Friday, 10 January 2014

Tips : Atasi Senggugut

Assalamualaikum.

Anda mengalami masalah senggugut? Penat dengan senggugut setiap bulan? Anda tidak dapat bekerja dengan sempurna kerana senggugut? *yaaaaaaaaaaaa (jawab ramai-ramai)*. Cubalah tips-tips dibawah ini.

Ececece....macam la kan aku pun dok praktikkan benda-benda bawah ni. Well, I did tried some. Ada yang works for me & ada yang meh. Hari ni tadi I baca Yahoo! News. Ada cover pasal senggugut ni. So I thought it was a good reading & worth to share lah. Sebenarnya senggugut &  how your treatment really take effects on you, depends on how your body react. Setengah orang berkesan, setengah (macam I)...*tiup kuku* Anyway, jom kita kupas satu per satu. And I selitkan jugak pengalaman I ok.

Minum banyak air
Dipetik : Air sangat penting untuk tubuh badan anda. Jadi pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan. 

Well, ini I kena setuju jugak lah. Nak-nak kalau minum air suam-suam panas. Lega ja rasa. Kadang-kadang I sampai tuam gelas panas tu kata perut. Lega la jugak sat. And bila tulis kat situ membantu proses penghadaman, for some people bila on menstrual, akan sembelit. So bila you minum air banyak-banyak sangat helps untuk you ke toilet. And lepas keluar toilet tu, memang la rasa lega skit perut. But just for a while :(

Melakukan senaman ringan

Dipetik : Amalkan melakukan senaman ringan kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agarrr tidak berada dalam keadaan tertekan. Anda boleh membuat senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau berjoging.

Seriously? I nak bangun pun tak boleh. Nak jalan pi toilet pun terbongkok-bongkok. And you want me to  lompat bintang? Itu senama ringan? Boleh tak jalan pi dapur ambil air tu pun considered as senaman ringan?

Ambil makanan berkalsium
Dipetik : Anda juga perlu mengamalkan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, brokoli, kobis dan yogurt kerana ia dapat mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda ketika awal kedatangan haid. Anda memerlukan kalsium sekurang-kurangnya 1, 200 mg setiap hari.

Ini yes I've read a lot about this. You need calcium to prevent from cramps. Tapi tu lah, I pernah pi farmasi nak beli supplement for calcium tapi kena tarbiah pulak dengan pharmacist tu. Terus tak jadi beli. Tapi not to worry, I sekarang breakfast ambil nestum & oat biscuit. Baru ja la pun. Hahahah. Dulu masa I kerja Rasa Sayang memang I buat hari-hari. Then sambung masa kerja Hotel Penaga. Cuma bila masuk Koridor Utara ni, breakfast hari-hari dapat free. Lupa diri la sat. Tapi sekarang I macam mendapat kesedaran sivik. Usia bukan semakin muda. Tapi I tau tak cukup. Kena minum Anlene dah ni.

Kurangkan makanan segera dan kafein
Dipetik : Kurangkan memakan makanan segera atau minum minuman berkafein kerana ia akan menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Ia akan menyebabkan perut anda tidak selesa, manakala kandungan kafein pula akan menyebabkan saluran darah mengecut dan ini akan menyebabkan ana berasa sakit di bahagian abdomen yang boleh  menyebabkan kekejangan otot.

Alhamdulillah sekarang I jarang sangat dah makan makanan segera ni. Maggi mee pun jarannnggg sangat (Yana, jangan dok kutuk aku. Hari tu aku terpaksa sebab lapaq kawww & I was so sick to go out beli food). McDonald's ka segala mak nenek pun I dah jarang sangat dah. I memang niat nak cut off 100%. Tapi apakan daya, kadang-kadang makanan camtu yang paling pantas dan senang. Haih la. Kafein? I bukan pencinta kopi. Tapi I pencinta Caramel Machiato CB & Caramel Frapucino SB. Camno tu? Hahah. Tapi I minum seminggu sekali ja. Takdak la macam some people yang memang everyday obliged must have perlu harus minum kopi. No no no no. Takut I dengar. Nanti lagi cepat nampak kertu. Hahahah. Tapi ada jugak orang bagi tips kat I time period pain, minum kopi O. Pelik. Taktau la tahap keberkesanannya sebab I tak pernah try.

Ok tak entry kali ni? Berguna tak kepada uols? Cuba-cuba lah mana nak pi tau kan. Sebenarnya ada banyaaakkkk lagi tips-tips untuk kurangkan senggugut ni. Tapi I macam ketaq takleh pikiaq dah. Sebab jam sudah menunjukkan pukul 5.36pm. Sudah mau pulanggg. Hahah otak terus jem. So I amik dari Yahoo!News ni saja. Yang lain tu lain kali ok? I tak janji tapi I cuba. Demi cintaku padamu. Tetiba.



No comments:

Post a Comment