Monday, 15 June 2015

Perempuan = Lelaki

Assalamualaikum.

Hai pepagi Isnin ni saya nak ajak berleter sikit. 

Zaman sekarang ni kan lelaki dan perempuan sama saja. Sama dari segi tanggungjawab, beban yang dipikul, etc. Betul tak? Sapa setuju? Kalau tak setuju, come take a minute and please read on. Sama-sama cari rezeki for a better living. Susah nak hidup senang sikit zaman sekarang ni kalau hanya seorang saja yang bekerja. Jadi, untuk cover semua keperluan/kemahuan hidup, ramai antara kita yang suami isteri bekerja. Tapi selalunya orang nampak lelaki saja yang penat kerja. Dan seringkali statement "lelaki penat kerja untuk cari rezeki" digunakan. So perempuan penat kerja untuk apa ya? Yelahhhhhhhhhh I kerja untuk shopping jugak antaranya. Kalau tak kerja, tak dapat la nak beli barang untuk diri sendiri. Mihmihmih. So, tujuan entry kali ni ialah sebab I penat tengok orang perempuan penat. Tapi bila minta tolong orang lelaki sikit, akan dapat ayat "penat la balik kerja". So kami macam mana pulak?

Orang lelaki
Bangun tidur at 7.30am (untuk yang kerja normal hours) siap-siap pegi kerja. Spent almost 10 hours (kebanyakkannya lah) dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Bagi yang kerja office, mentally exhausted. Bagi yang kerja bukan office, mungkin physically exhausted. Atau ada yang dua-dua sekali keletihan. Balik at 6pm, mungkin ada yang pi bersukan (which most likely susah dah nak dapat sekarang) sampai Magrib. Kalau yang tak bersukan well maybe duduk lepak Starbucks or happy hour kat mana-mana. Or balik rumah terus rehat dekat rumah. Or ada yang ambik anak-anak dekat sekolah/tadika/nursery/rumah mengasuh. At 8pm, dinner. At 9pm tengok tv/main game/main fon. Pukul 12am, tidur. But maybe yang ada anak tu in between 9pm-12am tolong tengokkan/tukar diapers/susukan anak.

The routine repeats the whole working week.

Orang perempuan.
Bangun betul-betul bangun at 6.45am susukan anak, kemas bag-bag nak bawak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh anak, siap-siap nak pergi kerja, hantar anak ke sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Spent almost 10 hours dekat tempat kerja. Berhempas pulas the whole day. Kebanyakkan ladies ni kerja office la kan. Stress di office pulak. Yes mentally exhausted & physically jugak. Why physically? Nanti I bagitau. Balik at 6pm, yang kena ambik anak kat sekolah/tadika/nursery/rumah pengasuh. Yang tak payah ambik, balik rumah terus sinsing lengan baju masuk dapur. By 8pm dah kena ready untuk seisi keluarga dinner. At 9pm mula kerja membasuh baju, lipat baju, kemas-kemas rumah apa sikit (dalam masa yang sama I'm sure anak-anak akan lebih cari mak dari bapak). Pukul 12am, tidur. 2am bangun menyusu. 4am bangun menyusu. 6am bangun menyusu. 6.45am bangun (kat sini la physically tired) & get ready to face the next day.

The routine did not stop.

So guys, tell me apa beza lelaki dan perempuan sekarang? Ok maybe not all para suami begitu. Yes ada yang ringan tulang juga membantu. But you have to stop saying "PENAT KERJA" as an excuse.

Because you really don't know what "PENAT KERJA" really is.

No comments:

Post a Comment