Wednesday, 17 May 2017

Korea 2017 - Day 2

Assalamualaikum..

Sebelum apa-apa, ni la hotel yang kami menginap sepanjang di sana. Alhamdulillah sangat selesa dan tak terasa angker atau Ju on.

Ni pulak map nak ke Namsan Tower. Kembang-kembang hidung sebab I pandai baca map. Kahkah. Oh btw, nampak tak atas belah kanan tu Chungmuro Subway Ext 4? Kami exit dari situ sebenarnya masa baru sampai from airport tu. Tapi nak cari jalan ke hotel ni Subhanallah mengucap panjang urut dada. Padahal dekat tott tett ja. 

Ok mari kita sambung ke hari yang ke 2. Hari ke 2 ni tak jalan mana sangat. Kami pi Nami Island sahaja. Sebab perjalanan pun agak memenatkan. Jauh tempat ni dari hotel kami. So better not to go to other places jugak. Kesian mak buyung tu. 

Ada juga cubaan kami tanya reception kalau naik taxi terus ke Nami Island's wharf tu berapa? Dia dok promote tour package ja tak habis. Mahal juga you all memandangkan trip kali ni ialah trip budget. Memang dia bawa pi banyak tempat tapi untuk bayar sorang RM2++ untuk sehari tu, di luar kemampuan pada waktu itu lah kot. So kami omitted the plan nak pi naik taxi. Kami pun menapak lah ke Myaendong station untuk mencari jalan. Ada juga kami Google cara nak ke Nami Island macam mana. Nampak senang tapi baca pun dah penat. Ok fine mari kita gamble saja. Hahaha. 

Nami Island here we come. Disebabkan cuaca di sana sangatlah nyaman, you mekap dari pagi pun boleh tahan sampai ke tengah malam. Patut la orang-orang Korea ni lawa-lawa kan? #mukaberkawahtaksedaqdiri

Amacam? Boleh baca map lagu ni? Incredibly we could! Terasa bangga dengan diri ini. 

Walaupun sebenarnya ada jalan yang lagi mudah. Boleh naik express train apa benda tah nama. Terus ja sampai Gapyeong station takdak berhenti-henti dah. Kami ikut sebijik-sebijik line yang ni. So lama sikit la perjalanan. And 3 kali tukaq train baq ang. Tapi Alhamdulillah sampai jugak dengan jayanya.

Masa depa dalam toilet, depa ada tanya one lady the route to Nami Island. That lady memang menggelabah gila muka sebab dia tak reti English. Adoi kesian bila dengar. Hahah. Tapi dia helpful sangat dia tolong jugak. Siap pi beli postcard lagi tulis mana kami patut tuju.

Tapi tulis cara dia la, yang atas tu 😂😂😂😂😂 Yang bawah tulisan macam budak darjah 1 tu tulisan I 😅😅😅 

Bukan I translate dari tulisan dia tau. Tak se-dashyat tu lagi. Ni kami tengok station by station from the directory board. Kami berpandukan last station kena sampai ialah Gapyeong Station. Tak kira la apa terjadi. Kahkah.

Choose line 4 to Ichon station (last station untuk line itu ialah Oido station)
Then choose Munsan line to Mangu station (last station untuk line itu ialah Yongmun station)
Then choose Line Gyeongchuon station to Gapyeong station (last station untuk line ini ialah Chuncheon station)
Ambik cab from Gapyeong station to Nami Island's wharf. 

Disclaimer : Ini direction bodoh-bodoh saja tau. Jangan kecam I kalau you all ambik sebijik-sebijik apa I tulis ni and cari jalan kat sana tak jumpa 😁 kalau sesat sendiri tanggung ya. Kah.

Taxi will drop you off at parking area. Terus head ja ke persisiran sungai tu & you will see the ticket counter. 

Harga naik ferry & masuk Nami Island seperti yang tertera.

Ferry ride took just a while. Tak terasa pun naik ferry tu. Nami Island tu dekat ja dari tanah besar. I think dia pulau atas tasik or sungai ja ni. 

Ampa tau dak boleh pulak ada watersport kat situ. Punya sejuk gedit lagu mana la depa buat water skiing tu semua? Gila la kulit apa taktau.

Hipstur tak sistur?

Hmmm sebenarnya this is the only pokok sakura yang I jumpa. Pelik kan? 

Selepas ni I bagi you all tengok gambar-gambar saja ok? Enjoy. Tak banyak pun. Sebab malas nak ambik gambar. I nak enjoy the scenery. Mungkin tak dapat datang dah kan lepas ni. 






























Sekian gambar-gambar dari kami. I suka la Nami Island ni. Tenang and udara dia terpaling fresh sekali. Rasa nyaman ja taking a stroll in the park. Best. Tapi bak kata Bu, "ni kalau autumn ni lagi lawa ni sebab daun-daun jadi kaler oren macam mana ka pastu atas tanah banyak daun-daun & bunga jatuh". Ya Buuuuuu tapi kalau 10x ulang ayat yang sama memang mendapat la jelingan maut dari aku. 😜

No comments:

Post a Comment