Tuesday, 24 September 2013

Pencerahan.

Al-fatihah.

I agak tak keruan ni sebab tadi ada orang share gambar arwah Ruly kat FB. Terus jadi macam arrgghhh...semua flashback datang menerjah. Sorry la kalau you rasa tak sesuai I nak ingat kat dia sampai tahap ni. Tapi I can't fight my feelings. I tak pernah fail lagi berdoa untuk arwah dalam setiap solat I. Untuk arwah abah, arwah Ruly, suami I and my family. I am truly still devastated.

Anyhoo, I nak bagi pencerahan ni pasal lain. "Aida pi jalan sana sini dengan kawan-kawan Kamal tak kata apa ka?". Haaa..pasal itu. 

Alhamdulillah setakat ni Kamal tak pernah tak bagi mana pun I nak pi. I nak keluar lunch ka dinner ka tengok wayang ka Hatyai ka or Bandung this coming Thursday (Lulz). Of course I akan tanya mintak permission dia dulu (walaupun I akan janji siap-siap dah dengan the girls. Confident level kena tinggi). And I tak la baghal sangat nak pi mana-mana when he is around. Selalunya I akan keluar meronggeng dengan kawan-kawan time Kamal kerja. Kamal cuti only on Sunday ya my friends. Even Public Holidays pun yang penting-penting ja. Rasanya setahun dia cuti tak sampai 10 hari kot. Well, mencari rezeki. Cakap lebih-lebih satgi boleh mengundang bala. Sebab tu lah Hubs selalu ijinkan I nak pi mana pun because he knows he can't. 
Ke Hatyai with zhe girls.
Di Lone Pine for a small gathering.
I tau ada jugak yang masih question "Dah Kamal tak boleh cuti, tak payah la pi mana-mana. Tak kesian ka dia kerja teruk-teruk tapi hang best punya henjoice?". Ermmmm..jangan la tannya soalan macam aku ni tak berapa ada akai. Haruslah after fine consideration baru I make my decision. Memang I akan tanya dia dengan penuh semangat. Tapi lepas dah dapat green light, mesti terbit juga rasa nak pi tak pi nak pi tak pi? Sebab I pun sayang nak tinggal dia. I ni yang masalah malam takleh tido takdak dia. I ni yang dok raplah macammana nak contact dia masa I kat sana. Even I tau dia nanti busy kerja & will not 24 hours available for me, I sendiri ni yang nak 24 hours available for him. Gituh cinta kuat-kuat.

Why Kamal izinkan I pi merata-rata without him? Sebab dia tau yang dia tak dapat nak spend time bawak I pi. Cuti panjang pun selalu time raya cina & raya puasa ja. Raya cina yes kami boleh la nak pi mana-mana jauh sikit. Macam early this year kami pi Bali. Arghh rindu Bali. Next year raya cina pulak dah book flights ke Bangkok. Yeahuuu!! Time tu ja la. Takkan nak pi time raya puasa pulak. Ada kena buang keluarga kot sat. Hahaha. Lagipun, nampak ja cuti macam panjang masa raya puasa. Tapi sibuk kesana sini tak rasa macam cuti pun. Penat lagi ada la. But it was worth it all la. Dapat jumpa semua adik beradik. Ada dua families yang dekat-dekat ni macamni lah. Penat tapi berbaloi. Eh nak cerita pasal lain kan? Suka kelaut tau. Anyway, I nak pi mana-mana pun I fikir jugak faktor-faktor yang ada. Berapa hari? Pi mana? Tempat yang macam mana? Do I really have to go? Senang tak I nak keep in touch dengan Kamal? Semua ni I take very serious consideration la. Orang cakap takdak anak, senang la nak pi mana pun. Habis suami tercinta saya tak payah consider ka? Hehehe. I memang berat la sangat ralat nak pi mana-mana without him tapi fikir jugak, takkan I nak lepaskan the opportunity that is knocking on my door kan?

Rindu Bali.
Tapi ada masa jugak sampai I rasa annoyed sangat dengan Kamal. Sebab dia suka paksa-paksa I pi holiday dengan kawan-kawan. Usually dia akan paksa masa tengah planning in front of everybody. I pun jadi malu alah la depan reramai tu nak say NO kan. Terpaksa la sengih-sengih & bag

i ayat baik punya. He will keep on repeating himself telling that he's ok. He don't mind & so on. Haishh. I takat pi sat saja I ok lagi. Sampai berhari-hari tu I rasa tak syok jugak. Not because kesian dia or takut orang cakap apa-apa. But because of my own self! I sendiri yang jadi tak keruan. I kan anjer-anjer. *muntah rainbow* Tapi yang nak ke Bandung ni 4 hari la jugak. Cuma yang made me feel better skit pun sebab dekat Bandung 2 ari ja. Lagi 2 ari tu kat KL. Ok lah..dekat la jugak rasa. Eh, I bukan suka-suka nak selfish bila I kata bukan sebab I kesian kat dia tu. Tapi I have to la. Kamal made me this way. Sampai I kena psycho diri I sendiri that I'm doing this for myself, i'm doing this for myself. Sebab Kamal tak suka bila I kata I did this & that because of him. Tapi sebenarnya everything I did or might do will be because of him. Jangan bagitau dia tau.Vavava cinta dalam-dalam sangat harini ni pasaipa? Hahahaha.

Ni lah I've been wanting to tell everyone yang dok soksehsokseh nak tau sangat Kamal ok ka I selalu outing dengan my girlfriends. He doesn't mind to the point that I pulak yang kesah mak esah.

Eh macam panjang pulak membebel hari ni kan? I memang suka explain. Explain la sampai ke benda-benda kecik. Tanpa dipaksa. Pastu I sendiri yang stress bila orang tak faham or don't want to understand. Huhuhu. Macam sekarang ni la. Ada tak orang tanya pasaipa I dok membebel panjang ni hence the explanation on explaining? Tak dak pun kan??

Zip it Aida!

No comments:

Post a Comment