Monday, 20 October 2014

TAK SABAR!

Assalamualaikum..

Haa kalau dah caps lock tajuk tu, maknanya sungguh-sungguh tak sabar niiii. Tak sabar sebab 2 benda.

Satu sebab esok saya kerja last. Lepas tu minggu depan baru masuk kerja balik. Seronoknya....I ambik cuti khamis dan jumaat. Pergghh gila tak payah mai kerja. I kan memang malas meyampah meluat sekarang ni nak mai kerja. Taktau la pasaipa. Pembawakan kot. Huhuhu. Lantak ler..janji I ambik cuti bukan ponteng ok. Alah tapi I tau..I cuti pun fon tetap akan berbunyi. Email tetap akan masuk like nobody business. Huhuhu. Tapi lambat skek arrr nak reply. I have other better things to do. Amboi kemain melaser. Tapi nak go through esok seharian. Aduhhhh. Meluatttsssss. Kalau ada sapa-sapa yang kenal I, tau I kerja camna ni semua, sorry la perangai I hamsat sikit skrang. I memang akan sebut I meluat nak mai kerja. Hahahah. Sebab memang I rasa camtu. Tak reti nak explain kat ampa camna. Tiap-tiap pagi it's a struggle for me to get up to get to work. Like seriously. Kata la apa pun. I taktau nak justify & defend diri I camna. Sebab tu kalau ada sapa-sapa cari pasai kat ofis, memang I rasa mengundang sangat. Asal pun memang meluat nak mai keja, kena hadap pulak all the unnecessary tension. Memang mengundang sang-gat. Whatever it is, tak sabar nak esok sebab last day. Tak sabar nak cuti rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad. TAK SABAR.

Satu lagi tak sabar sebab kawan-kawan I dari UiTM dulu nak mai Penang minggu ni!! Yeayy. Sebab tu la I ambik cuti uols. Sebab dari rabu dah ada yang sampai. I kan tuan rumah, so I kena berbesar hati la sambut setiap orang. Tak kisah la kena ulang alik hari-hari airport dari rabu sampai jumaat pun. Tak kisah la kena bangun subuh-subuh sebab Kak Dayah first flight (terima kasih banyak-banyak ggggrrrrr!!). Tak kisah la memang takkan cukup rest pun cuti kali ni. Tak kisah. Malah I perlu berterima kasih dekat depa sebab depa bagi I a reason for a short "getaway" walaupun dalam Penang sendiri. Hahah. Dalam kepala otak ni dah dok siap-siap itinerary dah kat depa. Sat I nak buat jadual. Tapi kira roughly saja la ni. Sebab ada yang bawak anak kecik. So perjalanan akan jadi unpredictable skit la. Ya la main dengan budak kecik ni mana boleh nak fix fix sangat kat. Kena banyak ikut depa ja. Eeeee sexcited sangat ni. The last time kawan UiTM mai seingat I Rino la. Tak ingat tahun bila. Tapi masa tu dia sorang ja UiTM. Dia mai dengan their friend, Aus. Tapi kali ni agak ramai la. Ni yang the very closest tau. Kalau nak kira kawan-kawan UiTM tu memang la ramai gila. Tapi ni yang memang close memang selalu I sebut-sebut. Yang mai nanti ialah Kak Dayah, Aja, Mien, Doc, Farah & Dewi. Yang bawak husband ialah Farah & Dewi. Farah ada extra luggage iaitu anak Jepun mana tah dia nak bawak. Hahah. Anak dia macam Jepun weih. Taktau la ikut sapa. Terang-terang bukan Farah. Aja bawak Cik Yam. Izzat jaga Abg long kt KL. TAK SABAR.

Itu ja lah ketaksabaran I. Nanti I naik dari cuti, I update aktiviti depa kat sini ok. Konon-konon macam I pun pi holiday sekali la. Hehehe.

Ok lah. Mengantuk gila ni. Jam baru 2.15pm. Adehhh lambatnya time jalan. I just want to get over tomorrow cepat-cepat. Bosan!


No comments:

Post a Comment