Monday, 9 September 2013

Muhasabah.


Assalamualaikum!

Happy Isnin! Not sure what is so happy about Isnin. Heehehe. 

Jom hari ni kita sembang-sembang kosong. Sembang-sembang serious sikit. Tak la serious mana. Mesti aku merepek jugak sakgi sikit-sikit. Hehehe. Macam tadi tengah dok breakfast dengan budak-budak ni. Tiba-tiba aku gelak sorang-sorang. Sebab I was making a joke with myself dalam hati & lawak tu funny gila ok. Tu yang aku gelak. Hahahaha. Yeah imma freak liddat. See? Belum masuk 2nd paragraph pun aku dah merepek.

Anywoo, jom kita restore ourself & rethink of all the kindness kita buat selama ni. Harap maklum, entry ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Hanya sekadar berkongsi dan untuk renungan kita bersama.

Pernah tak kita terfikir dari mana datangnya rezeki kita selama ni? Memang la rezeki kita ni datang dari Allah SWT. Tapi pernah tak kita terfikir kenapa kita ada benda-benda yang kita ada sekarang tapi tak semua orang dapat enjoy apa yang kita ada sekarang? Kerja Allah SWT ni sangat adil. Kita mungkin ada everything in the world (materially) but some people hidup dalam keadaan berserdehana. Tak dapat nak makan Chilli's, TGI Friday or even McDonald's. Tapi orang-orang ni mungkin dikurniakan dengan iman dan ilmu agama yang tinggi. Itu lagi priceless.

So, apa kita sebagai orang yang bisa menikmati segala nikmat duniawi ni buat untuk tunjuk rasa rendah diri kita? Tak perlu la I nak ambik contoh jauh-jauh. Diri I sendiri ni, apa yang I buat untuk share apa yang I ada? Alhamdulillah setakat ni rezeki yang Allah Taala bagi tak pernah putus. I boleh nampak development dari start kerja Maybank langsung takdak balance duit gaji kat tangan I, dapat offer kerja Rasa Sayang, Alhamdulillah dapat beli Viva tapi tetap rasa tak cukup jugak gaji tu. Dulu kuat enjoy. Pang diri sendiri. Takdak menabungnya ya tuan-tuan dan puan-puan. Nak bersedekah lagi la rasa aku pun tak cukup duit ni. Senyum ja lah. Kan jugak satu sedekah. Memang la babe senyum tu satu sedekah tapi what are the benefits yang orang tu dapat? Brighten their day ja la mungkin. Pahala jugak tuh. Alhamdulillah. But as I was saying, I nak cakap ni dari segi harta benda dunia. Masa I nak kahwin, I kerja Rasa Sayang lagi. Memang budget cukup-cukup tu ja. Takdak la nak berangan lebih-lebih. Cukup la ada dewan, catering, pelamin, baju, mekap, doorgifts, DJ, etc. Yang necessary sahaja. I takdak pun pi lulur lulur bagai tau. Sobs. Alhamdulillah semua berjaya rolling. Tak membebankan siapa-siapa especially my parents. Syukur. Then lepas kahwin, rezeki tu lain macam. Hubs also has set his grounds stable. Ada la masa sangkut sikit-sikit tapi tak lama. And we managed to cover them all. 
Hope this brighten yours!
Sampai lah recently Jijah ada tanya we all nak beramal jariah tak? Was thinking, selama ni boleh ja aku pi buat pedi mani segala merapu tiap-tiap bulan. Takkan nak sedekah sekampit beras pun tak boleh? Malu dengan diri sendiri sikit cek. So Jijah la arrange semua dari pembelian beras sampai lah ke penghantaran ke masjid-masjid yang terpilih. Jazakallah, Jijah! Cukup ja makan tiap-tiap bulan aku? Takdak pun tak boleh nak pi lunch sebab sedekah beras sekampit? Siap sekarang, I dah boleh menabung kat ASB lagi. Cukup ja. Mak pernah cakap, Allah akan sentiasa cukupkan rezeki kita. Mula-mula rasa kedekut nak menabung, nak bersedekah. Tapi bila once kita dah buat, eh boleh ja hidup. Kalau tiba-tiba syaiton nirojim dok bisik kat aku "kalau hang bagi beras sekampit bulan ni, hang nanti tak cukup duit nak makan Nandos tau dak?" Cepat-cepat muhasabah diri. Takpa la syaiton oi tak dapat makan Nandos bulan ni. Makan food court pun mak ok jer. Kalau nak makan jugak, kita ajak la Kamal. Eh?

Bulan ni, Jijah suggest lagi buat kelainan. Instead of bagi beras dekat masjid-masjid, why not kita bagi pantry items dekat budak-budak tahfiz? Well, that's a good idea. Why not?! So Jijah detect la 1-2 tahfiz yang ada dan memerlukan bantuan. We decided to help those in tahfiz kat Tanjung Bungah. Ma'Had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum. Ramai budak-budak kat sini. Ada yang dari Penang itself & ada jugak yang dari luar macam dari Myanmar. So yang join collection kali ni ialah myself, Hubs, Jijah, Bangsan, Wan Joe & a few of Bangsan's staff. Kira punya kira sekali duit collection RM460! Alhamdulillah rezeki anak-anak ni. Tapi terlalu banyak lah untuk satu rumah saja. So we decided to split into 2. Satu portion lagi kita sedekah dekat Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau. Rumah untuk orang yang kurang bernasib baik. Ada orphanage, orang tua, yang dibuang family, etc. Sedih bila mengenangkan anak-anak yang macam ni. I ni hilang arwah abah when I was 26yo pun dah meroyan. Bayangkan those yang had lost their loved ones since there were still young. They barely get to know their mother/father. It breaks my heart :'(

Urusan pembelian dijalankan bersama-sama. Beli kat Tesco ja. Actually depa yang banyak memilih. I dok sibuk beli barang-barang nak masak ketam masak lomak cili padi. Hehehe. 

But I must say they did very well. Cukup-cukup RM457.25! Hebat matematik mereka. Balance tu, masuk dalam tabung kebajikan apa tah kat cashier counter tu. 

Dry items yang dah dibeli ready to be distributed.
Terus kami pi hantar barang-barang ke Ma'Had Tahfiz Al-Quran Kasyfu Al-Ulum tu malam tu jugak. Sebab dekat ja pun. Alhamdulillah, rasa lapang hati. Ada yang tanya, ada pasang niat ka buat sedekah ni? Tak terfikir pun, sampai la dia tanya. Hahah. Sebelum ni, niat cuma nak membantu & macam zakat la jugak. Asyik maiii ja. Piii takkan takdak? Tapi lepas dah ditanya camtu, terus aku pasang niat nak ada baby la uols! Yes I have been married for almost 3 years now tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Dah macam-macam cara I try. Orang suruh makan itu ini, I makan. Orang suruh buat itu ini, I buat. Fertility test pun pernah buat. Tapi perlu ka I nak bagitau kat semua orang-orang ni apa permasaalahannya? Biarlah I, my family & my closest friends saja yang tau. Peluang tu ada tapi kami cuma kena perlu berusaha lebih. Tapi bila dah sampai tahap ni, I can only leave it to The Almighty. From time to time, I akan usaha la jugak. But the rest I will leave it to Him. I believe that He have better plans for us & there's reason why we haven't been blessed with any yet. So, chill! Ini jugak satu example yang tak semua orang bernasib baik dalam semua perkara. I may get things that I wanted but not this one yet. Baby, when you're ready ok?


Tunggu dalam kereta ja while Kamal did the loading. Apa lg, kemho la.
Ini pula di Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah di Balik Pulau. Bangsan & Wan Joe ja yang wakilkan hantar on Sunday.
 Ikut la masing-masing nak bersedekah or beramal jariah ikut cara macam mana. Ada yang suka buat kenduri, ada yang suka bersedekah tepi-tepi jalan, yang mintak time kita dok makan kat food court padang kota. Tapi I tak suka cara camtu sebab I tak puas hati. Memang la janji kita ikhlas. Tapi kalau dah tiap-tiap hari kita pi, muka yang sama dok mai mintak, ikhlas pun jadi tak berapa dah derr. Haha macam masa beli barang hari tu, Hubs suruh amik garam brand Tesco. I kata la awat nak amik brand Tesco ja? Pastu dia kata sebab ikhlas. I kata ikhlas takat Tesco ja ka? Hahahah. Sapa tengok lawak Jozan, depa paham. Lawak tabung surau. 

I tak kata jugak yang tak buat benda-benda ni semua tak bagus ok? Atas diri memasing. Ada BANYAK cara & medium yang boleh kita gunakan untuk buat amal jariah. I pilih jalan ni. In shaa Allah selagi mampu & berkesempatan, I akan teruskan. I tak malu dengan orang lain, I cuma malu dengan diri I sendiri & malu dengan Allah SWT yang bagi kereta Alza I tu. Heh.

Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Last but not least, mari naikkan paras gula dalam badan ampa. Such sweetness!

Di Tutti Fruti. Uncle kena ganti rugi kat Qaleeda sebab Uncle lap tak bagi warning, Qaleeda tergolek dok dalam keta. Haha.
Look at them. Ouh..
Terus jadi bestfriend.
Ok babes, sampai disini sahaja coretan untuk hari ni. Sebenarnya dari pagi aku blog ni. Asyik la dok kena interrupt. Dah nak balik ni baru siap. Dah macam kerja boss suruh buat pulak. Heheh. Apa-apa pun, IKHLAS dalam setiap perbuatan.

Wasalam.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, InsyaAllah.. Ada rezeki kita jalan lg projek ini.. U go girl

    ReplyDelete