Assalamualaikum.
Eh birthday I, I ingat. Tapi nak up entry pasal birthday tu I lupa. Hahaha. Faktor umur. Yeahh mari kita gunakan alasan ini sebaik mungkin.
Apa perasaan menjadi 30 tahun? Ermm entah la.. I tak rasa banyak beza pun sebenarnya. Pada pendapat I, I rasa sebab bila masuk awal tahun 2014 baru ni pun kira cincai cincai memang dah 30 pun. So I dah prep diri I untuk 30 tahun ni. Hahah. Tak la...sebenarnya memang takdak rasa beza pun. Sebab kita dah grow up along the way kan..throughout the years, kita sama-sama membesar seiring dengan waktu. Gitu.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa I nak get pregnant by the age of 30. Alhamdulillah memang the best gift ever Allah bagi kat I. Syukur sangat. Start from my birthday tu I boleh rasa lagi jelas my baby's movement. Aaaaa macam pagi-pagi dia dah bangun nak wish Ummi happy besday. Hahah.
Hadiah apa I dapat? I didn't expect anything from anyone pun..from Hubs pun I tak expect apa-apa. I faham keadaan dia. Banyak lagi kot nak guna duit for the baby. Lagi penting kan :)
As for myself, I ada la beli hadiah untuk diri sendiri. Hahaha. Masuk umur 30 kan..saja la takmau kedekut sangat dengan diri sendiri. I bought Note 4 for myself :)
Tapi kan walaupun Hubs takdak bagi hadiah as in hadiah, tapi his sweet thought tu yang adoiiii buat I tersenyum lebaq sangat. That 29 November morning, awal-awal dia dah bangun. I tanya dia nak pi mana? Dia dok mamai lagi terus pi bagitau nak beli makan. Hahah. I dah boleh agak dia nak pi beli nasi lemak Abg Is ni sebab few days before tu dia ada tanya. Hehehe. Nak buat surprise kat iols lettew. True enough, dia bawak balik 6 bungkus nasi lemak!! Hahah. Dengan choc muffin Starbucks & Caramel Machiatto. Siap hidang elok-elok atas meja makan. So sweet!
Oh nasi lemak Abg Is. Kenapa dikau begitu lazat?
And then another surprise was Hubs bagitau dia dapat cuti hari tu sempena birthday I. Wow. Terharu sangat. Gabenor punya cuti, satu Penang cuti tapi Hubs tak cuti. I punya cuti, wow, Hubs pun cuti? Hahah. Tapi salah minggu sebenarnya. Sepatutnya bagi la cuti minggu satu lagi sebab kenduri Bei. Ni bagi cuti time kenduri belah pompuan. Tapi apa pun I tetap la bersyukur (walaupun tadi merungut). Dapat jugak dia merasa cuti hari Sabtu.
Ok itu ja cerita birthday saya yang ke 30. Takdak la gempak sangat pun dah. Dulu-dulu tu lain la. Kalau boleh nak buat roof top party. Amboi berangan tak sudah. Ok hari Sabtu tu punya cerita nanti kita sambung dalam entry lain ya.
Tata.
Ok itu ja cerita birthday saya yang ke 30. Takdak la gempak sangat pun dah. Dulu-dulu tu lain la. Kalau boleh nak buat roof top party. Amboi berangan tak sudah. Ok hari Sabtu tu punya cerita nanti kita sambung dalam entry lain ya.
Tata.
No comments:
Post a Comment