Thursday, 12 June 2014

Kenduri doa selamat, tahlil, cukur jambul Zara & potong-potong kek Zandra.

Assalamualaikum...

Gitu tajuk. Baik tulis entry terus kat tajuk khenz. Huhihuhihuhi. Mai la I cerita sikit pasal last weekend punya kenduri. Kat rumah my mader in law. Penat & letih gila baq ang. Sebab buat hari Ahad. Isnin tu kan dah keja. Tapi elok jugak buat Ahad. Sebab aceben (read : husband) iols kan cuti Ahad sajo. So terpaksa la kenduri kendara apa nak buat, kena consider buat hari Sabtu. Memang la Hubs cakap dia tak kisah pun kalau buat Sabtu even dia takdak. But takmau la everytime kenduri ja, dia takdak. Tak best la kan. Walaupun hmmm beberapa jam ja  dia ada. Lepas tu, ke atas katil he go. 

Banyak occasion ni kenduri kali ni. Kenduri doa selamat untuk kesihatan dan kesejahteraan semua, tahlil untuk ahli-ahli keluarga yang dah meninggal dunia, cukur jambul si budak bam bam Izz Zara Adelia & potong-potong kek untuk Izz Zayani Zandra diva kekwat. Senang semua buat sekali harung. Iols pi membantu meringankan tulang ja. Heheh. I tak dapat nak tolong lebih-lebih sebab kekangan keja dan sebagainya. Dulu duduk rumah sekali senang la I balik keja boleh angkut Mama nak pi mana or beli apa. Tapi sekarang dah duduk asing, masa tu singkat la. Kalau I pi rumah Mama pun dah almost 8pm. Then esoknya tu rumah Mak pulak. Nasib baik la makcik sekarang berkampung kat rumah Mama. So banyak la jugak makcik yang bawah Mama pi sana sini. I janji dengan Mama I uruskan bab packing-packing doorgift nanti hari Jumaat sebelum tu la. Tapi apakan daya, I period pain kan dalam tempoh tu. So I ponteng packing..Tapi, I janji sabtu lepas I dah settle semua kenduri kendara, I akan buat tu semua. But knowing my mother in law, mana la dia boleh duduk diam. Dia dah start buat dah sikit-sikit. Dah start ikat-ikat kipas tangan tu, dah start susun-susun paper bag..haihh rasa bersalah pulak. Padahal memang boleh sangat I buat semua tu nanti Sabtu. Tapi itu lah Mama mentua saya. Tak suka berlengah dan last minute. Kalau boleh Jumaat minggu sebelum tu lagi dia dah nak start packing. Mihmihmih.



Ni Mama hantar kat whatsapp. Antara doorgift yang ada. Belum masuk air kotak, muffin, biskut raya & bunga telur. Gegel agak keliru waktu ni. Mama ni suka macam kategori-kategori tau. Macam contoh, orang laki akan dapat lain. Orang laki pulak ada 2 kategori lagi. Laki baca doa dan laki tahfiz. Pastu pompuan pun dapat lain. Pompuan pulak yang marhaban, close friends & family atau yang biasa-biasa. Semua lain-lain. Berpeluh-peluh ahkak masa packing ni. Oh lupa. Kids pun ada. Kids pun lain-lain barang jugak. Hahahha. Nak kira items lagi. Phewwwww *ketibas*

Oh makanan kali ni, Mama order catering ja. Mama dah tak larat nak masak sendiri. Dulu banyak kaki tangan. Sekarang memasing busy. Yela kenduri sana sini. Cara ambik catering tu pun, macam robot ja mak mentua aku tu aku tengok. Non stop berjalan. Tah apaaaa la yang dia buat. Sampai ada time tu I tanya ja "Mama nak apa? Nak ambik kat mana? Mai Aida pi ambik. Mama duduk sini ja." Kesian I tengok. Rumah tu dah la memanjang. Ke hulu ke hilir dia dok berjalan. Takmau susahkan anak-anak kot, tu yang tak minta sapa-sapa tolong. Lebih rela buat sendiri. Haihh..No no no..me cannot see like that. Let me do. Penat & letih camna pun badan, don't worry I will still do it *tolongjanganmuntah*.

Moving on, pagi tu pukul 11am close to 12pm budak-budak tahfiz dah sampai untuk baca doa. Tak lama kemudian, orang-orang masjid pulak. 

Nasib baik luas rumah Mama ni. Kalau rumah mak, alamatnya budak-budak tahfiz tu kena baca Yaassiin kat atas tangga. Heheh.

Ini ja gambar I dengan Hubs tau. Mula-mula dia dok sibuk la p hantar budak-budak tahfiz balik, makan, jumpa-jumpa orang sat. Pastu cari-cari tengok tudia baguih punya dok menerap atas katil dah. GGgggrrrrr. Uiiihh rantai leher tittewww. Mak mentua kita paksa suruh pakai ok? Kita tak suka sangat. Asyik kena perli ja dengan mokcik-mokcik jiran T___T

Makcik-makcik marhaban ni memang dah femes dah kat area kami ni. Mana-mana pun mesti panggil depa. Ingat tak entry cukur jambul Naufal dulu? Tak ingat click SINI . Orang yang sama la ni. Best makcik-makcik ni. Depa lawak-lawak & nampak very penyayang la. Macam tok-tok kita.


Macam biasalah, mak aunty kan pembawak dulang dulu, kini dan selamanya. Hahahha.

Siap kena jadi tukang kipas. Takpa, mak aunty rela demi anak-anak mak aunty.

Ini la pelamin Zara. Cute kan? Murah ja ni. RM300 ja tak salah I. Tapi I taktau sapa yang buat. Hahahampess.

Zara and Mummy!! Jeles ok Mummy kurus elok camni. Dua orang anak dah. Aku nak bom macammana pun taktau la ada anak nanti. Hehehe. Geram tak tengok bam bam tu? Debob nak mampus. Kakak dulu keding ja. Hat ni punya mampat. Mak I kata macam buah epal. Hehehe. Friendly ok. Dengan sapa pun dia ok. Dia mau. Siap agah sikit ja senyum. Gelak. Dengan lesung pipit dia. Eeeeee geram!

Lepas tu dah petang sikit, potong kek budak kecik ni pulak. Dah 2 tahun dah Zandra. Baru buat cukur jambul dia last year. Awat la membesar bagai juara cepat sangat ni anak-anak oi. Tapi masa potong kek ni I was not here. Dok sibuk packing-packing lauk plak bagi kat jiran-jiran & close family and friends. 

Eh tu ja gambar. I memang tak ambik gambar sangat pun. Sebab tak pegang fon sangat. Takuit nak pegang. Takut kena jelingan maut dari mak mentua iols. Hahha. Lagipun kerja I mencedok lauk, pegang dulang Zara, kipas Zara dan duduk depan fan. Panas berdenting. Megren iols tau.

Di penghujungnya, Hubs bangun ja dari tido dok merongot sakit sana sakit sini. Hmmm "teruk" nau keja dia buat hari tu kan? Hohoho. Katanya tak sedap badan, ajak I balik mandi dulu. Satgi mai balik. Ok la saya yang menurut perintah. Balik ja terus I load baju untuk laundry, mandi and siap. Pi balik rumah Mama. Makan & lepak-lepak sembang sat. Hubs ajak p stabak kopi-kopi apa ka sat. I memang tak daya dah. Dok nampak bantal ja. Dia takpa la baik punya tidoq dah petang tadi. Last-last dia ajak pi buat banking ja. Tu pun I bantai tidoq sampai rumah. Sebab paracetamol sama kot. I makan sebab migraine.

Itu lah cerita weekend saya...seronok bila ramai-ramai camtu. Tapi penat sikit la. Tak penat, tak kenduri la kan. Even buat kat hotel pun kita akan rasa penat. Standard aaa tu..

Ok tata nak siap-siap nak balik dah. XOXO.

No comments:

Post a Comment