dia kata dia kat area Ayer Itam jugak. Takpa dia mai hantar kat I dulu. Hahah Manjas taks kitas? Oh ya, kalau you all nak depa hantar pi ofis pun boleh tau. Tapi malu lah I nak suruh hantar kat bawah bangunan KWSP tu. Hahaha. Sekali bawak naik sotong, udang, ikan masuk ofis. Kerlas PA perangai village people sangat.

Dalam 10min camtu sampai la lori comel Tesco.

Bringing Tesco to you.


 Haaa nampak tak depa nanti susun elok-elok camtu. Siap ada chiller compartment kat sebelah lagi tu. So kalau uols beli fresh foods, memang dijamin fresh. Orang la cakap. Aku tak beli fresh food pun. Hahah.

Haaa yang ni pulak, I dapat free monopod!! Ok dia camni, every week if you're lucky, akan ada free gift. Mee maggi, susu dan macam-macam lagi lah. Dia ada habaq dalam website tu minggu ni free apa. Tapi I tak perasan pulak. Hehehe. Pastu kan uols tengok kat resit tu, kan ada tulis substitutions tu kan? Tu maknanya kalau benda yang ampa order tu takdak, depa akan ganti dengan barang lain. Or in my case, size yang I mintak tu takdak. So dia ganti dengan bigger size. Of course harga ada sedikit berubah tapi dah dia dok layoq-layoq chocolate tu depan mata I, takkan I nak tolak rezeki? Kekekeke...

Ok and lastly, payment wise, kena guna card sahaja. Debit or credit tak kisah. Asalkan Visa or Mastercard. No cash ya.

I rasa kat KL bersepah orang order online ja kot kan. Kat Penang ni Abg driver tu bagitau Cina ja banyak order. Orang melayu ni macam kurang pendedahan sikit. So I urge uols cuba la tengok. Kalau takat dry food tu, cuba tengok sekali order online. Yelah kadang-kadang kita ni tak puas hati nak beli ayam udang sayur ni semua kalau tak pi selak-selak sendiri kan. Give it a try ok? Best wooooo.

Ok itu sajer. Hamboih nak up entry ni dari siang tadi. Wifi punya la lembab nak upload gambar. Padahal 4 keping ja pun. Siap boleh p dinner kat luar, dah balik baru siap upload. Mengong.

Okbye semua happy weekend!

  

Wednesday 17 December 2014

Dugaan.

Assalamualaikum..

Kita sebagai manusia ni takkan berhenti dari diduga kan? Samada kecil atau besar, sedar atau tidak. 

I mengaku I masih lagi diuji sampai ke saat ni. Nak kahwin, Allah buka jalan dan temukan jodoh untuk kahwin. Sepanjang jalan tu memang ada saja dugaan Allah bagi. Nak ada anak, Allah uji suruh tunggu & get myself ready dulu. Baru Dia bagi. Dah nak dapat anak, Dia uji lagi dengan ujian-ujian Dia. 

I sedar dugaan-dugaan ini adalah bagi kekhilafan I dulu. Jadi I redha & I terima. Siapa lah I nak merungut dengan apa yang Allah bagi? Apa I boleh buat, ikhtiar to overcome all this. Minta Allah beri kekuatan pada I. Tapi I sendiri pun tetap akan kuat demi anak I. As long as my baby is fine, I dah happy. Apa jadi kat I tu, letak no 2 la. Alhamdulillah my baby sihat & growing. Nothing wrong with him. I ja yang ada complication sikit. 

Tapi I nak cakap sikit la..You all rasa ada ka manusia yang minta diri dia jadi camni? Ada ka manusia yang akan fake their sickness? I tak minta simpati. Cukup la just a simple "Ok". Hhmmm cakap lebih-lebih nanti kantoi pulak siapa kan. Hahah. So ikut suka lu la camna pun. I'm supposed to get some rest not semakkan kepala. Thank you anyway for kot-kot la ada doa ka dalam diam. Huhuhu.

Ok I think I need to lie down.

Bye.

Monday 15 December 2014

Assalamualaikum...

Kejap ja pejam celik pejam celik dah hujung tahun. Orang pun dok sibuk-sibuk urus hal sekolah anak-anak. Padahal hari tu baru dengar cuti sekolah. Ni dah sibuk-sibuk beli barang sekolah, sedar tak sedar nanti sat ja dah nak naik sekolah semula. Dulu time kita, rasa cuti sekolah tu lama gila. Memang heaven sangat. Sekarang ni rasa alahai apahal sat sangat. Faktor umur mungkin? Atau kita terlalu sibuk dengan urusan kita sehinggakan kita sendiri yang sebenarnya tak dapat nak menikmati MASA tu.

Same goes with my pregnancy. Klip pok klip pok, dah masuk 5 bulan pun. Wow. Halfway through the pregnancy period mannnnn! Nak kata I tak enjoy, of course I enjoy my pregnancy. With all the ups & downs. Tapi bila terlalu busy, jangan kata tak dapat nak menikmati masa, kadang-kadang sampai terlupa pulak ada anak dalam perut. Tapi BabyNK ni bagus. Kalau time I membusy, memang dia tak kacau pun. Tapi kalau dah sampai 3-4 jam I buat tak peduli kat dia, he will kick. Serious guys. Didn't know that at first. I ingatkan angin. Tapi rupa-rupanya it's my son (In shaa Allah I'm expecting a boy! Tak payah la haih nak rahsia-rahsia sangat). Bab baby's movement, buat masa ni, I sorang ja boleh rasa. Boleh rasa it's moving kadang-kadang tu. Macam gedek gedek. Hamboih gigih explain. Tapi orang-orang lain, can only feel him bila dia mengeras close to my skin. Especially time I tengah baring telentang, nanti rasa la sat blah kanan, sat blah kiri, sat tengah-tengah. time tengah tu laaaa sakittt. Pusat macam nak tersembul keluaq. As for me, time dia dok mengeras tu, I boleh rasa. I know where he will be. So I suka la usap-usap kat situ. Sembang-sembang dengan dia. I baca time ni elok sembang-sembang dengan baby, bagi dengar soft music, dengar Quran...In shaa Allah, ada masa I buat benda-benda tu semua ok..peace!

Alhamdulillah alahan I dah takdak sekarang ni. Sickness dah takdak. And I tak reti nak bilang alahan I tu ada lagi ka tak or dah 100% takdak. Sebab makan apa pun laju ja dah sekarang. Hahhaha. Dulu takleh tengok lauk banyak-banyak nak muntah. Takleh makan ayam besar-besar nak muntah. Sekarang ok ja kot. Cuma I perasan I dah tak favour udang. Boleh main bagi camtu ja kat orang. Heheh. Light headed due to low bp apa bagai pun I tak rasa dah sekarang. Alhamdulillah....cuma kalau nak cerita pasal sakit sana sini tu, I don't know la if I sorang ja or semua orang pun camni. I sampai ke saat ni dok rasa sakit kat area bawah perut. Especially bila duduk then berdiri nak jalan kan, memang terkengkang-kengkang sikit. Rasa macam berat sangat. I don't know la if sebab uri I masih kat bawah ka apa. Tapi Doc dok kata rasa sakit tu sebab ligamen. And Doc pun kata uri kat bawah tu jangan risau lagi. Sebab still a lot of rooms to move around. Nanti bila dah dekat nak due baru risau if still kat bawah, I hope not lah. I don't want to go for cesarean. Huhuhu...

Food cravings, ermmm....macam I kata sebelum ni, sebelum pregnant pun memang dah asyik dok mengidam macam-macam. So tak reti nak beza. Hahahah. Cuma ada few things yang selalu buat I terbayang. Antaranya ialah Nasi Lemak Abg Is. I think by now sapa yang follow I kat IG, friends kat FB semua dah tau kegilaan I kat Nasi Lemak Abg Is. Hehehe. Serious weihhh sedap melampau. Sayang sekali dia dekat Batu Feringi. Kalau kat town ni, alamat tiap-tiap hari lah I nanti makan Nasi Lemak dia. Fedulik lah berat naik berapa kilos pun. Huhuhu. Lagi I suka minum air apple Fruitree yang ada aloe vera tu. Aiyooo sedappp. Lagi susu Dutch Lady yang original flavour tu. Sedapnya ya ampun minum sejuk-sejuk. Tunggang macam ayaq ais kosong ja. Lagi dok terbayang ialah cream puff. Hari tu order satu bekas tu ada 20 bijik kot. I hadap sorang ja. Apadahal. *muka eksyen*

Lani kan, kaki I kat buku lali tu bengkak tau. Doc cakap too early for water retention. Must be because of my sudden weight gain. Mak pulak cakap water retention. Sebab bila tekan, dia jadi berlekuk and lambat naik. Eh Mak pun macam Doctor jugak. Tapi kira macam bidan kampung la. Heheheh. I dah start sakit pinggang ni. Duduk kena bersandar bantal dah kat pinggang. Adoiii. I terbalik daripada orang kot I rasa. Usually time pregnant, orang selesa tido mengiring. Tapi I, at this 5 months stage, I selesa terlentang lagi. Mengiring jadi perut sakit. Macam tergantung perut tu. Tak cukup isi lagi kot. Sekarang pulak I ada L shape pillow tu. MashaaAllah sedapnya tidoq la kot mana pun memang rasa keliling badan ada bantal. Hehehe. Letak kepala, pejam mata ja terus lena. Tak gadoh nak pebetoi-pebetoi bantal dah nak bagi sedap. Hehehe.

Ok la kita sembang lain kali pulak. Cukup lah curi tulang untuk hari ni. Hehehe.

Hi semua aunties & uncles....I was peacefully sleeping then.

Bye.

#SalihinWedsFadhila - 6 December 2014

Assalamualaikum...

Akhirnya masuk jugak dalam blog ni. Hehehe. Nak cerita pasal kenduri Bei sepupu I yang akad nikah 28 Nov tu. Ingat tak? Tak ingat boleh refer kat SINI pastu kenduri depa kat SINI. Kenduri belah kami iaitu pihak lelaki, ni kat dalam ni la. Hehehe.

Cerita semua kenduri sama ja kot kan? I sampai dewan around 1pm camtu sebab I pi ambik Mama & Abah dulu kat Ayer Itam. Nasib baik la masa sampai tu, pengantin memang tengah tunggu sikit lagi rombongan. Kalau tak, memang I melepas la nak jalan sama-sama. Penat mekap cantik-cantik, upah baju cantik-cantik & pakai bunga feeling-feeling atas kepala kalau tak dapat jalan sekali dengan pengantin tau! Mihmihmih. Jom la selebihnya kita tengok gambar-gambar kat bawah ni ok? 

Iols tengah disiapkan oleh MUA iols iaitu Ms Lola. Muehehehe. Sue jangan lupa aku dah book in January ok? Hang lupa siap hang!


Time ni semua tengah standby awal lagi. Iols kan pengantin lambat sikit..hehehe..

Dah sampai tu jom kita selpiaq pa ka pa ka dulu.

Myself, Kakchak & Wani.

Kakchak, Along Yasmin & me.

Sistorsss.

With Khair Benyamin Rifqi.

The konon-konon dulang girlsssss. Mana ada dulang, bawak pungkok jaaaa.

Anak beranak. Haih la. I memang tak berpeluang la orang nak kata "macam dua beradik" dengan anak I nanti. Huhuhu.

Me & Nuryasmin Qhairiesha.

Gerdiks.

Ok jom berarak masuk.




Ada meja kat situ semua cina. Depa siap tepuk tangan. Hahaha. Tergelak Iols. Kantoi tak cover line.

Mari menggediks atas pentas.

Kemetotnya sapa tu?

 The whole family.

Kesian I is solo hari tu. Hubs keja.

Mak buyung ada hati nak duduk bawah jugak. Dia taktau ka dia nak duduk & berdiri orang kena tolong?
Ok berjaya duduk dengan vogue nya.

 Tutup mata sebab malu Shuk ada *tutup muka*


Pelamin & baju yang meletops ni di buat oleh Ratu. Butik dekat CEO yang belakang Vistana tu ok? Pi la tengok. Price pun sangat berpatutan.

Semua pakat membusy. I tarik Mama & Abah pi duduk VIP table. Hohoho.


Abang ipaq kami.

Tedia Aben.

Dia lagi. Saja promo lebih. Bujang lagi ni. Sapa berkenan, boleh tinggalkan no di petak ruangan komen ya!

Cik Wani, Nuryasmin & Akidah.

Paduan suara anak beranak.

 Takmau komen.

Pengantin sporting abis. Dah habis 1 lagu, request 1 lagi lagu. Hahahah.

Mak mentua aku ushaarrrr ja dari jauhhhh.

Budget.

Nampak tu Pak Kassim pun dasyiiaatttt.

Hahaha. Baik sungguh 2 orang ni. Depa kerja satu ofis sekarang. 

Lassstt skali, tudia depa poco-poco pulak...HAHAHAH. Best sebab family side Paksu pun best jugak join sekali. I sat ja. Lagu tu 3 minit I rasa macam menari 30min. Dulu 3 jam pun takpa. Oooopppsss!

Ok itu saja dari kami pada hari tu. I enjoyed every moment. Thank you Mama & Abah sebab stay sampai habis. Kalau tak, Aida mesti tak dapat duduk berkumpul macam ni lama-lama. Jenuh la nak pi Ayer Itam hantar Mama & Abah pastu patah balik Tanjung Bungah pastu patah balik Ayer Itam balik rumah pulak. You're the best!

So who's next?

Wednesday 10 December 2014

Sambungan.....

Assalamualaikum.

Lepas tu tengahari Sabtu tu kan, rombongan Cik Na ke rumah pengantin pempuan pulak. Heheh. Sampai ja sana, diberitahu takdak karen. Perghhh.. Belengas ketiak baq ang!

Cantik kan kamera selfie iols? Ini namanya wide selfie. Ha mekap hari tu pulak di taja oleh Jijah. Alhamdulillah la I ada kawan-kawan yang pandai mekap. Meletops pom pom.






Gambar-gambar ni semua I cilok dari IG I sendiri. 




Family perantin. Cantik Acu kiter.

Makchak & Wani.

Family Pakcik.

My sistor & my bro in law.

Hehehe lawak.

Haha sesuwai sangat.

Sara & Momma.

Ok itu ja gambar-gambar masa hari kenduri belah perempuan. Nanti I tayang gambar-gambar belah lelaki pulak k? Yang tu banyak sikit sebab syok sendiri. Hahaha.

Adehhh..I dok sakit perut memulas ni dari pagi tadi. Dah 3x pi toilet ni. Sakit fungkur tau. Apa benda la yang I tak sesuai makan ni semalam. Hhhmmmm....