Friday, 26 September 2014

Aib

Assalamualaikum..

Salam Zulhijjah!

Sempena hari Jumaat ni, I nak bagi tazkirah sikit. Walaupunnnn...bila nak pakai tudung? Eh tapi Ustazah I pernah kata "kita tengok pada apa yang orang tu nak sampaikan. Bukan pada sapa yang sampaikan" Pahe dok?

Semalam masa keluar lunch dengan sorang akak ofis ni, dalam kereta kita ada bincang satu topik ni. Akak tu cakap "Kalau Allah dah tutup aib kita, kita ni pulak jangan la buka balik aib kita tu..." and I was like "Wow. Deep."

Paham tak maksudnya tu? Maksudnya begini...dulu mungkin kita ni antara golongan orang yang jahil. Sekarang mungkin Allah dah buka jalan dan hati kita ke jalan yang lebih Dia redhai. Maknanya kat situ, Allah dah tutup aib kita. Jangan lah kita ni pulak  pi bukak balik dengan cara proudly cerita kat orang about our past. Boleh ja kita nak cerita sebagai pedoman, kalau kita ada nak relate apa kesan dari perbuatan kita dulu..tapi kalau boleh tu kita jangan la cerita hoohh aku dulu takat 3 botol tu kira macam minum air kosong ja la. Elok-elok dari orang taktau kita ni dulu camna, kan dah tertanam dalam hati dan otak orang tu sebenarnya kita ni dulu camna. Tak semua orang boleh terima keadaan begitu ya. Cukup lah kalau orang tau ooo dia ni dulu tak la baik macam sekarang. Tak payah lah orang nak tau segala kekhilafan kita dulu. Itu membuka aib kita sendiri. 

Macam semua orang pun tau I dulu (not even now but Alhamdulillah getting better) bukan lah orang yang baik. Tapi tak pulak I cerita dengan bangganya apa yang I buat dulu. Maybe among friends who were with me during those time tu, boleh la kami nak kenang-kenangkan perangai monyet kami dulu. But to orang-orang yang kenal diri I yang baru, memang agak susah I nak cerita I dulu camna. Takat bagi hint-hint ja. Bukan sebab I hipokrit tapi sebab I am trying to be a better person. Who I was back then, will not help you to know who I am today.

To me personally, buat apa you bertudung litup bagitau 1 dunia yang you baca quran tiap-tiap malam, you dengar ceramah agama bila you ada kesempatan, you buat lah macam-macam yang mencerminkan you're a good muslimah/muslimin tapi at the same time, you tetap bermegah-megah dengan masa lampau you. Tapi bagus jugak di situ sebab instead of cakap tentang orang, baik cakap tentang diri sendiri kan? Hehe. Cuma beragaklah ok. Ingat, jangan buka aib sendiri bila Allah dah bagi peluang tutup aib kita.

Mesej sampai kot noh ni? Hehehe. Pendek kata, segala benda biarlah bermula dengan hati. Kalau nak jadi seorang Islam yang baik, bersihkan hati dulu. You pulun buat "action" keagamaan gila-gila pun buat apa kalau hati you busuk. Ubatlah hati tu dulu.

Wallahualam.

Bila nak pakai tudung, Aida?

Semalam dapat makan ni. I is happy sangat. *Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk*

No comments:

Post a Comment