Assalamualaikummm.
Puas! I puas sangat weekend ni. Walaupun I tak berapa sihat, tapi I puas jugak. Jepun dah serang uols. Agak sakit la bulan ni tapi jenis makan panadol pun dah enough. Lepas bangun dari tido tu kira lega la sikit perut. Tapi 2 hari gak la sakit. Alhamdulillah banyak jugak improvement. And paling best bulan ni, kena hari sabtu. So tak payah ambil MC. Even tak sakit macam dulu, tapi tetap jugak I rasa letih sangat. And kan I makan ubat pastu kena tido. Kalau tak tido, macam serupa tak makan ubat la. Lega sangat-sangat. So last Saturday I pi la mengurut dengan Kak Wati. Rasanya sebab urut tu jugak tak berapa nak sakit. Haaa patut I kena serang dengan Jepun hari ni tau. Tiba-tiba lepas urut tu ja, terus kena serang. Haihhh cita bab ni pun nak tulis dalam blog kan. Sukati ai ols laaaa. Heheheh. Sebab ada kena mengena dengan urut hari tu. Kan I dah janji nak review. Memang la tersangat sedap lah urutan hari tu. Lega rasa satu badan. I amik package sauna, urut whole body & bertunku. RM80. Murah gila kan? I jarang buat sauna sebab dok perasan diri tu takdak lemak. Tapi sejak I dah sedar diri, bahawasanya perut I ni bukan slim macm dulu lagi, I buat lah sauna jugak. And I had never sweat that much before! Gila peluh macam mandi. Tap tap tap. Keluar dari tempat sauna tu rasa pening-pening & letih gila. Tapi sedap la kan. Saiko diri sendiri kononnya banyak lemak dah cair. Kakaka. Pastu start lah sesi mengurut. Mak aih tenang jiwa raga rasa. Sorry no pics sebab 18sx. Hehehe. I ni pulak pelik sikit. Masa mengurut memang susah sangat nak keluar angin baik dari segi sendawa mahupun kentuts. Kak Wati dok pesan la 10x kalau nak keluar angin, jangan tahan. Masalahnya takmau keluar. Lepas mengurut, start bertunku. Masa tu angin dalam perut ni macam ribut taufan. Pun tetap takmau keluar. Haihh. Masa tu I dok rasa sakit perut lain macam dah tapi ingat sebab dia urut tempat beranak kot. Eh tapi ampa jangan la bagitau kat mak kami yang kami mengurut tempat beranak. Sakgi dia marah kami. Huhuhu. Dah selesai semua treatment, tengok-tengok I dah anak dara!! Hahahah. Choii sangat. Dengan itu, maka berakhirlah kepuasan yang pertama-tama.
Kepuasan yang kedua. After my massage session, I ke rumah kak kat Sungai Ara. Dah janji dengan mak semua nak lepak sana. Sebab I rindu sangat dengan Khalif. Kak pun masak lunch untuk kitorang. Masa I on the way ke sana & sampai sana semua I ok lagi. Boleh la nak melayan budak-budak tu semua. Sekali masa tengah lunch, I telah diserang secara bertubi-tubi oleh pihak tentera Jepun. I tercedera. Sempat makan 3 suap ja. Lepas tu dah nak gelap mata. Terus korek-korek ubat my brother in law cari painkiller. Tak tahan uols. Memang tahap sakit tu dah tak macam dulu. Alhamdulillah. Lets put dulu kat tahap 13/10. Lani dah tahap 5/10 ja. Tetap kena gak makan ubat untuk mengelakkan I menggelupur atas katil. Lepas bangun dari tido tu terus hilang sakit tu. Alhamdulillah lagi. Sebab malam nanti dah plan nak pi lepak Bora-bora for Jijah's birthday get together. Lepak rumah kak jap sampai around 6ish then gerak balik. Me so happy dapat lepak camtu.
|
Khalif yang makin debob. Dapat paha dia ni, goreng pon sodap. |
|
Kids nowadays. Dengan gadgets memasing. Sorry rambut agak berminyak sebab mengurut. |
|
My darling Sara. Mak buyut ni makin nak sampai hari, makin bersewi-sewi. |
Kepuasan ketiga. Malam janji dengan Abg Yamm, Saiful, Jijah, Kak Shaz, Hassan, Kak Nissa & Abg Amy for a get together session sempena birthday Jijah. Lepak Bora-bora ja pun. Ampa rasa kalau kami 2 years back lah, kat mana kami mungkin akan berada? Hmmmmm..ageing factor sangat. Lepak bora-bora bincang benda ilmiah. Hahahha. Lama dah tak kumpul ramai-ramai semua ada. Kak Ida ja takdak. Jauh nuh di Swiss sana. Oh Ikha pun takdak sebab dia belum ageing factor lagi. So dia partayyyy kat QE11 sana. Heheheh.
|
Muka semua ngeri. Salahkan flash. |
Kepuasan keempat. Hihihi. Husband titew kannn dia kaannn hadiahkan titew Victoria Secret's Noir Tease. Aaaawwwwwwwwwww!!!!
Okbye!
No comments:
Post a Comment