Wednesday, 29 October 2014

Penang - Day 1

Assalamualaikum.

Haha macam pi holiday jauh kebenor. Padahal dalam Penang ja. Itupun melayan budak-budak ni. Pack gila I dari hari Rabu sampai ke Ahad. Letih toksah cakap la. Tapi pelik I tak rasa pulak macam letih takleh nak jalan ka jalan pakai lutut ka (Hahaha. This is an inside joke. Kami ja paham.)..Cuma rasa letih normal la kalau dah berjalan seharian kan. Dengan keadaan I sekarang ni camni kan. Tapi best la uols. Meriah Penang weekend baru ni. Hahah mampus lah perasan. I cerita by day ok. Kalau I tak start camni, memang sampai bila-bila la terkubur cerita ni.

1st day tu iaitu Rabu, Kak Dayah sampai dulu. Pukul 8am dah terpacak I tunggu kat airport. Cun-cun la sampai. 

Amoi belakang tu sexy gilos. Baju see thru abis.

Lepas ambik Kak Dayah, bawak dia makan dekat Taman Tun Sardon. Tengok-tengok eh Aunty (mak Kak Dayah) pun makan tempat sama. So duduk sekali lah. Boleh borak-borak. Lama kot tak jumpa mak dia. Last was masa kenduri Rino. Tu pun tak borak banyak. Salam-salam ja. Sebab masa tu tak kawan dengan Kak Dayah.

Penuh meja kami membeli. Tapi tak habis pun.

Pastu balik rumah tidoq la sat. Kak Dayah pun bangun awal. I pun ambik kesempatan la kata pun Public Holiday kan. Then petang tu siap-siap ajak Kak Dayah pi buat pedi mani. I dah buat reservation pun. 


Lepas that session, kami pi Gurney Plaza sat I beli maternity pants yang size XS pun besar gedabak buruk gila I pakai nak nangis tengok. Lepak tak lama pun sebab malam tu Aunty jemput kami pi rumah Aunty Kak Dayah ada buat makan-makan birthday Uncle dia. We alls balik mandi-mandi and tunggu Kamal sekali. Ada sedikit kekeliruan masa ni. Kak Dayah ni dok ingat rumah Aunty dia dekat Bertam. I nni dok fikir la aduh jauhnya nak driveeeee. Sekali mintak alamat, looorrrr dekat Pangkor Apartment ja depan GMC tu. Hishhh. Nasib baik tak drive sampai ke Bertam. Kalau tak, sia-sia ja.

Haa itu la Aunty. Sebak mula-mula tengok Aunty. Macam-macam kerenah kami Aunty kena hadap dulu. Dah la bagi kami datang lepak rumah dia tiap-tiap minggu. Tersadai macam rumah sendiri. Keluar masuk. Masakkan makanan. Thank you Aunty, for everything. Tapi takut sebab Aunty suka siasat pasal Kak Dayah dengan kami. Kadang-kadang I ada jugak lari-lari dari duduk berduaan dengan Aunty. Heheheh.

Lepas dah habis makan semua, nak balik tapi macam awal lagi. Hubs dengan Kak Dayah meronta-ronta (aku buat cita ja tu) nak pi Karaoke. OKLAHHHH saya menurut perintah. Ke Redbox la kami. Tapi mana boleh I duduk diam ja kan. Nyanyi la jugak sikit-sikit. Eh makin lama makin rock pulak lagu-lagu I ambik. Hahahha. Lepas tu ok dah surrender tersedaq diri. Hehehe. Baby mesti tidoq lena dengar suara lunak Ummi kan? Kekekeke.

Ok tu ja 1st day. Satgi kalau rajin, I sambung 2nd day ok?

Tata.

No comments:

Post a Comment