Friday, 8 November 2013

Right on time.

Apekebende yang right on time ni?

Hehehehe.

Right on time for a vacation.

Malam ni I bertolak ke KL uols. Esok pagi gerak ke Kuantan. Memang cun sangat timing sebab I kan baru accident segala bagai. And lately ni I rasa depressed sangat. Taktau la apa yang depress sangat. Taktau la apa yang I dok fikir sangat sampai takdak mood kadang-kadang. Takdak la fikir pasal kereta sangat pun sebab bukan bleh buat apa pun kan. Dah dok dalam workshop diam-diam tu. Tunggu siap ja la. Nak kata I takdak transport, ada ja untuk pi keja. Nak panjang kaki pun bukannya ada masa. Maybe petty-petty things kot yang buat I macam serabut. I jenis malas nak ambik port sangat benda-benda kecik ni. Tapi lately ni benda-benda kecik pun I rasa annoying sangat.

Makanya, memang trip ke Kuantan ni sangat-sangatlah dihargai. I dapat tau nak ke Kuantan ni lama dah. I mean sebulan lepas kot. Tengok-tengok dengan kejadian yang berlaku recently ni semua, memang cun la. Ada hikmah la trip ke Kuantan ni jadinya. At least I can relax & ease my mind a little.

Hubs memang akan busy the whole 2 days kat sana. Me? I will just chill & lepak kat hotel ja la kot. Kami stay Hyatt Regency. That'll the 1st for me. So agak excited jugak. Heheh. I tak kisah la nak duduk sorang-sorang kat bilik ka nak pi jalan-jalan sorang-sorang ka. I kan memang suka lone ranger pun pi mana-mana. Just me & myself. Less expectation, less drama hence less headache.

Still contemplating either to bring the laptop or not. Rasa macam nak bawak. Boleh jugak update blog ni dikala waktu senggang. Tapi takut takdak time pulak. Tengok lah nanti macammana malam ni ok. Kalau I rasa nak bawak, I bawak ja. Kalau terlupa tu nasib la uols. Guna phone ja. Walaupun tak best. Huhihuhi.

And jugak perasaan yang tak tentu ni. I tak dapat identify perasaan I ni. I nak ziarah kubur arwah Ruly ni esok. Part of me is quite happy sebab at last I dapat jugak ziarah. Another part of me, not sure if I'm ready to face it or am I strong enough? Another part pulak memang macam takmau pi ziarah because I'm terrified. Banyak sangat part dah tu. Tapi this kind of opportunities bukan selalu datang. And I am so very thankful to Hubs sebab izinkan I pi ziarah kubur arwah. Siap dia suruh Iman teman I the whole day. Bagi kebenaran I lepak dengan kawan-kawan kat Kuantan. Tapi mana nak ada sapa dah kat sana pun. I pun macam reluctant skit nak lepak dengan kawan-kawan kat sana (majority of them are friends to arwah) sebab I takut I will not be that strong. Tapi I tetap jugak jumpa depa. Yang mati tetap pergi. Yang hidup kita hargai.

Tapi kan tapi kannnnn..ni dah malas buat kerja dah ni sebenarnya. Hikhokhikhok. Mood cuti sudah marrriii. Over kan I? Hahaha. Fedulik lah. I dah apply cuti untuk Isnin sekali sebab tau Hubs jenis kalau pi mana-mana, selewat-lewatnya dia nak balik. So Isnin tu ingat nak rehat-rehat la. Sekali dia bitau semalam maybe Isnin baru gerak balik. Iols happy laaaaaaa. Japgi I pi rumah Mama terus. Letak kereta kat sana. Tapi before that kena pi buat kening dulu. Hampes betoi kedai tu boleh tutup pulak semalam. Dah dapat parking baik punya, tengok-tengok dah half shutter closed. Budus tau. Pastu pi beli jeruk pulak untuk mak buyung kat KL nuh. Jeng..jeng..jeng...siapakah? Biarlah rahsia........

Oklah caucincau dulu. Esok kalau ada masa, I update ok? 

Doakan perjalanan I dan suami ya?

Happy holidays to me!

No comments:

Post a Comment