Punya kelam kabut dengan bergadoh bagai dengan aunty guard kat rumah I, terus terlupa nak bawak laptop uols. Haaa..kisahnya jumaat tu Hubs dapat balik awal sikit so dia balik rumah dulu siap-siap. I kan plan nak pi rumah mama bersiap, tapi memandangkan Hubs ada kat rumah kami, baik I siap kat rumah I ja. Hubs parked truck dekat parking lot kami. So I mintak la dengan aunty tu nak park kat visitor parking sat ja dalam half n hour camtu. I cakap elok-elok la sebab selama ni pun I ok dengan aunty tu. Then tiba-tiba dia nak kerek dengan I. Ikuti perbualan dibawah :
I : Aunty, nak mintak park kat visitors parking sat boleh? Dalam setengah jam saja.
Aunty : Dalam ni tak boleh. Luar punya boleh la.
I : Ha ok.
Aunty : Tapi kalau lebih dali setengah jiam, kita clamp lu punya keleta.
Masa ni I dah menyirap. Like what the hell??
I : Ha? Mau clamp? Lebih lagi setengah jam pun tak boleh?
Aunty : Yala...lu kata mau park stingah jiam, stingah jiam la. Lu sindili kata stingah jiam maaa.
Fundek lah aunty ni.
I : Apa aunty? Macam tu, I nak mintak park sejam lah.
Aunty : Tak boleh la...lu sula kata stingah jiam.
Pantet lah.
I : Aunty I bukan nak park tempat orang pun. I pun ada sendiri punya parking. Tapi sebab husband I sudah park dia punya kereta. Sat saja I naik mandi lepas tu kitorang sudah mau turun.
Aunty : Lu kata lu ada parking lot, lu park lu punya tempat la. Ha sekarang mana lu punya parking lot sudah pigi kalau lu kata lu ada parking lot?
Aunty ni bengap ka saja nak bagi darah aku naik?
I : Memang ada aunty..tapi sekarang, ada kita punya kereta 1 lagi. I residence la aunty. Ni nampak (layang-layang my access card depan muka dia). I ada bukti I duduk sini punya orang.
Aunty : Ekceli haaa...lu sini punya olang duduk, lagi lu tak boleh parking visitor sana. Tak boleh langsung miaaa. Sebab lu ada lu punya parking ma. Mana pigi lu punya parking? Sikalang, lu pi cali parking luak sana loh. Itu sana kena bayak punya.
Memang kecik besor kecik besor je aku tengok aunty tu.
I : So ni I kena pi parking 7e sana la?
Aunty : Ya la. Sini residence tak boleh parking visitor mia tempat.
Hoi menyirap!!
Terus I masuk & U-turn keluar balik parking kat All Seasons Park. Memang bengkek gilaaaaa. Jalan sambil hentak-hentak kaki kok kuat balik rumah.
This is why we did not host any gathering kat rumah dah skang ni. Susah sangat system sini. Dah la setiap access masuk kena guna card. Larat ka kami nak turun 60x ambil orang kat pintu bawah. Fuuuuhhhh.
Terus I takmau kawan dah dengan aunty tu. I tengok dia sekarang pun I jeling. Wekkwekkk!!
Around 9ish kami gerak dari Seberang Jaya sebab Hubs nak singgah jumpa Eddy nak ambil barang sat. Plan asal kan nak pi KL dulu baru gerak Kuantan subuh esoknya. Tapi sebab Hubs baru dapat tau seeding start awal pagi esok. So memang takut tak sempat la dia nak try buat few runs dulu. Sampai KL dalam pukul 12 lebih jugak la. Lajiu gak kan truck tu. Itu pun kami ada buat detour konon-konon nak ikut Kuala Kubu la apa la. Bila abang Karl kata jalan tu macam bahaya sikit, terus tak jadi. Takpalah kita ikut jalan highway ja.
Bosan sangat dah dok dalam keta.
Masuk Karak, Ya Rabbi kabusssssssssss. Tebal nak mampossss. Berkabus cermin semua. Memang kritikal lah. Lagi lap, lagi worse pulak jadi. Berhenti Petronas jap bagi kabus kat cermin hilang. Then sambung perjalanan. Hubs dah la tak biasa highway KL - Karak kan. So memang slow la bawak. Macam ulaq kena palu kot highway tu. Dengan kabus lagi. Ada certain-certain tempat ja yang boleh laju. Pastu slow lagi. Slow as in 90km/h. Kat highway tu dah kira siput babi la tu.
Hubs excited gila tengok jambatan ni. Ni kat Temerloh.
Jengka I miss youuuuuuuuu!!!
Akhirnya Alhamdulillah sampai Kuantan dalam 3.30am. Lepak-lepak TC jap, tengok-tengok tempat race & all. Breakfast sat kat KFC kat TC tu. Wow! Itu lah the 1st word yang keluar dari mulut I bila tengok tempat tu. Lain bebenor dah ha. Dulu biasa-biasa ja walaupun ada la McD. Tapi tak secantik sekarang. Sekarang pulak ada KFC, Old Town, Tutti Frutti & 7e. Haa kauuu. Kelesss. Banyak kenangan I kat TC ni. Zaman budak baru nak besaq. Lepak tak tentu hala sampai berjam-jam pun rasa seronok sangat dah. Padahal taktau la apa yang seronok sangat. La ni kalau ampa suruh I duduk situ 2 jam tak buat apa-apa pun belum tentu I boleh. Mata dah takleh tahan bhai. Kesian I tengok Hubs tu. Dah la esok pagi nak ride lagi. Dia ajak tido dalam kereta. I ok ja. Yalah uols. Baru pukul 5am camtu mana la nak boleh masuk bilik nak check in lagi kan. So tertewas la kami berdua dalam truck. Heheh. Tapi rasa secured sebab dah dalam kawasan parking hotel dah. Ada orang jaga situ. Sadar tak sadar, dah 7am. Tu pun sebab Abg Yamm call ajak lepak bilik dia. Dia pun dah bangun.
I saja pi tanya kat FO tu boleh tak kalau nak check in, and amazingly, bilik dah siap & boleh masuk. Pergggghhh bukan senang nak dapat masuk bilik hotel seawal 7am! Hyatt torbaek laaahhh.
Ok I akan sambung in the next entry ok. Nak buat keja sat. Sat orang kata makan gaji buta pulak. Free sangat keja PA ni sampai ada masa nak tulis panjang-panjang. Eh baru 2-3 bulan dah ada haters ka? Hahahha. Taklah. Tu Hubs yang cakap tu. Huhuhuhu T____T
Hold on till tomorrow ok babies?
No comments:
Post a Comment