Thursday, 9 July 2015

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum..

Tinggal 8 hari saja lagi sebelum kita semua menyambut Syawal. Camna puasa ampa semua? Semoga Barokah. Gitu.

Lama kan I tak update apa-apa? I taktau where to start. Banyak nak cerita tapi by the time buka laptop, start nak menulis, terus blank otak ni. Entahlah..mungkin ini Ramadhan yang paling menguji.

Ramai mungkin yang hanya nampak kegembiraan yang I tunjuk. Ramai mungkin tak tahu apa keluarga I sedang hadapi. Ramai mungkin yang tahu tapi ingat I especially rasa biasa-biasa saja. Ramai mungkin tak tahu apa yang I sembunyikan.

  Pada Ramadhan ke 12, 29 June 2015 yang lalu, satu tragedi telah mengejutkan keluarga kami. Petang tu my sister call nak tumpang balik. Sebab kami semua buka puasa rumah mak itu hari. Supposedly lah. And then lagi sekali my sister call cakap pakcik I accident. Kami ingat biasa-biasa ja. I terkejut juga tapi macam OK..takdak apa-apa kot. Masa tu I dah tau pakcik dekat Pantai Hospital. Sekali lagi I rasa takdak apa-apa kot. Maybe luka-luka saja and sebab masih dalam waktu kerja, so depa bawa pi Hospital terdekat lah. Maybe I was in denial kot. And then sekali lagi kakak I call ajak pi hospital sebab katanya makcik I dok nangis-nangis dah. Terus I was like duhhh serious ka ni? 

Sepanjang hidup pakcik I, dia memang dengan motor saja. Rasanya dia start ada kereta pun dalam 10 tahun yang lepas. Even then, dia lebih prefer to travel dengan motor. Pi mai pi mai dengan motor. Ada la sekali dua pakcik jatuh motor tapi takdak apa pun. Pakcik keja messenger STAR Newspaper. His work pun demands him to be on the road a lot. Siapa tau benda dah  nak jadi this time....

My sister dengan myself pun gerak ke Pantai. Masa dalam kereta, we got to know from Abg Karl (he was already dekat hospital) yang pakcik kena scan kepala. Ok...maybe nak check gegaran ka apa ka. And then dapat lagi news pakcik dah dimasukkan ke ICU. ICU. Apa your first impression bila dengar ICU? Of course la kritikal ka? I terus lemah lutut tapi I have no choice but to keep driving. Air mata ni tak boleh control dah. My sister dok kental lagi masa tu. I ni ja dok srett srettt dah lap hingus. Ya Allah Kau hindari lah pakcik aku dari perkara-perkara yang tak elok. Aku berkhatib di dalam hati. 

Bila memikirkan wajah makcik & Nabeela, sekali lagi aku lemah. Ya Allah..betapa depa bergantung harap pada pakcik. Nabeela is the only child. Manja in her own way. Depa tak punya sapa-sapa selain seorang mak, seorang abah & seorang anak. Walaupun kami pernah hadapi kehilangan yang maha dasyat dalam hidup, tapi sekurang-kurangnya I ada mak, ada kakak, ada adik, ada suami, ada anak-anak sedara masa tu. Again, literally, I tersungkur ke tanah. Ya Allah...jangan la ada apa-apa serious. 

Sampai ja kat hospital, ramai dah ada. Kami pinjam bahu yang lain untuk menumpang kesedihan. Kami pinjamkan bahu kami untuk yang lain mengadu perasaan. Abg Karl mula bercerita rupanya kepala pakcik terhantuk kuat di konkrit menyebabkan keretakan di tempurung kepala pada 2 tempat. Kat atas kepala and somewhere bawah telinga. Melalui x tray, ada nampak 2 darah beku. Ya Allah betapa sayunya keadaan waktu tu. Tapi I cekalkan hati nak juga masuk tengok keadaan pakcik sendiri. Pakcik tak sedarkan diri masa I masuk tu. Mungkin kesan ubat. Doc bagi ubat tahan sakit I rasa. Pakcik sedar juga sikit-sikit bila I pegang tangan dia and panggil-panggil dia. I tanya "sakit ka pakcik?" dan pakcik hanya mampu angguk dan jawab "hmmmm". Makcik & Nabeela belum sampai lagi masa tu. Nabeela balik kerja pukul 6pm. Traffic pulak gila jem hari tu. Sesampai nya depa kat hospital, kakak I dah tak boleh tahan dah. She burst into tears hugging makcik. Tapi apa yang I nampak, makcik is the strongest lady masa tu. Dia nangis tapi tak meraung or even weeping. Ya Allah terima kasih kerana pinjamkan kekuatan sedemikian untuk makcik. Nabeela on the other hand....Allah sedihnya to even cerita about it.

Allah Taala saja yang tau perasaan hati ni bila tengok keadaan pakcik terlantar macam tu. Tak pernah I tengok pakcik dalam keadaan terpaling sakit macam tu. Pakcik was a strong healthy man Alhamdulillah. Ada la sakit-sakit pening kepala dia sikit-sikit tapi nothing like this before. Pakcik la orang yang boleh diharap kalau kita ditimpa kesusahan or kesulitan. Pakcik jugak lah yang ada diwaktu senang, bergelak tawa, buat orang gembira dengan telatah loklaq dia. Ya Allah aku pohon padaMu, Kau pulihkan lah pakcik seperti sediakala. Aamiin.

Malam tu jugak Doc decided to buat MRI. Nak tengok the status of darah beku tu. Unfortunately, darah beku makin merebak. And that Doc terpaksa buat surgery to remove sikit tempurung kepala to let the brain breathe and bagi ada ruang untuk pembengkakkan tu. Allah susah hati I Tuhan saja tau. I dah balik rumah lewat malam tu. Sebab mak I bawa Noah pi hospital. Tak elok la for him to stay dekat hospital lama-lama kan. Alhamdulillah the surgery went well so now just waiting for pakcik to recover so boleh letak balik tempurung kepala tu.

Doc kata  pakcik must have felt so hard on the concrete causing retak jenis macam ni which bukan boleh happen saja-saja. Actually semua orang taktau what had actually happened. Based on the assumptions, tayar depan motor pakcik pecah. So pakcik lose control and terbabas ke divider tepi jalan tu. Helmet pulak unfortunately pakcik pakai helmet yang kura-kura tu. Dah berpuluh tahun dia pakai helmet yang sama. Pakcik memang ada dah dok cerita kat kawan-kawan dekat rumah dia recently yang tayar depan dia tu bocor. Instead of tukar the whole tayar, pakcik cuma pi tukar tiub dalam ja. I think he was just out of luck that day. But no. I cannot say that actually. He was left with a little bit of luck that day that he managed to still survive till this day. Alhamdulillah. 

Hari ni, after 11 days, pakcik in Shaa Allah akan ditukarkan ke wad biasa. His condition is improving from day to day. Doc kata pakcik mungkin akan tak ingat or lambat sikit untuk ingat benda-benda yang baru terjadi. Hanya memori lama yang dah memang ada dalam ingatan dia saja dia akan ingat. Alhamdulillah he remembered us all. Pakcik juga boleh sembang macam orang biasa cuma lambat sikit la for him to process & response. Tapi yang lebih miracle nya, banyak juga benda yang just happened, pakcik ingat. Contohnya dia tau dia dah mandi, kat mana toilet, kat mana nak amik tisu..Nurse dah pelan-pelan bawa pakcik jalan-jalan. At least jalan ke toilet untuk mandi. Oh we are so grateful! And pakcik juga still lagi dok sebut tagline-tagline dia such as "ermm mampoih aku" & "takdak aku ampa susah". Well, not quite something positive but at least we know pakcik is still pakcik :-)

Besarnya dugaan yang Allah turunkan pada pakcik, makcik, Nabeela dan kami semua pada bulan Ramadhan ini. Terbukti juga Allah Maha Mendengar especially doa dalam bulan Ramadhan. I'm sure ramai orang berdoa untuk pakcik & Allah has proved that He listens. Allah bangkitkan pakcik, Allah kuatkan semangat dia to fight for survival, Allah kuatkan anak beranak dia, Allah permudahkan urusan kami semua. Ya Allah kalau nak list segala benda yang kami patut bersyukur, memang tak habis kat sini. Aamiin Aamiin Alhamdulillah terima kasih Allah.

Cuma apa yang kami adik beradik ni dok fikir & takut ialah, takut nak hadapi hari raya nanti. Kami dah terbiasa pakcik yang sediakan everything untuk persiapan menziarah kubur. Dari membeli bunga, asingkan bunga, sediakan air mawar berbotol-botol, bersihkan kubur sebelum raya, call setiap orang setiap masa malam sebelum raya and on the pagi raya itself just to remind everyone jangan lambat pi kubur nanti nak sembahyang raya, segala-galanya lah. Siapa nak buat benda tu this year? Allahhhh lemahnya hati I bila fikir. Bukan sebab kami tak boleh buat benda-benda tu tapi tidak kah akan terasa kelainannya apabila pakcik takdak? Pakcik juga orang pertama akan sampai samada kat rumah mak or kat rumah mama hari pertama hari raya tu. Sebab dah jadi tradition kami semua akan menziarah rumah ke rumah first day raya bermula dengan rumah mama or mak, depending on kat mana I ada pagi tu. Kadang-kadang pakcik akan terus pi rumah mak konvoi dari sana. Would it be the same this year? Sure it wouldn't be the same.

Mak  :  Lee, ingat Allah...
Pakcik  :  Ingat..aku pun nak balik kat Allah....

2 comments:

  1. Lencun beb.. Lencun.. Berambu.. He gives the toughest test to His strongest Soldier. InsyaAllah pakcik akan sembuh dan dipermudahkan segalanya. Stay Strong buddy.. Allah knows best and percaturan Dia sangat Indah.. Bi iznillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...many thanks Jah. In shaa Allah kami akan cuba kuat.

      Delete