Wednesday, 12 August 2015

...of Noah Khilfi

Assalamualaikum..

Ha bukan senang 2 entries dalam 1 hari Aida nak belanja. So baik uols baca dan buka lagi esok mana tau ada lagi entry. Hahah tetap nak pancing traffic walaupun blog nan hado.

Noah Alhamdulillah dah masuk 5 bulan. Berat dia sekarang 5.7kg. I know tak la berat macam budak-budak normal kan. Kalau ikut buku biru tu pun, berat dia still dalam yellow zone. Tapi macam nurse tu kata, it's ok considering that he's a prem baby :-)

Production dari my milk factory pulak dah macam berkurang ni. Not sure if it's my mindset or memang dah susut. But from some of the articles I read, susu akan ada selagi kita bagi anak minum or pam. So I assume in my case, susu ada tapi tak banyak la kot. Dengan itu, I dah campur dengan Karihome. Dalam sehari tu maybe 1-2x Noah akan minum susu formula. Hmmm. Mula-mula tu agak sedih. Tapi I dah try to accept lah. Cuma I harap susu I takkan stop lagi. Biarlah campur dulu, jangan full formula lagi. I tetap akan kena bengkak susu kalau tak pam lebih dari 3 jam. So from there I tau la yang susu tu masih ada. You can still do it Aida :-)

Setakat ni Noah hanya sekali ja meniarap. Lepas tu dia dah tak meniarap dah. Baring mengiring pun jarang-jarang. Dia suka baring atau kita bagi dia duduk elevated skit. Paham tak? Hahah. Macam kita letak bantal kepala size adult tu bagi selanting sikit pastu letak dia. Ha dia suka la. Or kalau dia dah bosan, dia suruh kita angkat duduk atas riba ja sebab Noah tu dia ingat dia dah besar, dah boleh duduk lama-lama. Dia taktau pinggang dia lembut lagi tak boleh duduk lama-lama. Even sekarang tengah baring pun, dia akan usaha untuk angkat kepala dia nak duduk. Itu yang selalu naik angin dalam car seat. Car seat dia jenis macam baring 45degree. Dia dok berusaha nak angkat kepala nak duduk. Bila tak boleh, itu yang menaikkan amarah dia. Pastu nangis keluar air mata semua. Shian dia.

Noah pun dah pandai respon bila diagah. Prem baby kan lambat sikit. Some kids lepas pantang tu dah pandai senyum-senyum main. Noah masa hujung 4 bulan nak masuk 5 baru la gelak mengekek bila diagah. Baru lah fokus kat kita. Pandai tengok tv -_____-

Baju yang I beli masa dia dalam perut lagi pun Alhamdulillah dah boleh pakai semua. Kan kononnya beli size besar sikit sebab budak-budak sekarang kan cepat besar. Sekali hamek kau. Hahhaha. Tapi Alhamdulillah now dah muat dah. Banyak jugak baju dia yang I dah kena ambik simpan. Dah tak celuih masuk kepala. Hahah so cute. Ahh rindu abam sado.

Bangun tengah malam masih lagi. Tapi hanya untuk minum susu. But of course dia akan buka mata juga cuma kita ni jangan la dok pi sembang dengan dia. I selalu bagi susu pastu letak dia terus bagi dia terlelap sendiri. Takdak la I nak agah-agah dia. Siang enough ok baby? Ummi keja siang. I love you.

Nanti I share lagi pasal Noah ok?

Nah belanja sikit gambar budak main ayaq lioq bersemboq botak kepala mak hang oiiii.


Chiao bella!

No comments:

Post a Comment