Friday, 16 May 2014

Mama bosan.

Assalamualaikum.

Bosannya weihhh hari ni...pagi tadi dah pulun buat keja semua. Tiba-tiba lepas lunch terus dah takdak keja apa sangat. Tapi tak boleh jugak nak buat slow-slow nak tarik masa. Sebab ada yang sedang menanti di balik sana. Gituuu.

Kerja I sekarang ni ada masa tu memang kalut gila. Tak sempat bernafas pun rasanya. And selalunya nak kencing pun tak sempat. Sampai pundi kencing dah jerit help help baru nak lari pi toilet. Ada masa macam hari ni, memang takdak apa sangat. I think la kan pasal kami kan cover bahagian utara. Selalunya deal dengan SUK Kedah la Perlis la..depa kan cuti Jumaat. So Jumaat selalu diam ja la takdak request, letter or phone call masuk. Tu yang boring tu. Tapi kalau dah banyak sangat pun komplen jugak. Haih la manusia. Aku lettewww. Makanya mari lah kita tawaf blog-blog yang ada. Pun dah habis tawaf. Hari ni banyak kali pi toilet. Qada balik yang tak sempat tu semua. Hehehe alasan tak bermotif langsung. 

Minggu ni I macam tak sihat sangat. Berlarutan dari time period hari tu sampai la ke hari ni. Macam-macam jenis penyakit ada. Sakit perut la,sakit kepala la, sakit kaki lah. Hmmm susah jadi pompuan ni. Banyak nau dugaan. Tapi banyak juga benefit jadi pompuan ni. Kalau nak list, memang tak habis type sampai subuh. Camno tu? Pukul 6 dah nak balik ni. Hehehe.

So esok cuti ye? Apa plan ampa? I esok pagi-pagi dah nak kena keluar pi Masjid Bayan Baru. Nak pi jumpa Haji Lokman. Pak mentua Ashraf Muslim. Dia nak tengok I nak kira kat Ashraf. Kekekekeke. Puuii. Takmau lah. I masih bara kat Ashraf Muslim sebab buat bini 1st dia lagu tu. I nak pi berubat dengan Haji Lokman tu..pasai period dok sakit takmau berhenti la. En Haris yang rekemen. Sebab katanya kakak dia pun dulu penyakit macam I jugak selalu sakit. And kawen lama but takdak rezeki. So she went to see him, Alhamdulillah it cured. I ikhtiar saja lah mana nak pi tau berkesan pada I jugak. Wish me luck ok guys?

Errmm..apa lagi nak cakap ek? Takdak idea sungguh. Selalu camni lah. Malam balik rumah nanti mesti macam-macam idea nak menulis. Ada saja yang I rasa I boleh ketengahkan. Tapi bila mai ofis, bukak laptop, terus lupa. Adakah perlu I bukak laptop di rumah? Tak sesuai pulak kan sebab malam ja ada masa dengan Hubs. Takkan la nak mengadap laptop jugak. Unless ada kerja yang terpaksa buat baru lah I akan bukak laptop. Biarlah kami duduk 2 orang kat rumah tak buat apa pun. Nganga tengok TV ja. Tapi tetap quality time. It's funny kan how you don't have to even have a conversation but yet that is the best conversation you ever had? Huhuhu...

Ingat nak masaklah weekend ni. Dah lama dapur tak berasap. Bukan I malas ok? Memang waktu tak mengijinkan. Kadang-kadang tu Hubs sendiri kata tak payah masak. Tak sedap ka I masak? Huuuuwwaa. Tapi kalau I masak, memang dia makan bertambah. Terbuntang-buntang mata dok kata sedap. Ka terbuntang mata sebab rasa nak tercekik? Eh mesti sedap punya lahhh. Kompiden. Selalu Hubs kata takyah masak sebab katanya kesian I macam kerja rumah tak pernah habis. Basuh baju, lipat baju, kemas rumah. Vacuum & mop memang dia tak bagi I pegang dah. Katanya biarlah tu jadi kerja dia. Awww so sweet.

Eh melebih-lebih terpuji somi sendiri pulaks. I lebiu lah Abam Kamal.

Sekian entry tak bermotif.

No comments:

Post a Comment