Monday, 30 September 2013

I'm back & ready to rumble.

Rumble korok mu!

Hai hai haiii..rindu I tak?? Sebenarnya hari ni I terlupa yang I ada blog. I terlupa nak tulis. Hhahaha. Almaklum lah berapa hari dah tak kerja. Kerja bertimbun. Masuk-masuk ofis tadi seperais sangat. Kesian ampa dok sat sat refresh blog kami kan? Nah, kami tulis sikit kat ampa ok. Tapi ni belum cerita ceritu ceriti pasal trip Bandung baru ni tau. Ni saja ja entry pengubat rindu.

Sudah Aida! Takdak sapa rindu kat hang. Laki hang ja pun. Tu pun sebab hang dok tanya 10x punya pasai. Hahahaha.

Semalam kan I pi tengok cerita KL Gangster 2. Terbaik wa cakap lu. Oh Jai. Rupanya yang kami tengok tu pra tonton saja. Kalau Adi dengar ni, dia mesti terharu. Iloveyou. Oh Jai. Sebab Jijah nak pi tengok hari ni sekali takdak. Khamis ni baru keluar penuh. Lolz. Memang berpuas hati sangat dengan cerita tu. Action scene, kronologi cerita semua menarik. Pelakon-pelakon pun mantap. Oh Jai. Cuma macam tak menarik yang adik Jai & Malik tu. Apa tah nama dia. Abang-abang punya hensem. Sekali adik tak cantik sangat. Mana boleh camtu. Hehehe. Apa-apa pun, it is highly recommended. Tolong pi tengok kat panggung. Jangan dok beli cetak rompak. After watching the movie, I can understand Syamsul Yusof's frustration. Dia dah buat sempoi-sempoi cerita tu, senang-senang ja orang ambil buat duit kot tepi. Janji tau pi tengok kat panggung? Abam Syamsul, bak komisyen!

I macam sibuk gila pagi tadi. Dah berapa hari tak kerja, pastu masuk hari ni kena settle boss punya claim. Sebab cut off date esok. Pastu kena check staff punya claim pulak sebelum boss approve which I did not touch on that yet. Pastu nak kena amend proposal untuk team building lagi. Event organiser baru bagi quotation hari ni & nak keputusan hari ni jugak. Kepala wotak lah. Boss dah la hari ni meeting sampai late evening. Esok pagi nak sit down buat claim dengan I. Pastu meeting lagi sampai tengahari. After that dah pecut ke KL sampai this weekend. I tulis ni pun dah penat. Over. Jangan la dia suruh I pi KL to discuss pasal team building tu. Memang la best boleh jalan-jalan tapi penat tau 1 day trip. Ok I nak sambung buat kerja dulu. Esok boss takdak, I update pasal my Bandung trip ok? Sebelum I mengundur diri, terimalah gambar pengubat rindu ampa. Muaxmuax.

Capek bangat udah dari jam 3.30am berangkat.
Tata!

No comments:

Post a Comment