Comei dak kak tonnnnn??? *caption yang sama jugak*
Sorry sorry semalam gua menghilangkan diri. Sakit perempuan datang lagi. Haaaiihh apapuntaboleh.
Anyway, I rasa kisah ni dah lama terkubur. Sebelum mereput, baik I masukkan hari ni. Ni nak cerita pasal kenduri yang berlaku 2 minggu sudah kot. Yelah uols, lepas kenduri mak pulak admitted. Mana nak ada masa nak up kan. Ni baru ada lebihan masa sikit. So mari kita.
This is quite a lengthy post. Sebab banyak gambar ja. Hehehe. Kisahnya berlaku on 1st Dec yang lepas. Selepas perbincangan dengan kakak I, kami bersetuju nak buat 2 kenduri sekaligus. Berendoi Naufal & kenduri sunat Rifqi. Memandangkan Naufal pun tak buat kenduri cukur jambul apa lagi. So lets jom. Rifqi pulak sunat keesokkan harinya tu. So molek lah.
Sehari sebelum kenduri, kami keluar pi beli barang-barang untuk kenduri. Barang-barang basah mak dah belikan. So ni tinggal macam doorgift, etc. Sebelum beli barang, bawak si Sara pi cuci luka dia dulu sat. Takyah la I nak cerita panjang lebar luka apa. Cukup ampa tau bengkak susu. Tapi mostly semua pun dah tau pasal tu kan?
Hey ladies!
Selesai membeli, balik rumah mak tolong-tolong apa yang patut. Then malam tu balik lah kita. Sebab esok pagi nak mai awal pulak.
Hari kenduri tu pagi-pagi I pi dulu sebab kesian pulak nak kejut Hubs awal-awal. Dia pun nanti nak kena bangun awal skit sebab nak pi amik orang-orang lelaki masjid untuk baca doa. Pukul 11 lebih camtu orang masjid sampai & start dengan baca doa selamat, dan buat untuk arwah-arwah family yang dekat gak. Lepas baca doa tu, tak sangka pulak depa nak potong jambul Naufal gak sikit. Alhamdulillah rezeki....
Hari tu tak ramai orang lelaki yang able to attend. Sebab banyak kenduri sunat kan masa tu. Semua pakat-pakat amik kesempatan waktu cuti sekolah ni nak kerat anak depa. Naufal nampak ja macam nangis tu. But he was a very good boy hari tu.
Lepas dah jamu orang-orang lelaki ni semua, kami relax-relax ja sebab nak tunggu orang-orang perempuan pulak untuk marhaban. In between tu ada jugak tetamu tapi tak kalut la. Kalau nak bandingkan dengan open house raya, kali ni lebih relax sebab tak jemput ramai-ramai orang. Maka terhasil lah posing-posing dibawah.
I like my dress. So nice & comfy.
Aisy Naufal Mikhail. Dalam tido pun kalau kacau dia mesti senyum. Comel kan baju dia? I la beli. Harus lah bagitau kan?
Awwwwww. In shaa Allah.
Me, Kak, Mak & Sara.
Selfie.
Awww renungan ittew.
Ni doorgift untuk orang baca doa, marhaban & guests yang sempat. Hehehe.
Taktau lah ni kurus jenis apa. Jelly!
Around 2pm plus camtu orang marhaban pun sampai...So without further hesitation, marhaban pun start. Tapi makcik-makcik tu dok rest dulu. Kesian I tengok tercungap-cungap naik tangga. Almaklumlah rumah mak I kan tingkat atas skali kena naik tangga. Naya naya.
Bekas untuk cukur jambul. Mama buatkan. Sweet like her.
Makcik-makcik dah start marhaban. Sedap gils dengar marhaban.
Mak aunty tukang pegang talam. Sambil menyibuk, sambil berangan. Hahah. Berangan tak salah kan? Jayjay yang kata.
Hahah muka terpaksa rela.
Terpaksa rela again.
Sambil dicantas jambul, sambil mencangkoi.
Tau tak sepanjang cukur jambul tu, Naufal asyik la dok tengok mummy dia ja. Maybe macam terpesona kot sebab 30 hari dalam pantang tak mekap. Sekali ni mekap, pergghhh....heheheh.
Atok.
Nani.
My sweet little Angel.
Habis marhaban, jamu makan lagi. Lepas tu hantar makcik-makcik ni balik & started receiving guests. Yang mana yang kami tak jemput tu, mintak maaf banyak-banyak. Sebab kali ni tak buat banyak pun. Untuk keluarga yang dekat-dekat ja. Bukan la kata ampa tak dekat. Tapi ni yang memang very close punya. Next time ok?
Tudia hero-hero Nopaina. Hero yang belakang tu at that time still had no idea what's waiting for him the next day. Hehehe. Tapi he took it very gently. Tak nangis pun kena sunat. Memang hero lah!
It was a good day. Full of families & laughter. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Nothing to complain. Eh takdak pic Hubs? Hmmm..I don't wanna go there. Kata takmau complain kan. Huhuhu.
Can't wait for the next family gathering. Lani kami cucu-cucu tok timah ada group kat whatsapp pulak dah. Semak kepala otak aku sat. Mangkaq.
Belambak picture masa kecik-kecik kami dok exchange. Nanti I kasik up satu kali ok.
No comments:
Post a Comment