Wednesday, 29 July 2015

Hari Raya Pertama

Assalamualaikummmm

Ha hari ni dah raya keberapa?  Ke 13 ye anak-anak...Ye...baru hari ni nak up cerita hari raya pertama. HAHAHA.

Terimalah...

Raya pertama tahun ni ialah turn mak. Tapi I macam bersyukur juga raya pertama kali ni dengan mak. Memandangkan segala kejadian yang berlaku dalam family I recently, I rasa I perlu ada dengan family belah mak. Yelah dulu pakcik akan ikut kami ronda sana sini masa raya pertama. Tapi sekarang dah tak boleh. Selalu raya pertama kami nanti pi makan tengahari kat rumah pakngah. Tapi tahun ni pakngah dah tak mampu nak prepare apa-apa untuk orang mai beraya. Tapi tradisi tetap diteruskan. Kami tetap pi raya sana sini walaupun skipped a few houses. Side belah arwah abah memang tak dapat nak pi dah. Sebab rumah pakcik & pakngah pun kami dah duduk lama.

Raya kali ni pagi-pagi sebelum sembahyang raya I dah pi rumah mak. Siap-siap semua kat sana.  Dapatlah bergambar kat rumah mak :-)  Dari tudung purple : Mak, Nur Yasmin Qhairiesha, Nor Paina, Khair Benyamin Riqfi, Khalif Iman Hasyiem, Kamaroi Asri & Kamaruzaman. Dihadapan sekali, yours truly.

Ni dah sampai rumah mentua. Sorry lah Mama..sampai ke dalam blog pun guna gambar Mama tutup mata ni. Sebab gambar ni ja yang elok. Hahaha. Ok dari depan : Pakcik Kassim, Mama. Atas kiri : Kamaruzaman, Noah Khilfi, Cameron Diaz, Nuur Azzreen, Izz Zara Adelia, Nur Azzaliyana, Mat Alip & Izz Zayani Zandra. 

And this is my dearest family. Need no introduction dah kot. Pasal background ni kan, memang tiap-tiap tahun lah bergambar dekat tempat yang sama. Haha mesit dah chop nak ambik gambar kat rumah mama berlatarbelakangkan tempat ni. Confirm! Sebab ada kerusi panjang ni lepas tu tempat luas kot. Cantik kan filter ni?

Lepas rumah Mama, kami ke rumah pakngah. Sorry la memang terlupa sungguh nak ambik gambar kat rumah pakngah. Sampai ja anak kecik dah nangis. Lepas tu sibuk mak semua memasak pulak. Hmmm sedihnya bila teringat. Pakngah memang tunggu kami mai sebab nak suruh masak gulai sardin ;(

Dah habis menyusu, I dipaksa makan pulak (memang hang lapaq pun time tu Aida jangan nak drama). Lepas habis makan, anak nak susu lagi. Hmmm merasa la mai beraya rumah orang duduk dalam bilik ja.

Dah selesai rumah pakngah, terus shoot ke rumah pakcik. Haa kat rumah pakcik memang ada gambar. Sebab ramai dok ada berkumpul sana.


With me cousins. Tapi ni bukan semua. Huhuhu.

I tak pernah tunjuk gambar pakcik lepas accident tu kan, ini lah dia. Tapi ni sebelum letak balik tempurung. Sekarang Alhamdulillah dah pasang balik tempurung.

My beautiful Nur Yasmin & her mother...ok la beautiful jugak *matakeatastangandibahu*

Cok Ani & Nur Yasmin (again)

Handsome boy.

 Paparazzi di mana-mana walaupun tengah menyusu.


With Ummi's kesayangan.

Ok lepas dah buat ramai kat rumah pakcik, kami ke rumah terakhir iaitu rumah acu. Tu pun haiyakkkk takdak gambar jugak. Kenapa lah jadi begitu. Eh ada gambar tapi memang buah last punya.

Letih sangat dah rupa dua beranak ni.

Okbye!

No comments:

Post a Comment