Assalamualaikum..
Sebulan dah I pi Korea. Apa habuk entry pun I tak up kan? Sorry tau bagi yang menanti penuh kesabaran *krik krik*
I belum fikir lagi nak buat by day or semua hempuk dalam 1 entry. Tapi satu hari pun dalam 1-2 tempat ja kami pi. Saja santai-santai vacation kali ni. Wah macam dok pi selalu pulak. #kuatberangan.
Day 1
Flight dari KL berlepas at 1am hari Sabtu. Jumaat before tu I ambik cuti dah siap-siap sebab nak spend some time dengan Noah. I tinggal dia dengan my sister's family. Nyawa dia la depa tu. Itu yang terjadinya kisah yang I cerita dalam entry yang sebelum ni. Mai baca kat SINI. Kita arrived Incheon Airport at 8ish am. Masa tu tak rasa lagi sejuk ka apa sebab dari dalam plane terus masuk dalam airport building. Boleh eksyen lagi. Alhamdulillah I slept the entire flight. Kul 3am lebih I tersedar jugak sebab bau makanan. But I was too sleepy to eat. Hehehe.
Muka tak mandi dan tak gosok gigi. Takpa orang Korea semua taktau. Kekeke. But sama lah satu kapal kami semua pun tak mandi lagi. Hehehe.
Oh masa nak ambik bag tu ada satu kejadian misteri terjadi. Kami dok tunggu bag I awat tak keluar-keluar. Sampai keluar kat signboard tu kata bag yang atas conveyancing belt tu was the last one. No doubt bag yang satu tu memang sebijik bag I. Tapi yang tak samanya ialah bag I takdak tag yang tulis "THIS BAG IS MINE". I ingat memang takdak because sometimes bila nak tolak, I akan tolak guna yang macam handle tu ja. I tak guna besi tu. And it wasn't there before. So I memang yakin tu bukan bag I. Tapi memang takdak bag lain dah. I dok fikir dah worst scenario apa yang akan berlaku and apa yang I perlu buat. Then macam mana ka Erwan ankat ja bag tu bawa turun and I minta nak bukak jugak tengok isi dalam. Poofff terjongos tudung I keluar dari bag. Ya Robbi memang bag I. Macam mana boleh ada tag pulak? Hahha. Later that night I tanya my sister bag tu ada tag ka? (bag ni belongs to Rifqi I pinjam). But Kak kata mana ada tag. Fuhh lega sebab depa ni dok perli-perli I kata I confident sangat kata tu bukan bag I. Well, sebab memang bukan pun 😒 Balik dari Korea pun I tanya Kamal and dia pun kata takdak tag. Hewhewhew..misteri Wan Peah sangat kan?
So I telah melambatkan lagi jadual semua orang la cerita dia. Huhuhu. Malu beb. Tapi nasib baik depa ok ja. Then we were contemplating nak ambik bus, taxi or train ke hotel. Now, nak ambik bus taktau bus apa yang nak kena naik. Nak naik taxi, mahai nak mampoih. And terang-terangan we need to take MPV or 2 taxis. Naik train murah tapi kena menapak sikit la. And the risk was memang taktau tempat. Nak stop kat mana pun taktau. I ni sabit sebelum trip ni I was so freaking busy saja. Or else, memang I dah buat research serba sikit to help. Felt so helpless 😔 But we chose to take the train anyways..mula ambik yang express train ke Seoul Station. Lepas tu tukar lane nak ke Myaendong Station pulak. I ingat-ingat lupa ja ni tau. So jangan expect I buat #travelog pulak nah. 🙏
Dah sampai Myaendong Station ni la bermulanya adventure kami. Sebab taktau tempat wei.. Dan ini lah pertama kali I pi holiday I tak beli simcard for internet. Sebab budget I memang tak banyak pun mai ni. Mahal lagipun Korea ni. Tukar berkeping-keping duit kita. Dapat balik sekeping dua ja. Wadehelll. I tak joli katak sangat kali ni. Pekin habis duit. Ok sambung cerita. Hasil tanya orang sana sini, dapat la direction serba sikit. They were helpful juga walaupun kasar sikit bab-bab himpit or beretoh kita. Sukatimakpakdepa ja. Dah naik dari station dan selepas mengangkat bag seberat 11kilo naik tangga, nampak la dunia Bandar Seoul..huhu..pastu jem taktau nak sambung jalan lagu mana. Hahaha. Terjumpa sorang mamat ni. Dia tengok kami macam lost sikit, dia mai tanya. Rupanya this chinese guy is from Batu Lanchang Penang. Dia pun taktau jugak hotel kami tu tang mana tapi dia sembang-sembang la bagi tips sikit. Lepas tu kami sambung jalan and ada sorang lagi Korean mai tegur tanya nak pi mana. We showed him our hotel dan dia pun godek-godek google maps kat handphone dia. Dia offer kami ikut dia. Don't worry guys. He looked like a nice guy. Tudia Waze dia bawak pi jalan masuk celah tu celah ni. Naik turun bukit. On foot ok?! Kesian dia muka sampai merah-merah. I rasa kalau Hubs ikut ni dia bebai dah ni. Boleh sampai tahap dia ajak balik Penang 😭😆
Setelah hampir setengah jam ada kot dok melilau naik turun bukit celah-celah bangunan, last-last jumpa jugak hotel kami tu. Baiknya Korean guy tu kami offer nak bagi duit dia takmau and dia terus pi. Wow vely good. I perasan kan kat sana depa pun susah nak cari tempat kalau you bagitau nama kedai ka nama hotel ka depa pun menggaru-garuk kepala jugak nak bagitau tempat. Sebab there are too many buildings, roads, back roads, back lanes, junctions, my gawd tak boleh imagine kalau sewa kereta macam mana. Sebab kat sana nak U-turn takdak divider tengah ya. Hang berenti la tengah jalan (yang memang untuk orang buat u-turn) pastu ushar kalau line clear, jangan malu-malu untuk u-turn. Die.
Wati took a service apartment for us. Alhamdulillah selesa sangat. Ada 2 bilik tu. Tapi gambar yang ada dan senonoh ni satu ja. Hahah. Belakang kami tu kitchen pantry. Ada dryer baju sama tapi tak guna pun sebab malas nak explore. Semua tulisan Korea. Remote pun tulisan Korea. Directory kat phone pun tulisan Korea. I nak call operator tertekan apa ntah siap keluaq alarm 😹
Terus goreng bihun tomyam kari serunding. Taktau la resipi apa yang kami buat. Tapi not bad sedap jugak. Mungkin sebab terlalu lapar. Bayangkan our last dinner (Bu & I) was at 6pm yesterday. Fuuhh. Terasa kurus di Korea. Wow boleh jadi tajuk drama pukul 7 di TV3. Habis makan ampa rasa apa kami buat? Kami membuta la of cozzzz. Sedar-sedar dah 3 lebih. The plan was nak pi naik Seoul Tower or also known as Namsan Tower. Yang ada love lock tu la..tapi tak pasti pulak love lock tu memang originally asal dari sana ka mana. Yang I tau dari Korea.
This time we decided to just walk to the station of Namsan Tower ni. Not that far & not that near actually 😂 Sabit sebab sejuk punya pasai saja so perjalanan tu tak terasa. And one thing I perasan myself is that I punya energy & larat or tak larat banyak bergantung pada kaki I. Kalau I sakit kaki or tumit, I jadi cepat letih. Sebelum pi ni I ada beli winter socks tau. Untk pakai dalam boots & untuk tidoq. Sebab I tau kaki I kalau sejuk nanti sakit tumit which memang tak best la jadinya nanti. Damn I made the right decision biarpun masa tu summer dah kot bukan winter 😂 Sebab walaupun kami jalan average 10,000 steps per day, I tak terasa sakit badan or kaki pun. Selesa sungguh socks tu. Boots I saja macam makan kaki I sikit dekat belah atas dia. Everytime I walked and the trimming tu kena kaki rasa sakit & ada terluka jugak sebab our skin are all dehydrated due to the humidity. Oh and cuaca kat sana sama ja tiap-tiap hari. Siang dalam 13-15० and malam dropped to 9० macam tu. Malam memang kena pakai 2 lapis. Sesekali angin dia mai tu fuuhhhhh boleh keras taik hidung.
Ok in queue nak naik cable car kecik.
Dah sampai station atas, kena beratur pulak nak beli ticket.
Dah beli ticket, kena beratur pulak untuk naik tingkat atas nak naik macam gondola cable car ke Namsan Tower. Ramai betoi macam nak naik Penang Hill. Cuma bezanya sini sejuk so tak terasa sangat kebebaian.
And bila dah sampai atas, rasa hilang semua bebai-bebai ka penat ka apa ka semua tak terasa. Rasa holiday mood merasuki. You all enjoy the pictures yang tak berapa banyak ni saja ok?
Ok dah turun bawah, decided to jalan balik jugak sebab nak singgah Myaendong night market ni. Besar banget nih night market ni. Pusing-pusing sampai tak boleh track dah masuk kot mana tadi. 70% of the stores here are all beauty cosmectics store. So sapa-sapa yang nak buat bisnes barang-barang cosmetic Korea, memang belambak kat sini. Price range jangan tanya I. Sebab to me dekat Korea ni I tak boleh shopping. Overpriced. Kebab harga lepas convert RM24. Menangis. Tapi lapar. Bedal saja lah.
Sejenis OOTD katanya. Kah.
Eh macam panjang pulak day 1 saja pun kan. Esok I sambung pulak lah day 2 & 3. In shaa Allah.
IN SHAA ALLAH.
Haha kbye.
No comments:
Post a Comment