Assalamualaikum...
Gitu hashtag. Kau mampu??
Kan I ada dok pompang hari tu kata nak pi holiday kan? Ni nak cerita la ni.
Kami bertolak dari Penang ke KL hari Rabu lepas. Masha Allah sekejapnya masa. Esok dah Rabu. Perghh seminggu dah. Kisahnya nak bertolak Khamis. Tapi sebab keterujaan yang melampau masa buat booking, telah berlaku satu insiden kebodohan sikit. I tersilap pilih date. Patut Khamis 19 Feb. Instead, I pi tekan 18 Feb tanpa perasan 18 tu ialah Rabu. Terkezut tengok harga hotel, teruja melampau terus click ja. Takut bilik habis kot. Hahah. I book Concorde Hotel. RM270 ja uols 1 malam. Mau tak tergejut. Memang plan nak duduk 1 malam ja la Concorde pastu terus gerak ke Seremban. Dah dapat confirmation voucher baru macam eh. Lain macam ja date ni. Betoi ka? Baru bukak mata luas-luas dan baru nampak laaaaaaaaaaaa Rabu kaaaa. Hahah. Terus nak cancel. Dah cancel, dapat cancellation confirmation, baru perasan lagi yang cancellation akan di charge 100% of room charges. Hoi hoi hoi. Lepas tu I keluar pi jalan-jalan Prangin Mall & 1st Avenue (menyempat ja hang ni Aida). Pastu macam dok cannot brain pulak dah cancel pastu kena charge 100%. Might as well aku stay ja sana kan? Sampai tengah malam pun fedulik lah kan. Janji I guna bilik tu. So dok la call sana sini nak reinstate balik booking. Alhamdulillah dapat....haiyooo lain kali Noreda jangan buat kerja camni dah. Terus takut kena marah punya pasal, volunteer kat Hubs I nak belanja duit hotel semua untuk trip kali ni. Hahahha.
Alhamdulillah our room was upgraded sebab I specifically asked for a smoking room tapi bila sampai, smoking room hanya ada 2 single beds. Takpa la I kata I takmau smoking room but I nak 1 queen bed at least. Tengok-tengok dia kata takpa dia upgrade room type. Hehehhe. Masuk bilik terus jakun lagi sekali sebab bilik nampak KLCC. Ok 2 reasons kenapa I pilih Concorde Hotel kali ni ialah sebab I nak gumbirakan hati Hubs. Bawah tu ja Hard Rock Cafe. Pastu dia teringin sangat nak pi Pavillion. So jom mari. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit this time :) Selalu duduk hotel cukup-cukup makan sajiaa.
Breakfast was amazing la kat Melting Pot tu. Memang sedap dan berbaloi. 2 pagi I makan banyak. The first day tu banyak sampai menganggu perut I. Tengahari I jadi tak boleh makan banyak pastu by petang dah angin cucuk-cucuk.
This was our 1st day breakfast. Damn teroih lapaq.
Lepas tu balik bilik sambung tidoq sat. Padahal dah janji dengan Nana nak jumpa kat Pavi pukul 2pm. Hehehe. Tengok-tengok tudia pukul 12pm lebih camtu Nana dah sampai. Kelam kabut kejut Hubs suruh mandi and siap-siap. Kesian dia sebab dengan anak kecik lagi kan. Dah sampai sana pun tak jumpa jugak lagi. Dia kata tengah makan. Kami pi kat kedai makan tu dia dah habis makan and dah start jalan pun. Kami pulak lapaq nak makan. Kami makan kat Madam Kwan's. Ok ok la food dia. Nak kata kebabom tu tak la. A bit pricey. But yeah it's a holiday. So what the heck. *riakberdosa*
Kakak dok tangkap lentok nak tido.
Macam biasa lah budak-budak ni bukannya mau pun kat kami. Haha. Acah-acah main camtu ja. Nak ambik ja nangis.
Tapi Zara lawak. Muka stim gila kena angin pastu nak makan kipas tu.
The siblings. Ayin pun baru sampai dari Penang tu. Dia bertolak pagi Khamis. Minum, jalan, lepak, sampai naik bosan. Hahah. Hish this pregnancy I nak membeli jadi takdak selera nak beli. Keinginan tu ada tapi bila dah pegang tu ja terus jadi macam ermmm tak payah la. Ha camtu.
Ada budak tu merajuk duduk camni sampai rumah sebab Aunty Ayin dia tak balik sekali dengan dia. Izz Zayani Zandra nama dia.
Then bersambung jalan ke KLCC pulak. Rupa-rupanya si Rino ni dok contact Hubs konon nak buat surprise kat I. Patut la I dok pelik kenapa la si Rino ni takdak contact pun. Kata petang nak jumpa. Tapi I takmau la pressure dia. Kot Bunga tak sihat lagi or tak fully recovered from demam campak lagi. Sekali terperanjat gegel tau. Masa kat KLCC ni Nana dah balik sebab ye lah dari tengahari dah keluar. Budak-budak mesti penat kan. Ayin ja ikut pi KLCC tapi tu pun sat ja. Dia pun nak kena gerak balik dah sebab nak ambik barang somewhere then baru boleh pi rumah Nana. Tak boleh la lewat-lewat malam kan. Ada kids.
And nak tambah lagi to my surprise, oh em gee...so sweet of Rino & Faiz boleh pulak beli kek kecik untuk birthday Hubs, bunga ros for me & teddy bear for babyNK. Kami lepak minum kt Chinoz ja sebab I dah tak larat nak jalan.
Budak Bunga ni biasa la. Mesra alam dengan kami.
Gemokssss. GOODBYE!
Balik bilik sat mandi laju-laju pastu turun pi Hard Rock nak dinner.
Sampai ke KL pun nak jumpa.
Uncle siap bawak Bunga slow dance lagi. Lepas tu dah start band, Bunga duduk dalam stroller sambil layan pastu tengok dah tertido budak ni. Rino cakap sampai ke rumah pun tido. Salin baju pun tak sadar apa-apa dah. Hahah cute ja.
Dah settle makan tu, balik lah kita. Calling the night off. Penat dah.
Goodbye. Next entry for the next day ok. I pun penat dah tulis banyak-banyak. Mengada sangat nih.
No comments:
Post a Comment