Wednesday, 18 November 2015

Room 202

Assalamualaikum..

Lama gilos tak bersiaran. Sorry ok. Memang ada bahan nak cerita tapi bila bukak ja blog terus jadi blur. Kena bomoh ka apa ni? Feeling blogerati sangat sampai orang nak bomoh-bomoh. Pui.

Minggu lepas Noah kena warded kat Hope Children Hospital sebab demam panas. Haih hati mak pak mana yang tak gundah gulana kalau tengok anak yang ceria tiba-tiba dok merengek ja panas badan. Kisahnya Isnin minggu lepas I hantar Noah kat rumah mak dia ok lagi. Takdak pun tanda-tanda nak demam ka apa. Then pukul 11am camtu Yasmin message I bagitau badan dia panas. I rasa ok lagi sebab badan dia memang jenis panas. Sejenis dengan I. Pastu tengahari tu I call mak. Mak kata Noah memang macam tak sihat. Taknak main taknak apa pun. Nak orang peluk dia ja. 



Lepas balik lunch tu mak call I dengar dia dok nangis-nangis dah. Haih susah hati dah terus I tak boleh buat kerja. I mintak balik dari Kak Baah. But actually more to I balik terus ja. Masa on the way baru bagitau Kak Baah. I plan nak balik amik termometer & monitor ja dulu temp dia. Tapi kakak I kata tak payah buang masa, bawa ja terus pi klinik. So I did. Sampai klinik dalam pukul 6pm doctor pulak takdak. Balik makan. Will only be back at around 7pm-7.30pm. I fikir-fikir baik I tunggu ja lah. Kalau balik pun sampai rumah dah pukul 7pm. Pastu satu kerja nak mai balik pulak. Kesian Noah masa tu. Dia ngantok tapi I think dia pening and sakit badan sangat. So dia jadi tido tak jerap. Air liur menjejes doplohpatjam. I minta nurse check temp masa tu dah 38.4. Fuhhh tinggi tu. 

U all tengok muka dia masa ni tak merah-merah lagi tau. Tiba-tiba lepas tu dekat bawah mata and area mulut jadi merah-merah. Doctor cakap Eczema. Wallahualam. Sebab Noah memang doctor kata ada asma. Asma dan Eczema berpisah tiada.

Time doctor check temp dia, dah hiked to 39 deg dah. Perghhh. I pernah demam 39 deg. I tau rasa nak meletup kepala tu macammana. Doctor decided masuk ubat kot pungkok tu. Orang kata memang cepat turun demam masuk ubat tu. Then doctor suruh bawa balik, bagi makan ubat setiap 4 jam and monitor temp. Kalau demam jugak lagi, esok tu nak admit. I dok fikir alang-alang tu, masuk je lah ward malam ni. Sebab apa tau, sebab at least kat ward depa monitor. Apa-apa jadi macam demam panas sangat ka, nurse doctor semua ada situ. Sebab It au la experience dengan Hubs ni. Anak sakit ja dia yang panic. Nanti tengah-tengah malam nak bergegas pi Hospital semua I takmau camtu. Baik kita dah memang kat sana. Peace of mind for everyone.


Bilik ni untuk seorang tapi memang depa bagi 3 katil. Untuk parents sekali. I suka Hope ni sebab selesa macam rumah. Dari anak-anak Kakak I semua kalau apa-apa, memang mai duduk Hope ni la.


Kisah cucuk drip ni kan. Masa doctor nak cari urat tu doctor tengok banyak kesan tau kat tangan Noah dua-dua belah tangan. Dia tanya I Noah kerap admitted ka. I cerita la he was a prem baby. Memang merata la kena cucuk. Doctor dah taktau nak cucuk kat mana lagi. Selalunya kalau tak boleh nampak, doctor can feel. Tapi kulit Noah ni tebai. So tak dapat rasa pun. Hahah. Alhamdulillah I have raised a very strong boy so far. Sikit pun Noah tak nangis masa kena cucuk ni. Merengek sikit ja tu pun sebab dia kena balut dengan selimut dia tak selesa. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga Noah terus membesar menjadi seorang yang sangat kuat tubuh badan dan cekal hatinya. Aamiin.

Sepatutnya Rabu dah boleh balik tapi masa Selasa tu Noah ada demam balik petang tu. So kena extend lagi sehari. Maknanya Khamis. Dia dok merap jugak lagi Selasa tu. Biasalah kita kalau demam pun merap jugak kan.

Noah macam bosan tau duduk wad. Dia dok mintak I dukung pastu dia dok tengok keluar tingkap tu. Kesian pulak. Nak bawak jalan-jalan pun susah sebab besi machine drip tu. Tapi kalau kakak I mai, memang depa angkat ja besi tu keluar. Bawa dia main-main kat luar & tengok fish.

Then Rabu tu Alhamdulillah takdak demam dah. Konfem Khamis dah boleh balik. Rabu tu pun dia dah ceria sangat si Noah  ni. Lega I tengok. Cuma tinggal merah-merah kat muka & tiba-tibaa ada rashes kecik-kecik kat badan, tangan & kaki dia. Tapi doctor kata tu ruam panas ja. Nothing to worry about. I takut jugak la kot HFMD. Tapi kat tapak tangan & kaki takdak. Lega.

Ummi lega tengok awak renyeh macam tu Noah. So geram.

MERDEKA! Lega la bila dah buka segala jarum tu. Baru boleh lap badan dia puas-puassss. 3 hari tak bagi mandi. I yang rimas tengok. Sebenarnya dari lepas Zohor dah boleh balik. Tapi sebab pagi tu Dr Chew ada mention nak bagi ubat  last pukul 3pm pastu boleh balik, I pun tunggu laaa kat situ. Then I pelik kenapa kalau nak bagi ubat tu tapi dah bukak jarum? Bila pi tanya memang confirm dah boleh balik. Cisss vengong. Eee tengok paha tu. Gigit banyak-banyak kali baru tau.

Alhamdulillah Noah dah sihat dah. Cuma now dok batuk and beringus sikit. Taktau dah nak buat camna. I dok pasang air-o-matic tu ja. I'm trying to avoid bagi makan ubat. Tapi Hubs kot mana pun akan tanya jugak, "ubat batuk dia ada?" hmmmm...Hubs dan ubat berpisah tiada. Tapi diri dia sendiri punya liat nak makan ubat. Hmmm.

Thank you tau to allllllllll my beloved sebab mendoakan kesihatan Noah kembali pulih. Yang mana tau tau la kan. I memang tak bubuh kat FB pasal ni sebab rasa macam dah tak bebas pulak FB la ni. Macam dah takleh share everything. I think I did something wrong. Will fix it nanti. Heheh.

Ok lah nak pi lunch dah ni dengan Hub. I will story mory lagi nanti ok. Till then, be safe everyone!




No comments:

Post a Comment