Thursday 17 December 2015

Tudia tudia 2016.

Assalamulaikum.

Bila I start buat budgetting untuk tahun 2016, terbeliak bijik mata. First half of the year memang fulus nanti keluaq macam ayaq. Haiyooo..tiap-tiap bulan kena spend sampai bulan 7. Seramnya. Kena buat proper planning ni. Almaklum lah ekonomi sekarang ni dah tak macam dulu. Hewhewhew.

Mai la I share sikit apa yang I nak kena buat next year. Next year tak la jauh mana. Just few days away ja ni. Standbyyyyy.

FEBRUARY - Hat Yai trip with the family, In shaa Allah

MARCH - Mien's Wedding (Kuantan)
MARCH - Noah's Birthday
MARCH - Kakchak's Wedding

APRIL - Kak Dayah's Wedding (Kuantan)

MAY - Roadtax & Insurance kereta

JULY - Hari Raya Puasa

Nampak takkkkkk?

Events ni terjadi dalam bulan tu. Means that sebulan awal I dah kena prepare duit. Maknanya Bulan depan dah start hoi. *lap peluh*

Sedihnya tak dapat pi wedding Mien :( Ini lah yang akan terjadi kalau bestfriends anda bersepah di serata Malaysia. But unfortunately time is not your bestfriend and duit pulak tak bersepah. Seriously guys, you grew up with these people. Dari zaman anak dara. Zaman kaniaq lagi. Zaman dengar lagu-lagu Ada Apa Dengan Cinta from Walkman. Zaman ikut suka hati aku nak cakap apa. Zaman frust bercinta, hanyut bercinta, ponteng kelas, jalan pi kelas kat ladang berpeluh bersama-sama and a lot more that you've done together, of course you want to be with them on their happiest day. Kalau dulu bujang, memang boleh lompat sana sini. Tapi sekarang dah ber-triple. Transportation to Kuantan pulak macam hampeh gila kan. Nak drive, we need more off days which Hubs will not be able to do so. Nak naik flight, certain days saja MAS fly to Kuantan directly from Penang. Tak salah I Khamis & Selasa saja kot. And vice versa. Nak change flight PEN-KUL-KUA pun macam flights timing are ridiculous. Nak naik bas, 9 jam dengan a 9 months old baby? Kelakar seram tu. Nak tinggal Noah pun if I tak tido sana, I have to leave him at least for 2 nights. Sebab bas ke Kuantan jalan malam only. Contoh I pi hari Jumaat at 10pm. I akan sampai Kuantan subuh sabtu. Then sabtu majlis. Then I naik pulak bas balik Penang at 10pm on sabtu. I sampai Penang subuh ahad. I don't see the convenience of it. So we have to choose salah satu majlis lah. Kita decided nak pi wedding Kak Dayah sebab dia dah bagitau awal lagi. Kita dah work out on the plans and all. Mien baru bagitau dia nak langsung majlis baru ni. So memang tak lepas la. I felt terribly sorry for my dear Mien. But I love you loads babe donchu forget.

Fuhh penat menaip nak explain. Hahaha.

Kalau kira semua cost ni, memang rasa nak buat bungee jumping. This is when I will sit down and brainstorm and buat list. I'm pretty good at it :)

Sama macam I buat list masa nak kahwin dulu. Alhamdulillah I tak rasa terbeban sangat sebab dah nampak clearly apa perlu buat dan bila :)

Ok guys gotta go now. Talk to you alls soon.

Muahciked.


No comments:

Post a Comment