Assalamualaikum..
I ni suka sangat la beli barang kat Groupon. Eh tapi ada jugak deals website lain yang I suka. Mesti ramai jugak perangai macam I kan? Terpaling suka sekali ialah beli package pedi mani. Tiap-tiap bulan sekali mesti beli. Yelah uols..I ni nak pi untuk potong kuku & buff shine saja. Nak bayar RM80 rasa macam kemut keliling sangat. Hahah. Kalau deals ni semua memang tak lebih dari RM40. Boleh sangat la kan. Siap kadang tu depa bagi free scrub, massage, spa. Yeah kaki I pun perlukan spa *silang kaki tiup kuku*.
Tapi yang I tak sukanya ialah apabila di promote dengan packages-packages yang lain. Normal typical case ialah beli voucher RMblabla. Dapat 5 visits. Free 1 visit. So sekali visit dapat la half price dari normal price. Memang tak la kan...Mana nak lebur duit RM300-400 sekaligus. Aku rela tiap-tiap bulan bawak keluar duit sikit. Biar la lain-lain parlor pun. Itu ja yang I pantang pun. Mesti la nak selit jugak promotion tu promotion ni. Tak boleh ka bagi orang pi dengan hati tenang? I dah tau dah game depa ni boh dalam Groupon, tapi ada niat lain. Amboi marah betoi nampak? Heheh.
Sama jugak dulu I pernah beli voucher potong rambut kot kat satu saloon ni. Ada pulak sorang Aunty ni dok mai ajak I buat scalp check. Takkan nak kata takmau kan dia dok sembang dengan I rabung sangat. Dah check semua dia pun bitau la scalp I ni berminyak la apa la which is true lah. Lepas tu boleh pulak dok push-push suruh buat treatment. I takmau la. Kalau I rasa I takmau, memang I takmau. Jangan la dok pujuk rayu. Terus I jadi tak suka. Pastu dia dok bising-bising I bagi la harapan palsu kata nanti I mai lain. Boleh pulak few weeks after that, dia call I tanya camna appointment? Nak buat bila? Haihh..I paham dia pun buat keja dia ja. Tapi bila orang dah tak respond tu, sindri mau tau dah la kan. Stop harassing people la kan.
Jumaat lepas I beli voucher mani pedi kat Prangin Mall. Everything was so good. Sampai lah minit-minit terakhir I dengar depa dok chong cheng chong cheng dah (cakap cina) nak promote kat I package depa. I dok mai meluat dah. Tapi kesian yang buat kuku I tu baik sangat. I pun tak sampai hati nak tarik muka ka buat takmau takmau. I pun bagi la fon no, I kata I nanti mai bagi duit esok. Tapi I bagi no fon tipu. Hahahah. Keji gila perangai.
Semalam pulak I beli voucher perm rambut. Hehehe. Gedik la. Sebab rambut I ni annoyingly straight. I bosan. Perm skit-skit kan seksi. I la perasan seksi. Hahaha. And orang yang buat rambut I tu pun baik sangat. Tapi yang dia rekemen kat I benda-benda tu semua memang diperlukan. Macam treatment. Lepas kita dah boh sekoyan chemical atas kepala, kena la buat treatment kan. Ok la katanya untuk customer Groupon ada half price. I setuju ja. Lepas tu dia tunjuk pulak wax rambut untuk keep the locks walaupun tak blow rambut. And I rasa perlu jugak benda tu. Kot-kot la mai hari mengada nak pi beli hairdryer (yes I takdak hairdryer) and nak blow-blow rambut. Pppuuii. So daripada voucher tu murah, bila kira-kira balik eh jadi banyak jugak duit aku lebur. Hahaha. Takpa-takpa yang ni I ikhlas.
Tadaaa...ni hasilnya semalam. Lawa la kan dengan blow bagai.
Ni hari ni setelah dicuci. Hahahah.
Jadilah...sebab I pun takmau curl banyak-banyak sangat. Manja-manja ja gitew.
Ok tu ja nak hari Isnin ni. Selamat bekerja uols!
No comments:
Post a Comment