Thursday, 21 November 2013

Malaysia's Next Top Model 2001.

HAHAHAHAHAHA.

Kita gelak dulu. Baik I gelakkan diri I dulu sebelum ampa bahan gelak kat I! 

AMARAN : SILA TUTUP MULUT ANDA DENGAN TAPAK TANGAN *in case takut tergelak kuat*

Iklan : Ahhh mencik lah kat ofis ni dah tau I melatah! Terkeluar benda-benda tak sepatutnya. T____T

Ok ok back to the main point.

Ampa jangan taktau. Pada tahun 2001 lagi dah ada Malaysia's Next Top Model tau. Hahahah. Adeh...Nak gelak ja rasa. Belum update apa lagi. Gelakkan diri sendiri. Bagi I lawak la. Ampa taktau la kan. Lawak and ada la rasa bangga jugak sikit. Hehehe.

Masuk Paper Star OK? Hebat! *Give self a pat on the back*

Al kisahhhh...toyiibbbb....Pada tahun 2001, ada orang jemput me & my friends namely Nidar, Adila, Mas Hijah & sapa tah lagi I tak ingat, jemput kami untuk menjadi model pada Minggu Kebaya Nyonya di Hotel 1926, Penang. I was in Form 5 masa ni. Gila kau tak bangga? Jadi model ok? Adehh tah  macammana la depa boleh lepas kami jadi model. Nidar & Adila boleh tahan lagi la ada pakej. Sorang tinggi, sorang lagi memang cantik. I ni? Dengan rambut pendek macam anak burung masa tu. Ketinggian tak berapa nak tinggi pulak tu. Masa tu tak berjerawat lagi kot. Tapi I cute la jugak dulu. Hahah matilah puji diri sendiri. Kening ulat bulu, ada hati kata diri cute. Puuii.

Hahah. Tu nampak yang I circle tu la muka I. Hahaha. Apa? Tak clear? Ha ok ok. Sabaq nah. Tengok hat bawah ni pulak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Haaaaa clear tak? Clear tak? Ha la..ha la.. Gelak la... >.<

Yang baju hijau tepi I tu Adila. Tepi dia pulak tu Nidar. Hehehe. 

Lawak kot masa ni. Haih dengan tak rehearsal apa pun. Terus menonoi ja pi. Tapi berjaya pulak tu. Masih terngiang-ngiang ayat Datin yang mai tengok showcase (wah, showcase kaaauuu) ni. Bila time I lalu I dengaq dia bisik kat kawan dia "Yang ni nampak kasaq sikit". Hahahahhahaahha. Kan I kata waktu ni rambut I pendek. Pendek ala-ala boy cut. Mampu? I boleh dengar tu sebab kami cat walk selari dengan tempat duduk penonton. Kiranya takdak pentas la. Yang pentas dalam pic ni just untuk berdiri sederet ja. 

Lepas buat show ni, dapat la duduk Hotel 1926 ni sorang 2 malam. Hebat sangat dah rasa masa tu.

Nak dijadikan cerita jugak, pengetua sekolah kami Puan Hajjah Patimah Othman (God bless you wherever you are now) ada sapa ka pi tunjuk pic ni kat dia. Hahaha. Apa lagi...kena panggil masuk bilik pengetua la. Alasannya, masuk benda-benda camni tak mintak kebenaran sekolah. Eh I thought kena kebenaran mak pak ja. Tak eh? Kena mintak kat sekolah gak eh? Whatevs.

Kebetulan masa hari kena panggil dengan pengetua tu, Nidar pakai bra kaler hitam tapi tak pakai singlet (tak hebat la kalau pakai singlet pi skolah kan?). Dan I masih ingat ayat Puan, "Ni masa buat modelling tu pakai bra ni la kot??!" Hahahahahahah. I punya tahan gelak masa tu rasa perut & otak about to explode!

Orang kata pengalaman mendewasakan. Terus fefeeling dah next top model sangat masa tu. Kahkhakhah.

Oklah..I saja bagi hiburan last punya kat ampa. Esok I cuti. Nak pi JB. Kenduri kawen Dewi. Ingat tak? Tapi kena pit stop kat KL dulu. Esok Faiz still keja. So I p melewaq dulu la dengan Rino.

Tata sweets!



No comments:

Post a Comment