Friday, 19 December 2014

Tesco Online Delivery

Assalamualaikum...

Nampak tak tajuk pancing traffic? Hewhewhew.

Saja ja nak share dengan kawan-kawan semua pasal my personal experience dengan Tesco Online Delivery ni. Ini bukan post berbayar ya. So semua ulasan adalah dari hati yang tulus lagi murni. 

I kan mc for 3 days...So tahap bosan tu boleh tahan la. Nak online shopping macam takdak mood. Taktau nak cari apa. And dengan keadaan badan sekarang ni, I sendiri taktau size I apa sebenarnya. Takut beli-beli nanti sampai, tak padan pulak. Sedih lagi. So I pun mereka la cerita nak beli groceries lah kat Tesco online. Dengan alasan beras dah habis. Hahah bila pulak nak masak taktau la. Tapi setiap isi rumah tu kena la ada beras kan? Nanti kena kecam dengan Jijah lagi. "Issshh leceh la rumah orang tak masak ni apa pun takdak!" sekian kena berleter dengan Jijah. Heheh. 

So I logged on to www.tesco.com.my and start my shopping! Tapi kalau you all first time user, kena  sign up dulu. The next time masuk tak payah sign up dah. Just log in. I pernah masuk dulu. Nak order time kerja. Camtu la dok iklan sana sini, sampai ke sudah tak habis order. Kali ni berjaya. Yeeaayys! I placed the orders yesterday. I mintak depa hantar hari ni at 10am - 12pm. 

Punya la semangat I tadi, bangun tido terus mandi ni. Takut-takut la dia mai hantar pukul 10am ka kan. Sampai Hubs pi keja semua, tunggu punya tunggu, tak sampai jugak. Dah pukul 11am lebih ni. Jadi I pun call call centre Tesco saja buat ramai sikit. Tapi I tak marah-marah la. I tanya ja agak-agak pukul berapa nak sampai. I kena keluar beli makan ni. (Uols ni...memang la I MC tapi I dah rasa kuat sikit. Takpa la I p beli makan kan?). Then dok dalam 10min camtu driver tu pulak call I. Dia kata dia kat area Ayer Itam jugak. Takpa dia mai hantar kat I dulu. Hahah Manjas taks kitas? Oh ya, kalau you all nak depa hantar pi ofis pun boleh tau. Tapi malu lah I nak suruh hantar kat bawah bangunan KWSP tu. Hahaha. Sekali bawak naik sotong, udang, ikan masuk ofis. Kerlas PA perangai village people sangat.

Dalam 10min camtu sampai la lori comel Tesco.

Bringing Tesco to you.


 Haaa nampak tak depa nanti susun elok-elok camtu. Siap ada chiller compartment kat sebelah lagi tu. So kalau uols beli fresh foods, memang dijamin fresh. Orang la cakap. Aku tak beli fresh food pun. Hahah.

Haaa yang ni pulak, I dapat free monopod!! Ok dia camni, every week if you're lucky, akan ada free gift. Mee maggi, susu dan macam-macam lagi lah. Dia ada habaq dalam website tu minggu ni free apa. Tapi I tak perasan pulak. Hehehe. Pastu kan uols tengok kat resit tu, kan ada tulis substitutions tu kan? Tu maknanya kalau benda yang ampa order tu takdak, depa akan ganti dengan barang lain. Or in my case, size yang I mintak tu takdak. So dia ganti dengan bigger size. Of course harga ada sedikit berubah tapi dah dia dok layoq-layoq chocolate tu depan mata I, takkan I nak tolak rezeki? Kekekeke...

Ok and lastly, payment wise, kena guna card sahaja. Debit or credit tak kisah. Asalkan Visa or Mastercard. No cash ya.

I rasa kat KL bersepah orang order online ja kot kan. Kat Penang ni Abg driver tu bagitau Cina ja banyak order. Orang melayu ni macam kurang pendedahan sikit. So I urge uols cuba la tengok. Kalau takat dry food tu, cuba tengok sekali order online. Yelah kadang-kadang kita ni tak puas hati nak beli ayam udang sayur ni semua kalau tak pi selak-selak sendiri kan. Give it a try ok? Best wooooo.

Ok itu sajer. Hamboih nak up entry ni dari siang tadi. Wifi punya la lembab nak upload gambar. Padahal 4 keping ja pun. Siap boleh p dinner kat luar, dah balik baru siap upload. Mengong.

Okbye semua happy weekend!

  

No comments:

Post a Comment