Tuesday, 31 December 2013

Nasihat terakhir di 2013.

Assalamualaikum.

Before we bid goodbye to 2013 & usher in 2014, I nak jadi makcik-makcik sat hari ni boleh? Nak bagi sedikit nasihat melalui pengalaman I.. Untuk kegunaan adik-adik yang bakal mendirikan rumahtangga atau yang baru mendirikan rumahtangga. Almaklumlah..baru baru ni kan musim mengawan. Busy tok kadi tak dapat pi holiday.

Berani I katakan bahawa perkahwinan adalah satu pertaruhan. Tapi pertaruhan kat sini bukan bermaksud gambling / berjudi. Pertaruhan dari pandangan I membawa maksud yang kita mempertaruhkan hari-hari esok kita once kita sign depan tok kadi. Kita taktau will this work? Memang setiap pengantin akan katakan yang dia dah memang 100% sure his/her is made for him/her. Yang tak sure 100% tu lah dok tak duduk sat ja  bercerai berai. Wallahualam & mintak simpang. Tapi yang membuatkan semuanya seems ok ialah pertaruhan ini adalah melalui kepercayaan. Faith. Kepercayaan yang we will make this work. Kata pun we are made for each other. Tapi........tak semuanya indah dalam perkahwinan. There is always a bumpy road. I'm sure semua pasangan yang dah berkahwin mesti setuju. Walaupun masalah tu bukan antara pasangan tu, boleh jadi jugak dari pihak ketiga. Pihak ketiga pulak bukanlah bererti pompuan lain saja. Boleh jadi jugak dari family or kawan-kawan. Akan I kupaskan dibawah nanti. To have a strong foundation in a relationship, everything has to start from the beginning. Sama juga masa laki ampa nak mengorat ampa dulu kan. Takkan teruih-teruih dia pi janji bulan dan bintang.

I tak kata I am a marriage guru or what not. I cuma cakap melalui pengalaman I. Pastinya yang elok-elok sajiaa. Tapi, untuk dapat pengalaman elok ni, somehow or rather ianya mesti bermula dengan benda tak elok. From there, we learn & improve. Tak kata jugak perkahwinan I ni perfect. Flaws merata jugak. Macam muka I, walaupun cantik dan comel (stop rolling your eyes), tetap ada jugak jerawat seketoi dua. Ada jugak jerawat yang I know it's there but it's not showing yet. So I treat the jerawats first. Gitu.

TERIMALAH KEKURANGAN PASANGAN MASING-MASING
SEMUA orang pasti mengharapkan pasangan yang perfect. Mula-mula buang ego & tanya diri sendiri. Aku ni perfect ka? A couple should compliment each other. In order to compliment each other, you must have gaps in between your life. Macam tangan kita jugak. Ada gap kan diantara jari-jari kita. So we can hold on to each other tighter. Kalau semua jari melekat, macammana nak hold the other? So instead of kita dok mengharapkan yang perfect & bila dapat tau yang pasangan kita tu tak perfect mula la kita nak salahkan each other, apa kata kita terima ja kelemahan pasangan kita itu dengan seadanya. Trust me, you will be much more content. Tak usah la kita nak mengubah seseorang tu ikut preferences kita. Susah nok. Susah sangat nak ubah manusia ni. So apa kata kita learn to accept & figure something out from there. Kalau dia suka lagu rock, you suka lagu ballada. Jangan pening. Campoq ja dua-dua jadi rock ballada. Settle.
Neither of us are perfect.

BINCANG PERIHAL KEWANGAN
Ini adalah benda yang selalluuuu menjadi punca pergaduhan. Setuju tak? Kadang-kadang lepas kenduri kahwin pun dah gadoh-gadoh sebab duit. Sebab apa tau? Sebab orang kita ni tend to perabih duit kat kenduri. Aku pun sama dulu. Pastu lepas kenduri mula la gigit kuku. Kenyang pun tak dapat, buat usus luka ja. So apa kata, sebelum atau betul-betul lepas menikah, sit down together & discuss how to manage your financial TOGETHER. SAMA-SAMA. Bukan lepas kat laki sorang ja. Pahala tau kalau bini dapat mengurangkan beban suami. Sama-sama bincang lani nak berbedak expenses macam mana. Who should pay what & how much? Be open & ready for suggestions. Contoh I, I am not a good financial planner. Whatever I plan sebelum gaji musnah lagu tu ja bila dah dapat gaji. I pun heran. Hahah. Tapi memang without fail, every month I akan asingkan siap-siap dah our monthly commitment yang memang kena bayar. I have a list which I obey setiap masa. I takmau dok buat tarak pa tarap pa, nanti sendiri raplah. So keja Hubs, dapat gaji hempuk ja kat I & will do all the banking transactions mana yang I belum bayar. I dapat gaji awal dari dia. So half of the expenses, I dah lunaskan.
Nampak tu first-first skali.

BAHAGI TANGGUNGJAWAB DIRUMAH
Kebanyakkan pasangan sekarang ni semuanya kerja kan? I mean dua-dua kerja. So masa memang banyak dihabiskan kat tempat kerja. Sekarang ni memang tak relevant sangat lah bila ampa nak kata kerja rumah tu kerja orang pompuan. Habih yang kat ofis pun kerja dia jugak? Tak fair la cik abam. So untuk memudahkan kehidupan masing-masing, dah balik rumah tu, bahagi lah kerja rumah. Contoh I dengan Hubs on weekdays 2 jam ja kami ada kat rumah. Lagi 6-7hours tidoq la. So weekdays memang tak banyak yang boleh buat. Selalunya laundry & a bit of dusting. So I will do the laundry & Hubs akan tolong angkat baju ke tempat sidai saja. I will sidai. Sometimes bila dia tengok I dah tertidoq sambil tunggu baju siap tu dia akan tolong sidai. Tapi sakit la dimata I. Sebab cara sidai tu tak mencapai tahap piawaian I. Pfftt. Kalau weekend pulak, I will do the cooking & he will do the washing. Dia cuci toilet (which I won't)  & I vacuum / dusting rumah. Apa yang penting? KERJASAMA!
The housework goddess.


SELESAIKAN MASALAH BUKAN TAMBAHKAN
Benda yang I paling meluat sekali ialah bila ada masalah berdua. I GILA MALAS NAK BERDRAMA. Sesiapa yang kenal I pun tau memang dari zaman bercouple dengan Hubs lagi I memang benci gila nak drama-drama ni. Usually I will avoid by not involving myself. I dok diam ja. Sampai benda reda sindri. Tapi cara macam
tu pun tak elok jugak. Sebab banyak benda nanti bersarang dalam hati you. Hehehe. Tapi Alhamdulillah I jenis yang cepat recover. So I lupa dengan sendiri. Bila-bila teringat balik tu, the feeling won't be the same anymore :)
Back to my point, bila ada masalah tu cuba duduk berbincang. Benda kahwin ni bukan benda main-main. Kita nak start kehidupan baru dengan orang baru. Mesti lah banyak disagreement. Saban hari kita akan belajar benda baru dari pasangan baru. Bila ada benda kita tak suka, suarakan. Berbincang. Kalau dia memang takleh nak ubah pun, at least dia akan kurangkan buat. Refer my no 1 point. Apa-apa pun, bawak lah berbicang sebelum benda tu menjadi perbalahan. Kalalu takleh nak bincang gak or ada rasa macam "eee malasnya aku nak layan benda lagu ni", buat lah macam I. Just keep calm & act like nothing ever hurt you :)

 LUANGKAN SEDIKIT MASA
Masa kita semua memang terhad. 2/3 hari kita dihabiskan kat ofis ja. Tengok muka bos lagi banyak dari muka laki sendiri. Sebab tu malam pun mimpi bos. Eh aku la tu. Hahahah. Tapi how busy we are, please always find that little time to spend with each other. 15min pun jadi lah. Macam contoh I jugak, kan I bagitu sehari 2 jam ja pun kami kat rumah. 2 jam tu tolak pulak sejam. Sebab sejam tu Hubs mandi. So I will make use of that sejam. Sejam ja sehari dapat spend time. Sadis. Dalam masa sejam ni la kita boleh learn about our partner. Kalau tengok TV saja tak sembang pun takpa lah. Sebab dalam tengok TV tu pun kita boleh tau partner kita ni jenis macam mana dari komen-komen dia on the thing you guys are watching.
It doesn't matter if halfway through the movie you had fallen asleep. Snored.

CAMPURTANGAN DARI PIHAK LUAR
 I tau dalam masyarakat melayu kita ni susah nak avoid dari campurtangan dari pihak lain. For instant from our family. Baru lepas kahwin ni mesti ada yang tak kena. Setiap ahli kelorga tu mesti ada pendapat masing-masing on how you should manage your marriage. Ada nasihat yang kita boleh pakai. Tapi kalau dok mai sampai nak arrange pulak how we should do this and do that, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dah la. Angguk angguk geleng geleng sudah la. Kalau melawan satgi kata tak hormat pulak. So yang mana elok, benda tu kita ambil. Yang mana kita rasa tak relevant tu, senyum udah dong. Campurtangan dari kawan-kawan pun banyaaaakk jugak kadang-kadang. Sebenarnya, kawan-kawan niat depa bagus. Depa nak tengok kita happy. Eh family pun camtu gak. Tapi kadang-kadang depa tak sedar yang siapa ada kat tempat tu saja yang akan tau how it really is & how it really felt like. Pandangan dari orang luar memang kadang-kadang sangat berguna sebab ini adalah pandangan from people outside of the circle. Kita ni bila duduk dalam circle tu, we won't realize things that is sebenarnya sudah terang lagi bersuluh. Kalau bab tu kita memang patut take note & reconsider. Tapi bila pandangan berubah menjadi campurtangan tu la yang kita takmau. But. Haaa ada but pulak. Sebab dok tapi ja dari tadi. But, bila things had already jadi out of control, it is best to have some interference. Kalau boleh biarlah dari orang tua...

So guys...itulah sahaja point-point yang I rasa asas untuk kehidupan rumahtangga yang lebih harmoni. Kita memang tak boleh nak avoid dari masalah, perasaan marah, tak puas hati, sedih, kecil hati atau semua the bad aura lah. Tapi seboleh-boleh kita tackle benda-benda tu dengan lebih berhemat.

In shaa Allah azam I untuk tahun 2014 adalah untuk menjadi lebih positive. Nak buang all the negative thoughts & start living dengan lebih bersangka baik. Tapi I tak boleh janji all the time I can stay on my positive grounds but I will strive for it. Cause if it doesn't come from me then all of the above are bullshit.

:)

Happy New Year!



No comments:

Post a Comment