Kecoh semalam kat newsfeed pasal perdebatan antara boleh ka tak kita ni sebagai orang Islam nak ucap Merry Christmas (eh tersebut pulak) kepada orang-orang yang menyambutnya.
Boleh ke idok?
Itu lah persoalannya..Susah nak cakap benda-benda yang sensitif ni kan. Ada yang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh. Yang cakap boleh tu mesti lah kata itu hanya lah sebagai satu ucapan. Janji niat kita tu betul. Bukan kita mengaku bahawa adanya tuhan lain. And the list goes on.... Dan orang yang cakap tak boleh tu, mesti lah kata yang kalau kita wish tu maknanya kita setuju dan mengaku bahawa event tu really took place & there is another God other than yang Maha Esa. Banyak lagi explanation yang panjang lebar. Tapi I forward kat whatsapp ja explanation tu semua. Heheh. Tak kan nak copy (read : type balik) kat sini nyahhh?? Tapi kalau ampa betul nak tau, scroll ja newsfeed ampa, belambak ustajah dan ustak kat fb boleh bagi explanation.
Walau apa pun pendirian ampa, dari pandangan peribadi I, kalau kita tetapkan niat kita, In shaa Allah tak terpesong akidah kita. Ada yang siap cakap kalau wish camtu, boleh jatuh syirik. Nauzubillah dan wallahualam.... I tak berani cakap apa-apa sebab ilmu I sangat cetek. Kalau betul lah jatuh syirik tu semua, for the past 27 years of my life I have been wishing my non-muslim friends, syirik kah I? Wallahualam lagi. Tapi this year I mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mengucapkan apa-apa. Takut kena bash uols. Awww feelin retis sangat.
Semalam cuti takdak buat apa sangat pun. Keluar lunch dengan Ikha & did some shopping ja. Biasa lah I skarang ni apa sikit tengok baju kerja. Bengang pulak dengan diri sendiri. Pastu bila nak keluar weekend tu, mula la stengah jam duduk depan lemari garu kepala taktau nak pakai baju apa. Over kan? Of chozz. Kata feeling retis, harus lah.
Best gilak semalam dapat makan Nandos. Sebab weekend baru ni Hubs & Hassan ja dapat makan Nandos. I ni kengkonon eksyen la awal lagi takmau makan. Plan nak tapau ja malam tu makan kat rumah. Sekali lupa. Amek kau kempunan.
Sekejap ja dah nak masuk tahun baru kan? 2014. In 7 years time kita akan mencapai Wawasan 2020. Satttt jiiiaaa. Dulu kalau Tun M kata Wawasan 2020 tu rasa macam lamaaaa ja lagi. I selalu dok bayangkan masa 2020 tu kita akan hidup macam kat atas space. Macam kereta kita semua terapung-terapung. Ala-ala movie omputih dimasa hadapan tu. Feeling kan I? Walhal, 2020? Maybe ramai yang akan hanya berbasikal sahaja sebab tol & minyak semua naik. Oooopppsss!!
So apa pencapaian uols pada tahun 2013 ni? Azam tercapai ka? Me? I berazam takmau potong rambut. Tinggi kan azam I? Very self motivating. Kahkhakhakahak. Tu ja yang I mampu berazam sebab I tau tu ja yang mampu tercapai. Heheheh.
Dok kena pikiaq dah apa azam tahun 2014 pulak ni. We only have less than 5 days!
Terimalah, kembang semanggggkkoookkk!
Benci tau amik gambar dengan orang muka tirus ni. Membuatkan muka I nampak boooolat sangat.
WALAUPUN!!
No comments:
Post a Comment