Mesti ampa baca tajuk tu dalam nada lagu Tegar kan? Sebab I pun menaip sambil menyanyi. Hahahah.
P/s : I dah tulis entry ni last Friday tapi tak habis. Banyak sungguh gangguan dan iklan. Ececehh..padahal blog ni la gangguan dan iklan di waktu kerja. Hahah.
Ampa setuju tak kalau I kata semakin usia kita meningkat, semakin kita dapat berfikir dengan jelas. Semakin kita dapat beza antara yang baik dan yang buruk. Semakin kita dapat tengok lebih jauh ke hadapan. I setuju dengan diri I. Haha boleh macamtu? I setuju sebab I boleh nampak perubahan tu pada diri I. I ada list down kan serba sedikit apa perubahan yang I rasa pada diri I setelah angka umur makin banyak ni (tetep xmau kata tua).
Dulu I suka bebai. Suka sangat la bebai ni I tell you. Tau tak bebai tu macam mana? Suka naik angin tak tentu hala. Ada saja benda yang buat I marah. Dia bukan pemarah tau. Pemarah tu tak sama. Bebai ni selalunya dari muka ja tunjuk. Muka chom bak kata orang. Kalau ada benda tak kena, memang tarik muka ja sampai ke sudah. Kalau pemarah, dia bising-bising kan? Ni orang kaki bebai ni dia suka tarik muka. Paling kuat pun dia hentak kaki jalan kuat-kuat dan hempas pintu. Sangat aku masa dulu. Dulu yang jadi mangsa bebai I, family I la. Mak, arwah abah, kakak, makcik pakcik & sepupu-sepupu. Sapa yang tak pernah kena bebai dengan I? Semua rata-rata pernah kena sama rata. Hahah. Tapi sekarang Alhamdulillah I rasa perangai bebai I dah beransur pulih. I dah boleh terima keadaan as it is. Tak percaya? Pi tanya Kak Lah. Heheh.
Dulu I pun jugak seorang pemarah. Kira nak marah orang ja. Lebih tepat, kurang sabar. Kalau I nak satu-satu benda tu, dan dan tu gak I nak. La ni I lebih bersabar. Jarang nak marah-marah. Kalau betul I marah, I pendam dan diam ja. Walaupun agak makan hati, tapi I dah letih gamaknya nak bising-bising. Kadang-kadang yang I naik hantu dekat FB tu pun, tu kalau dah tak boleh tahan dah. Tapi skarang ni pun, jarang dah I naik hantu kat FB. Banyak kalau I marah, I muhasabah diri. I will talk to myself, calm myself down & cari solution sendiri. Tak larat nak meroyan dah. Itu I rasa kebaikan yang I nampak sekarang ni la bila dah boleh tengok a problem from a different view.
Dulu I will do, wear & say what I feel like to. Now, I dah fikir banyak pihak. I dah tak boleh nak menyeksi tak tentu hala. Nak reput dah seluar-seluar pendek I. Hehehe. Arwah abah & mak memang jenis line clear. Tak pernah kisah pun I nak keluar pakai shorts ka, skirts ka. Tapi lepas dah kahwin ni, I kena jugak jaga air muka family mertua I. Kadang-kadang terbabas tu ada gak. Heheh. Tapi tengok pada tempat & keadaan. Takdak macam dulu ikut dan ja. Nak buat apa-apa pun, I akan fikir jugak elok ka tak. Dulu rasa macam tak sempat nak fikir. Buat ja apa rasa nak buat. Sekarang eh macam boleh plak fikir dulu sebelum buat apa-apa. Sama jugak macam nak kata apa-apa. Dulu I ikut sedap mulut ja. Tak fikir dah apa perasaan orang yang kena or orang yang dengar. Kalau dulu orang mintak nasihat, I akan bagi yang ikut kepala I ja. Nasib ampa lah kalau cara I kasaq or ikut sedap mulut I. Tapi sekarang banyak nasihat yang I bagi kat kawan-kawan semua I akan timbang elok-elok sebelum keluar dari mulut I. I sedaya upaya akan put myself in their shoes. I akan bagi nasihat not from emotion but from the situation itself. Ada jugak la kadang-kadang tu ikut emotion but itu pun sebab I have to. Sebab masalah tu pun kadang-kadang masalah emosi. Part ni I rasa I can see the improvement very clearly. Tapi I tetap manusia biasa, kadang-kadang I hanyut jugak. Kadang-kadang bila rebellious kicks in, terus jadi IDGAF. But I'm trying hard to avoid getting myself in the rebellious mode la. Huhuhu.
Dulu I tak peduli sangat pasal family. Friends comes first. Ini you boleh tanya arwah abah. Ok ok melawak ja. Tapi memang dulu arwah abah selalu kata kat I suka besaq kan kawan-kawan. Sanggup takmau ikut family sebab dah janji dengan kawan-kawan. Sekarang, I boleh cancel dengan kawan-kawan sebab suddenly I ada plan dengan family. Harap-harap kawan-kawan faham la kan. Ampa kan best? Cium skit. Dulu I will do anything for my friends but not my family. Confession ni. Apa saja la you name it. Tapi sekarang, I will do anything for my family In shaa Allah. Not that I cannot & will not do anything for my friends dah but I have many more to think of skarang ni. Makin banyak komitmen kan. So I cannot commit myself untuk kawan-kawan dah macam dulu. Sekarang ni macam mana badan letih sekalipun, I will try to make it for my family. Dulu nak mampoih? Aida nanti bebai seduit pun tak guna. Tapi dulu dengan kawan-kawan.......................badan letih ka tak sihat ka apa ka, pukul 12 tengah malam kawan ajak keluar pun zasss zasss zasss sampai.
Dulu I ada problem nak selesaikan masalah. I will brag & drag about it macam tak nampak jalan penyelesaian. Asyik la dok merongot ja pagi petang siang malam. Pastu depress sorang-sorang. Sebab apa? Sebab tak fikir beyond that. Tapi Alhamdulillah sekarang ni instead of dok bercakap tak habis-habis pasal problem tu, I cepat-cepat akan fikir solution. I malas dah nak simpan problem lama-lama. I akan duduk diam-diam, figure out the root cause & sedaya upaya list out the solutions sampai I dapat jumpa yang sesuai dengan keadaan. I realise dulu yang susah sangat I rasa nak settle masalah tu sebab I suka lari dari masalah atau I tetap nak ikut kepala I. I realise yang in order for us to get something fix, we have to fix our self first. Change for the situation. Change our mind set. Change the way we look at several things. Change our self if we must to. In shaa Allah.
I rasa kalau nak cerita apa perubahan pada diri I ni, juling mata ampa nak membaca nanti. Yang mana close dengan I, depa tau la apa yang lain pada diri I. Ada jugak major changes dalam hidup I tapi I tak boleh nak cerita kat sini. Again, yang mana close tu tau lah.
Kita tak boleh nak forever kat takuk yang sama. Somehow, some way, kita kena move on. Move ahead so we can evolve & improve ourselves. Kalau dulu kita duit tak pernah cukup, try to sit down & think of a way untuk cukup kan duit tu sampai ke hujung bulan. Yang ni I masih dalam proses. I pun kadang-kadang sesak nafas gak. Tapi masih dibawah kawalan.
Selamat Hari Isnin!
*walaupun aku orang yang paling malas hari ni*
No comments:
Post a Comment