Assalamualaikum..
Ini pun major throwback jugak ni. NCIA Teambuilding ialah 2 minggu lepas. Sebelum I lupa, I dok tengok balik gambar-gambar dalam gallery untuk dijadikan bahan blog ni. Ececehhh for the first time evaahhh. Hahah.
So last 2 weeks NCIA buat teambuilding kat Bukit Merah Laketown Resort. I was a bit skeptical at first masa depa kata nak buat teambuilding kat sana tu. I dok pikiaq apa ja yang boleh buat kat Bukit Merah tu. Pastu I tengok programme ada water rafting. My thinking was kalau water rafting tu kena macam last year kami punya teambuilding. Yang ikut arus sungai tu. And where the hell is the sungai in Bukit Merah? Hewhewhew. Ghopanya water rafting atas tasik pun boleh uolls. Nanti I take you there ok. Literally la.
Noah kan admitted so I macam 50-50 nak pi ni. Luckily he was discharged a day before teambuilding tu. Sempat la balik packing barang semua. Kami bertolak dari BTC lepas subuh hari Jumaat tu. I sampai awal gila kat BTC tu just to found out that bertolak pukul 7.45am. Hampeh betoi. Rugi bangun awai-awai tau. Kami naik bas beramai-ramai dari BTC. Cost saving tau. Kalau bagi staff pi sendiri, mau sorang claim dah dekat RM200. Ada 100 lebih staff. You do the maths la. Pitam.
Sadonya lengan ahkak.
Sesampainya kami kat sana ada makan apa ka sikit lepas tu ada icebreaking session where semua orang duduk dalam 1 bulatan and main kotak beracun. My god sangat nervous ok game ni. Macam nak tauk kotak tu bila sampai kat I. Tapi cisss tetap I kena jugak. I kena buat apa tau? I kena panggil satu newcomer, kena suruh dia seduce I to go for a date. Ghhessshh. I dah blank sapa orang baru. Depa bagi nama I ikut ja la. Kena dengan sorang budak ni nama dia Hafiz. Dia terkedu dan terdiam bila I kata "COME TO MAMAAAA" hahahahah. Takut gamaknya. Haihh..I dah la tak suka jadi tumpuan ni. Tapi ok la sporting. Semua orang pun sporting hari tu. Staff-staff yang veteren pun kemain lagi ha.
We were seated in a big group.
So lepas habis icebreaking, kami keluar for telematch. Panas berdeting hoii. I tangkap kepala terus. Dah la tak cukup tido. Dengan panas lagi. Dengan tak cukup air. Wallah. Perfect combination.
Warming up sesh.
Aku pun tak paham pasaipa la aku pi snap pic si Rizal Amri ni. Hahha.
View telematch. Cantik kan? Lelaki yang kat corner gambar ni ialah kami punya facilitator. Garang uols. Seram. Pastu kan on the other side tu nampak tak rumah atas air tu? I duduk situ la. Wootwoot.
My team untuk telematch.
Team Iron Man! Dapat no 2 tapi guli banyak berteraboq. Hahhaha.
Hmmm bab gedik ni memang I lah.
Habis telematch ni semua makan lunch and duduk lepak-lepak ja. Sebab yang lelaki pi sembahyang jumaat. Yang pompuan ni tak dapat nak check in lagi sebab bilik belum siap. I was lucky sebab bilik Kak Ros memang dah siap. Dia check in semalam. She was the committee. I tumpang bilik dia la mandi manda. Dia pun duduk atas air tu jugak. Semua gadik-gadis Datuk duduk kat situ. Dekat dengan Datuk. Hehhehe.
My buggy ride nak pi water chalet. Jauh uols.
Ni my view masa dalam buggy. Baru halfway. Nampak tak yang bumbung tajam-tajam tu? Ha kami main telematch tu kat tepi tu la. Jauh kan?
Tadaaa..Kampung Air nama dia. Pelik tu ada signboard no bicycles. Tapi kereta, van boleh pulak lalu. Hahah.
This reminds me so much of our holiday to Avillion PD. Seminggu sebelum bersalin. Lebih kurang macam ni la. Tapi jalan jauh tak terasa sebab banyak pokok-pokok and so many animals to see. Heheh. And memang takdak buggy pun. Kalau ada, ampa rasa aku nak jalan kaki ka? Dengan dok terkengkang-kengkang tu. Setiap 10 langkah I kena stop. Memang tak daya dah masa tu.
Malatops.
Too bad I tak ambik gambar dalam bilik pun. Bilik I ada pintu ke balcony terus. Tapi memang tak sempat pun nak menghayati bilik tu. We were always rushing.
Sebelah petang tu ada session sepatah dua puluh ribu kata dari Datuk. Huhu layanzzzz. Lepas session Datuk, kita start dengan Amazing Race penat hoiii. Kena pusing satu Bukit Merah. Mampoihhhhhh. Mula-mula tu I bersemangat la. Lepas tuuuuuuuuuu. Hmmm..dok belakang-belakang dah. Hahah. Sorry takdak picture untuk activity tu. Malas nak keluarkan camera. I tengok dari album teambuliding pun takdak gambar I. So memang tak la I nak cari satu-satu letak gambar orang lain. Hahahhaha. Keji perangai.
Korajaq punya Najwa kata I pakai tudung ni macam makcik juai karipap. Biadop.
Habis Amazing Race dalam pukul 6.30pm. By 7.45pm kena siap kat ballroom dah untuk dinner. Mati mak nakkkk. Sakit kepala I dah sampai kemuncak waktu ni. Asyik telan panadol ja I dari pagi. Balik bilik mandi-mandi and siap nak pi dinner. Dinner yang I tak excited langsung. Tema dinner ialah The Mask. Sorry memang tak boleh nak terima. Tapi terpaksa layankan jugak sebab takkan takmau pi dinner tu kan. Biadop pulak. I ni kan fobia yang melampau dengan topeng. Nanti I cerita in my next entry ok. Pinky promise.
Memang tak banyak gambar malam tu. I tak jalan-jalan pun sebab I takut dengan topeng. So I duduk kat meja I ja. Dengan berbekalkan sakit kepala yang berdenyut, memang terbaik lah. Ini team I menang buat costume out of newspapers. Kami buat baju Elvis Presley. I tau yang buat menang 1st prize ni sebab kami buat guitar. I yang buat guitar tu. I pasti kami menang sebab tu.
Hahahha.
Then ada lagi satu game pun menang 1st prize jugak iaitu Titanic kot nama dia. 5 orang kami kena berdiri atas 4 keping newspapers. Lepas tu kena sikit-sikit lipat newspapers tu sampai jadi kecik sampai tak boleh berdiri dah. Boleh la kami menang sebab lawan dengan lelaki. Hehehe. Kami pompuan kecik-kecik ja. And I was the last person yang stay atas newspapers tu. Terer dakkkk. Takdak gambar sebab gambar I semua GEMOK.
Gambar ni I cilok sebab boleh diterima. Dari kiri ialah Kak Juli, En. Haris & mua. I rapat dengan depa ni la kat ofis. Masuk ayaq depa ni.
The next day tu pulak ada game water rafting tu la. Kena buat rakit menggunakan pelampung yang dua orang duduk tu, buluh dan juga tali rafia. I tengok ja depa buat. Takut kalau I buat, semua orang kena berenang balik to shore. Hahahha.
Ni rakit yang orang lain buat. Hampeh betoi. Depa randomly tukar rakit. Cisss.
Pastu from shore tu, kena berakit-rakit sampai ke bendera kuning tu pastu u-turn. Perghhhh memaang tak larat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. I hate this activity.
NI masa starting. Masing-masing dok dekat-dekat. Bila mai time dah u-turn tu semua pakat berpecah belah dah. Hahah. Group I 2nd last. Takpa janji bukan last sebab last kena dismantle orang punya rakit semua. Tak koheserrrrr.
Lepas habis rakit ni kami terus boleh pi makan dah and siap-siap untuk balik...
Overall, it was a great event. Too bad I tak boleh nak enjoy 100%. Sakit kepala, takut topeng, mai bulan..memang not a good time for me lah.
Congratulations to the committee!
Cari la I kalau terer. Cari makcik juai karipap.
And thank you for the sunburn. Sampai hari ni. Blerghhh.
-______-
No comments:
Post a Comment