Friday, 29 November 2013

Sweet 17!

Plus 12 more years to it, please.

Today, on this day 29 years ago, a cute baby was born. Aku lah ttuuuuuu. Hehehe. 

Selamat Hari Jadi Yang Ke-29 untuk diri sendiri. Dah 29 tahun dah haa. Last year untuk angka 2. Next year dah masuk angka 3. Gila lah. 30. 30!! 30 kot. Dulu-dulu kalau tau orang tu umur 30, rasa macam dah kakak-kakak dah dia ni. Macam dah tua sangat dah. Tapi bila diri sendiri dah nak langkah 30 ni, rasa macam....eh takdak la tua sangat. Rasa macam mudaaaa ja. Matilah kena tikam puji diri sendiri. Hahha.

Anyway, untuk birthday this year takdak celebration apa pun. Tak keluar pi mana-mana pun. In fact, I was at home buat kerja office sampai pukul 2am semalam. Hahaha. Adakah itu ageing factor?? Noooo...itu maksudnya semakin tinggi umur I, semakin I berubah menjadi orang yang bertanggungjawab. Kalau dulu, ada I kisah esok nak kerja ka apa? We gonna party like it's my birthday laaa. 50cents kata kat I dulu. Hahah.

Semalam I was at home ja tak jadi pi rumah mak. Sebab I kena siapkan slides untuk my boss. Nak basuh & lipat baju lagi. I baru nak makan, Hubs balik. Pintu rumah I bila masuk kita akan mengadap tingkap luar. I ni berdiri mengadap pintu. Maknanya tingkap di belakang I la. Hubs bukak pintu dia kata "Sayang! Apa tu kat luar tingkap?!!" Jantung I nak teraboq dah time tu. Memang I keras kat situ. Pastu dia gelak sambil hulur bag Chanel. Hehehehhehehehe. Jantung teraboq gak tu. Melompat terus!! 

I excited tu sebab I wasn't expecting anything for this year. Sebab hari tu kan Hubs dah beli kan VS Noir Tease tu. Baru brapa bulan sudah tu. Takkan la I nak demand dia beli lagi. I kan mithali. *muntah* Sekali ehhhh dapat pulakkkk. And I remembered Ahad lepas masa tengok wayang kan ada iklan Marilyn Monroe tu. Untuk iklan Chanel No 5 ni la. I saja ja hembuih kat telinga dia kata I nak. Saja memain. Sumpah memang tak mengharap dia belikan pun. Rezeki rezeki. Alhamdulillah...Sebab tu rezeki Hubs murah. Sebab dia suka bersedekah pada anak yatim :)

Baiklah, sempena birthday I yang ke 17 + 12 ni, later kalau I free sikit, I akan tulis pasal usia I. How I evolved & grown along the way. Apa yang dulu I buat tapi kini berlainan or apa yang dulu I tak buat tapi lani Alhamdulillah I buat. 

Usia mematangkan kita :)

Chanel N° 5.

No comments:

Post a Comment