Assalamualaikum.
Haaa..ampa jangan ingat I dah lupa janji manis I. Walaupun ada sedikit yang ku ungkiri. Kata nak update semalam kan? Semalam terlalu fokus buat kerja uols. So hari ni letak ja pungkok atas kerusi, terus I fokus buat kerja ofis sebab I nak habiskan dan tunaikan janji I kepada ampa nak update pasal Braxton Hicks ni. I tulis BH ja la ok?
I dok baca from Internet, almost every pregnant woman akan rasa BH. Tapi antara sakit atau tak ja. And for those who are unfortunate just like me, akan rasa la sakit yang melampau. I first experience BH ni masa 5 bulan. Masa tu mana la tau kewujudan BH ni. Tapi memang sakit sungguh siap tangkap pinggang. Pi Klinik Mutiara, dia bagitau mild contraction. Terus takut la. Pi pulak Adventist malam tu. Doc cakap mild contraction ni la. Tapi dia check semua takdak lagi pembukaan or apa. So nothing to worry. Sakit jugak for few days. Dapat MC 3 hari. Eh dah cerita kan? Ok so, lepas-lepas tu, I memang kerap sangat rasa BH. Sakitnya tak seteruk masa mula tu. But still sakit kot. Memang time rahim I mengembang and mengeras, I have to stop everything yang I buat. Sakit sangat uols. Tu yang terjadi nya tragedi pitam tu. Sebab it was too painful.
There's nothing even a doctor can do to stop the BH. Kita just kena bear with it ja. Doctor jugak ada conclude yang because of my fibroid (ada seketoi area atas pusat) tu, so when BH berlaku, I rasa bertambah sakit sebab kedudukan fibroid tu. Walhal, fibroid tu tak mengganggu apa-apa pun. Sepatutnya I tak rasa sakit or whatsoever pun. I am just being unlucky. And latest semalam I pi Klinik Kesihatan and Doctor kat sana pulak conclude benda jadi bertambah sakit because my precious son dok duduk melintang. Maknanya kepala dia blah kanan perut I, kaki blah kiri. I am still at my 29 weeks. So nothing to be worried about transverse or what. Still got long way to go for my baby to engage to the correct position. Cuma ianya sangat menyakitkan la. Masa staff nurse tu godek-godek perut I pun dia kata padat sangat perut I. Hhmmm..
And because of my conditions ni semua (BH, palpitation, uri kat bawah, anak melintang, etc), from next week onwards, I have to visit the clinic twice a week. Helloooooo....orang-orang normal, twice a month tau. Kira 2 minggu sekali. Hahaha. Tak normal sangat la aku ni. Takpa for my own good. Depa nak monitor closely on my BP, urine & heart.
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

Bilakah saya harus memanggil doktor?
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
http://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks#ixzz3RaydcdGJ
http://www.babycenter.com.my/a1044757/kontraksi-braxton-hicks#ixzz3RaydcdGJ
Ok..ni semua I cilok dari babycenter. Hehehe.
Harap-harap informasi ni dapat digunapakai oleh semua.
Assalam.
Cop. Alfatihah untuk Allahyarham Hasbullah Awang dan jugak Tok Guru Nik Aziz atas pemergian mereka.
No comments:
Post a Comment