Assalamualaikum.
Hai semuaaaa.
Semalam iols cuti. Cuti pi amik IC. Kekekeke. Padahal I taktau pun bila IC tu nak siap. Memang dah ambil cuti dari last week lagi. Alasan : MALAS! Boleh tara tu?
Kisah pasai IC ni, I saja pi tukar IC baru yang ada 2 gambar tu. Latest IC. Saja garik. I pi hari sabtu. Ingatkan nanti lambat ka apa kan. Sebab semua orang pun ada mentality anything that got to do with government, memang lambat. Sorry para-para pekerja gomen. Tapi sangkaan saya meleset. Gila cepat tak sempat hangat pungkok. Baru tekan no, tak sampai 5 minit dah dipanggil. Uiksss efisyennya. Tapi yang tak berapa nak efisyen ialah diri mangkok saya sendiri. Boleh tak nak pi buat IC tapi lupa bawak IC lama?Hahahahah. Ngoi gila. Hmmm...apo nak dikato? Terpaksa lepas Jijah siap settle IC dia, dia teman I patah balik pi rumah ambil IC I. Bukan I terlupa apa uols (masih mau menegakkan benang yang basah), malam sebelum tu I keluar bawak beg kecik. So I transfer IC semua dalam beg tu. Dah nak pi buat IC ni bawak beg lain. Terlupa terus. Terlupa la jugak tapi different kind of terlupa. Gigih balik jugak ambik IC lama sebab mak dah mekap cun cun dah. Rugi la kalau balik ngoi camtu ja. Boleh?
Anyway, IC kalau buat kat Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, siap dalam masa 3 hari. Kalau you pi branches, lambat sikit la. Contoh my friend dekat SP, dia buat kat branch so 2 minggu baru siap. Kalau dia pi kat HQ, sama la macam I, 3 hari saja. Bayaran dikenakan hanya RM10. Gambar ambik kat situ jugak takleh bawak sendiri. Sila pakai warna baju selain biru atau putih. Kalau boleh yang tak bertudung tu, pakai la yang berkolar. Takut nanti depa suruh pakai coat. Coat yang besaq gedabak (macam gambar passport I...huwwaaa).
Hari isini yakni semalam, I pi ambik dah IC I. Seperti biasa, ingat lama mana ka. Tekan no ja, baru nak labuh pungkok, 2033 dah naik. Pergghhhh cepat gilossss. Kiranya urusan I semua sekali untuk buat IC ni, setengah jam saja kalau combine hari sabtu & isnin. Amah-zing! Dengar kata kalau you buat kat Putrajaya, less than 3 hours ja siap. Lagi hebat.
Andddddddd...gambar IC kali ni sangat memuaskan hati beta. Hahahaha. Ampa tau sebelum masuk tempat ambik gambar tu, ada cermin. I pebetoi-pebetoi apa patut sambil tengok cermin & terus senyum. Hold senyum tu sampai duduk depan camera. Hahahhahaha. Sebab I rasa itu senyuman paling gojes. Puuuiii.
Somelll kan? Tapi kakak I kata muka macam orang gemuk. Hmmm tu takleh nak buat apa lah. Pipi I ni ada pau 2 bijik kiri & kanan. Dok simpan untuk waktu-waktu darurat. Huhuhuhu.
Ok itu ja nak disajikan hari selasa ni. Well, iols kan baru masuk keja hari ni. So bagi I, masih isnin. Takleh cerita berat-berat sangat.
Bye.
No comments:
Post a Comment