Assalamualaikum...
Rata-rata semua penduduk dunia sekarang tengah masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi kepada MH370. Jangan kata orang lain, I sendiri pun tertanya-tanya. And I antara orang-orang yang ikut perkembangan tragedi ni very closely. Kalau kat rumah tu memang tengok Awani saja. Tapi ada juga time I bukak channel lain sebab Awani pun suka sangat ulang 50x benda yang sama. And kat group whatsapp pun banyak berita yang dapat.
Tapi tu lah, kejadian ni sangat misteri. Banyak teori yang diperkatakan. Kena hijack, tenggelam, vanish in between lapisan langit, disembunyikan, KUASA ALLAH dan macam-macam lagi lah. Banyak spekulasi juga yang dibuat. Apa-apa pun, semua teori ni kita kena ambil kira. Kita pun taktau dari mana sumber teori tersebut. Mungkin boleh jadi bohong semata atau mana la nak pi tau memang betul. Yes, kerajaan kata depa akan update kita dari masa ke semasa. Tapi tu lah, needless for me to say, you all faham lah kot.
Tapi kan, ada jugak kan mangkuk-mangkuk ayon yang masih boleh nak manipulate keadaan sekarang. Hari ni saja I tengok ada 2 kebodohan kat FB. I taktau la orang-orang ni bodoh level mana. I guess paling terulung kot. First was gambar yang dekat taxi ground then ada kapal terbang & what looked like "pengganas" pointing guns dekat civilian. You all tengok tak gambar tu? Siap tukar nama airlines tu jadi Malaysia Airlines kot. I mean like apa faedahnya ampa buat ni semua? I just don't understand apa yang ada dalam otak depa masa depa super-impose gambar tu. Self-satisfaction much? Apa yang ampa gain from it? Tak fikir ka sensitivity of the family members & friends of those on board? Apa first impression of the family once depa tengok? I sendiri pun macam terkejut tapi bila belek-belek balik, kita tau la benda tu tak betoi. Haihhh apa la buat benda camni tak guna otak. I tengok jugak gambar before edited & after. Memang nampak la airlines name lain. Itu sebenarnya gambar that airlines buat emergency drill. Depa kena buat stimulation yang really reflect actual situation.
The second thing was ada depa buat macam komik. Conversation nya berbunyi begini :
A : Diorang nak pinjam kapal selam kau.
B : Kapal selam aku? Kenapa tak guna kapal selam diorang?
A : Diorang cakap kapal selam diorang bukan kapal selam untuk Search & Rescue. Hanya Search & Destroy.
B : Habis nelayan-nelayan yang diorang mintak tolong tu, sampan equipped with Search & Rescue features ke?
Najib & Hishammudin : Aku terkena lagi.
Lebih kurang camtu la conversation tu. Orang yang buat komik ni bodo ka apa? Geessshhh straighten up your facts dulu lah sebelum nak buat "lawak-lawak antarabangsa" camni. Kaji dulu apa sebenarnya yang diterangkan & apa yang diminta? Ingat kerajaan bodoh sangat ka nak mintak tolong nelayan tengok-tengok sama sebab kapal selam kita tak boleh? Ya Allah...I taktau la nak cakap apa dengan orang-orang camni. Bukan kerajaan suruh nelayan ni semua pi selam 3 feet under cari MH370. Suruh tolong tengok-tengok saja. Paham ka tak ni? Tak paham mai aku nak duku kepala sekoq-sekoq.
I JUST CAN'T BRAIN THIS.
Masih.... #PrayForMH370
No comments:
Post a Comment