Takmau dah la dok janji weekend nak tulis, weekend nak tulis. Skarang ni kira kita anggap ja lah weekend tu I cuti. Kalau lah tiba-tiba ada, anggaplah itu satu bonus. Ampa kan rajin refresh blog I 2 jam sekali? Muahahaha.
Ok let us get to the point. Harini I nak share tips-tips yang boleh dikongsi dan dibawah kategori untuk tatapan umum berkenaan dengan tajuk kita hari ini iaitu mertua vs menantu (layan la I. I baru balik dari majlis perasmian oleh my boss. So ayat I tadi banyak dipengaruhi oleh speech dia. Hahaha).
Please be advised (gituh) that apa yang listed kat bawah ni semua melalui pengalaman I sendiri. Takdak kena mengena dengan orang lain. Kalau ada yang berasa hati dengan penulisan I, I mintak maaf sebab ini semua cara I. Kalau cara uols lain or bertentangan dengan I, uols boleh komen kat bawah so kita boleh share-share kan. Ok lets jom start.
#1 MENJAGA HATI
Apa yang paling penting sekali ialah menjaga hati. Senang ja kan? Haaa..memang senang. Tapi kalau kita alpa, benda senang pun jadi susah. Kita rasa kita dah did fine tapi sebenarnya kita kurang menjaga hati orang tua secara tak sadar. Sedaya upaya I cuba jaga hati family mertua I or family I sendiri. Sekarang ni dah ada 2 family, besar tanggungjawab I. Kena jaga both. Orang kata "ooohh senang la duduk dekat-dekat ja semua" padahal ampa tak tau. Yang duduk dekat ni la susah. Kalau dah jauh tu dah tentu-tentu jauh. You guys with me? Bukan la I nak kata ni semua menyusahkan I. Tak. Never I rasa family I menyusahkan I. Nasihat I, once you dah get married, anggap lah family mertua you family you jugak. Sanggup ka you nak sakiti hati family you sendiri? And once you're married, you are married to the family as well. Ok la kalau you nak berkira jugak dengan whole family, dengan parents in law you, you HAVE TO jaga hati mereka. They are like your own mother & father. Treat them well. You pun dapat pahala. Bukan susah pun nak jaga hati orang tua ni. Just give them what they want even though it means that you have to let go of what you want. Hati orang tua-tua ni sensitive. Very delicate. You silap sikit pun mungkin depa takkan bersuara but inside? Dok sedih sorang-sorang. Well, my mum is. Mak akan tunjuk that she don't mind tapi sebenarnya dia terasa hati. So does mama. Nampak how sensitive I must be to them? Sebab tu I jalankan sistem gilir-gilir. Dengan ketiadaan arwah abah sekarang, I have to go back to visit mak every once in a while. By every once in a while I mean setiap selang sehari. Weekdays I dengan Hubs memang pack. Contoh Isnin rumah mak, Selasa rumah mama. Rabu pulak rumah mak pastu Khamis rumah mama. Maybe, just maybe sehari dalam weekdays tu kami akan rehat kat rumah tak pi rumah siapa-siapa. We need a break too you know. Memang both mums kata tak pa depa tak kisah pun kalau kami tak larat nak mai or ada hal, tapi I tau depa mesti rindu kat I & Hubs kan? Kami kan best. Hohoho. I dah duduk sendiri for 1 year now. 1 year without fail system gilir-gilir ni dah tak place. And still counting. Demi menjaga hati.
#2 RESPECT
It works both ways. Betul ni. Logically pun memang camtu. Macammana nak harmoni kalau asyik orang ja nak kena respect kita, tapi kita tak respect orang? So kena balance la. Respect pulak bukan takat balik kerja salam cium tangan laga pipi ja. Respect comes from many aspects. Privacy, air muka, percakapan, tindak tanduk, pemakaian, dsb. Privacy means contoh kalau I duduk dalam bilik diam-diam, mama (my mother in law) takkan la mai kacau I. Macam mai ketuk-ketuk pintu ka apa ka. Or masa I dalam bilik dengan Kamal pun mama takkan mai kacau-kacau kami. Because believe me, ada jenis mertua yang jenis kalau menantu duduk lama sikit dalam bilik, ada saja la hal dia nak mai ketuk pintu nak bagi keluar dari bilik. Paling koman pun mama akan ketuk pintu bilik pagi-pagi time bangun pi kerja tapi I tak bangun-bangun lagi. Hahahah. Buat malu ja. Tapi biasa la, mesti ada terlajak kan. Sama jugak macam I kalau tengok MIL & FIL dok sembang, muka ketat & cakap slow-slow, I tau lah mesti ada benda important yang agak private diorang tengah bincang kan. So i akan avoid la dari lalu-lalang kat tempat tu. Better yet I lari la tengok tv kat depan. Respect jugak dari segi jaga air muka your in laws. Contoh, jumpa jiran tetangga sebelah-sebelah rumah tu tegur-tegur la sama. Jangan la parking kereta kat garage, terus masuk rumah tak pandang kiri kanan dah. Or on the way masuk ke dalam kampung nak menuju rumah mama tu, jumpa-jumpa orang tengah jalan tu senyum-senyum la sama. Ini satu investment ya. Bila jiran-jiran puji uols depan mak mentuha uols, dia pun bangga kembang-kembang hidong kan. When they are happy, you will be promised a pleasant stay. Ahaks. Dari segi percakapan pulak, serious I cakap I dari dulu memang juah dengan in laws I. Hahahah. Tapi juah bertempat la. Perlu la nok tapis-tapis jugak nak melawak tu kan. Jangan la kita sentuh bab-bab yang sensitif atau kasar sangat. Ada masa kita kena hipokrit demi menjaga hati orang tua. Macam I, I memang hipokrit depan depa. Bab gelak & pakaian. Hahaha. Kalau dengan orang lain, I gelak macam syaitonnirojim. Tapi dengan mertuas I, penuh sopan santun. Bukan apa uols, buruk sangat I gelak kuat-kuat. And lagipun, it goes back to respect. Dari segi pakaian pun boleh dikatakan I hipokrit jugak. Enough takat tu ja ok? Yang mana tau, tau. Hahaha. I tak kisah pun ampa nak kata apa. Huhuhu. Cause all that really matters to me, is what my family would think & say. 1 lagi I nak tambah, I dulu jahil tau. Bukan jahil taktau hukum agama. I tau tapi I tak buat sangat. Solat I tunggang terbalik. Biasa la manusia, bila susah baru cari Allah Taala. Bila senang, lupa sat. No good ok? Tapi sekarang I rasa bersyukur sebab Allah letak I kat rumah mak mentua I. Sebab depa jenis solat tak tinggal. So I jadi segan. Bila I segan, otometik la I pun akan solat jugak. I ikhlas buat uols. Tak rasa terpaksa pun. Sebelum ni pun ikhlas tapi macam ingat ingat lupa ja ibadat tu. Jadinya in laws I ni kira penggerak la untuk I. Gitew. Sehinggalah hari ini. Dah jadi sebati. So yang tu you kena jaga la bagi I. Dengan cara camtu you will earn respect from them pulak.
#3 TOLERATE
Give & take. Itu ja. Jangan la benda besar sekelumit kuman pun kalau in laws uols (sebenarnya aku dok tersalah type in laws jadi lawas dari tadi dah.Hahahah. Dok gelak sorang-sorang) buat yang tak sedap dimata ampa pun ampa nak ambil kira. I know kalau sikit-sikit lama-lama jadi bukit. So, apa kata bila sikit-sikit tu kita lupakan ja. Forgive & forget. Whether you like it or not. Hehehe. Actually it's your choice pun. Kalau you nak berkira jugak then you have to prepare to bear the consequences la. You kena ingat, you duduk dengan in laws you taktau sampai bila. Some, sampai bila-bila. You nak ka benda kecik tu menganggu hubungan uols? Bila mengganggu hubungan uols, tak ka duduk rumah pun tak senang hati? I tak mau camtu. So I chose to let it go. Of coz lah ada saja benda-benda yang tak kena dengan kita. Dah tentu-tentu tu bukan your own mum whom you have been living with your entire life. You mesti dah get use to your mother's style kan then suddenly tinggal dengan orang lain, memang ada saja la yang tak kena. Tapi ingat, you mai duduk rumah orang, lower down your ego & try to adapt their style. Tak rugi pun uols bahkan I rasa menguntungkan you lagi sebab like I said, that will make them happy. When they are happy *sebutsamasama* you will be promised a pleasant stay. Hahahha. Macam I, ya Allah it was a struggle for me tau. I ni jenis bangun tido time agak-agak matahari dah panas menyengat sikit. Dah bangun, sambung atas sofa terlentang tengok tv. Dah lapar baru ingat nak mandi tu pun sebab nak makan. Pastu akan samada sambung tengok tv sampai tertido balik or siap-siap nak keluar. You tell me how?? I memang macam culture shock sikit la awal-awal tu. My in laws ni morning people tau. They are very active in the morning. Satgi tengahari baru rehat-rehat. I ni dah biasa morning rehat sampai petang. Hahahahahha. Tapi ku gagahkan juga bangun pagi. Awal-awal tu awal gila I bangun sebab I taktau depa jenis bangun pukul berapa lagi. Dah siap ushar line, ok set alarm kul 7.30am. Hahahah awal kan wei? Hari cuti bangun 7.30am. RUGI!!! Tapi I bangun tu nanti pi tunjuk muka pi toilet apa bagai pastu masuk balik dalam bilik. Heheh. Tapi tak lama la. Lepas tu bangun lah pi duduk kat dapur luar tu sembang-sembang. Seteleh panjang lebar bagi contoh, mai I bagitau pasepa I terpaksa ubah cara hidup I. You bayangkan if I bangun lambat macam selalu? Rasa-rasanya camna eh? Kalau in laws uols jenis urban tak pa lah kot. It all depends on how your in laws are jugak actually. Macam mine, I can read how they are sebab I ni observant. Sebenarnya, tak dak tulis pun kat mana-mana yang you kena bangun awal kalau you duduk dengan mertua. But it goes without saying la benda camni kan. Tapi ada ja yang takmau berubah I rasa or rasa susah sangat. Jenuh dok fikir bila bakal husband ajak duduk dengan mak dia. Sebab I pun macam tu gak dulu. Tapi lama kelamaan memang terbiasa la. So just chill ok? If I can get through it, you can too! Gituh bagi semangat.
4# RINGAN TULANG
Kan I kata I nak bagi contoh semua daripada diri I sendiri? So ni sangat kena batang hidung I sendiri. Bukan sebab I memang dah dilahirkan dengan tulang-tulang yang ringan. Tapi I rasa 70% of berat badan I ialah air, 20% ialah tulang. Lagi 10% tu ja benda-benda lain. Hahahah. I memang pemalas sangat. Pi la tanya mak. Mak boleh cerita kat uols I punya pemalas tu camna. I dah biasa dari dulu duduk ramai-ramai kat kampung. Dengan family pakcik & makngah. So orang tua-tua semua dah ada tugas masing-masing. Yang basuh baju, masak, sapu rumah, lipat baju semua dah bahagi. Apa lagi yang tinggal untuk I? (Tetap nak kata diri tu tak bersalah). So I memang dah dibesarkan dengan senang lenang. Bukan la mak I tak pernah keriau suruh sapu rumah, eh ada ka? Keriau suruh basuh baju, eh ada ka jugak? I rasa memang mak pun tak pernah suruh I buat kerja rumah kot. Dia pun mungkin takmau suruh sebab malas nak layan I bebai kot I rasa. Hehehe. I started doing everything on my own (sweeping, mopping, laundring) semua masa kat UiTM Jengka. Haaa..sapa nak tolong hang masa tu Aida? Hahahha gelakkan diri sendiri. Tapi selalunya pun baju I hantar dobi ja. Hehehhe. Dah duduk pulak dengan mertua, padan muka hang Aida. Hahaha gelakkan diri sendiri lagi, kali ni lebih kuat. Masa yang I dok bangun awal-awal pagi tu, I dah jem taktau nak buat apa. So amik la penyapu tolong sapu rumah. Hahaha. Bila terlebih rajin, mop rumah. Buat dusting. Basuh baju, angkat baju. Apa-apa ja lah yang sempat. Sebab kan I kata my in laws kan morning person, so memang selalunya I tak sempat buat benda-benda tu sebab depa dah buat dulu. So I tolong-tolong la kat dapur ka apa ka. Masak pun bukan I reti. Gempaq ja lebih. Hahaha. Dulu arwah abah saja test I suruh masak nasik, boleh tak I masak nasik tak bubuh ayaq. Terus on switch. HAHAHAHA. Punya la bingai. And I was 16yo masa tu. T_T So dalam diam-diam I belajar la cara-cara memasak by observing mama masak. Nak tanya, malu uols. So I ushar-ushar ja dari jauh. Alhamdulillah today, I am able to cook walaupun simple-simple. At least now I know the differences between kacang panjang, kacang botol & kacang buncis. T___T
Bantu-bantulah your in laws buat kerja rumah. Jangan la asyik nak mengangkang ja depan tv. Kat rumah mak hang takpalah nak buat perangai lagu tu.
#5 KETERBUKAAN
Hahahah. Betoi ka keterbukaan tu? Aku nak kata openness. Kira macam open minded la. Jangan dok buat perangai macam kat mak kita, "tak boleh kata apa". Hahaha. Aku la tu. Dulu dalam family, kat aku ja yang tak boleh kata apa. Bukan sebab aku kebal ka apa tapi orang meluat sebab aku nanti bebai. Tak boleh la nak ditegur aku ni. Lagi tegur, lagi macam suruh pi buat. Tapi bila aku dah duduk dengan mentuas ni, ha amek kau. Takkan nak bebai kat depa kan? Hahahaha. Tapi depa pun takdak la dok tegur aku selalu. Yang I nak sampaikan disini ialah, kalau ditegur tu, terima la kritikan dan teguran tu. Depa orang tua, sure it is for your own good. Jangan la rebellious sangat. Tak kemana uols. Kontrak seumur hidup tu. Hahaha. I mengaku kadang-kadang ada jugak benda yang I tak setuju. Benda yang I want it my way. But I know if it is my way, it won't suit their preferences. Remember tadi? When they are happy? Haaa takyah sebut ramai-ramai. Cakap dalam hati cukup. Hehehe. So I get over it ja. I reverse psycho diri I sendiri supaya jangan ketegaq bijik sangat. Elok ja pun benda tu happen & doesn't effect any major life changes pun. Bodo tau. But I tell you, bila you dapat buka hati you untuk terima teguran & tak simpan merengkam benda tu dalam hati, I rasa you akan jadi lebih tenang & happy. Betul. I macam tu. When I let my doors open to welcome anything, I am more sincere & honest. Tak serabuk-serabuk kepala hotak nak sakit-sakit hati. But this is me. You olang, wo bu che tao.
#6 DON'T BE SUCH A BABY
Tolonglah guys. Jangan la setiap benda ampa rasa irritating pasai in laws ampa ampa nak p mengadu kat laki ampa. Ingat weih, that is his parents. Syorga ampa kat kaki dia tapi syorga dia? Think about it. Yang you nak jarum tu lah syorga dia. Nasihat I, you simpan ja lah dalam hati. Biar you saja yang open to all critism tapi apa yang you tak berkenan kat in laws you, you HAVE to get over it. I TAK PERNAH bagitau Hubs apa-apa yang buat I sedih ka, sakit hati ka, merajuk ka pasai my in laws. Not saying that I have a lot to tell him pun la. I don't think it is necessary to let him know & put my relationship dengan my in laws on the line. Why I say that? Sebab if I tell Hubs bla bla bla, don't you think he will go talk to my in laws? And then what? Mana nak letak muka cantik ni bhai? Malu tak esok pagi nak face depa lagi? I malu. So bila I dah tau macam tu, I try to avoid the same thing to happen again. So that I won't get hurt & no one to talk to. Lagipun, bukan semua orang tua akan betulkan pulak apa yang depa dah buat kat you sampai you terasa hati kononnya. Some will get more defensive, you can watch your good relationship with them go down the drain. Not saying jugak my mentuas macamni. I taktau. Sebab I never trapped in this kind of situation. Sebab i restrain myself from mengadu domba kat Hubs. You're big enough to get married so you're big enough to get over it.
Banyak lagi sebenarnya petua-petua yang boleh membantu. Tapi cukup lah 6 ni dari I. 6 yang I rasa keys towards a good relationship with your in laws. My thousands apologies kalau ada yang tak setuju ok?
To the newly weds yang akan live with their in laws, GOOD LUCK! *grins*
No comments:
Post a Comment