Wednesday 11 October 2017

Sharing & Noah

Assalamualaikum..

I ni baru ja masuk ofis balik tak sampai 2 minit. Terus update ni sebab tengah drive tadi teringat pasal benda ni. I memang time drive la macam-macam idea mai nak menulis. Lepass tu lupaaaa. Sebab apa? Sebab I melayuuuu. Geddit geddit??

I pi KWSP, TREK & Pos Office. All under 1 hour. Hebat tak? I suka la Bayan Lepas ni sebab kalau bukan peak hours, nak pi mana pun dekat. Jalan dia straight-straight ja less kona-kona. Tapi kalau peak hours, memang meluat sangat. Sebab straight, dia banyak traffic light. Kadang-kadang sampai taktau pasepa yang jem sangat. M E L U A T. Tadi I pi KWSP for the 3rd time. Isnin, selasa & hari ni. Alhamdulillah settle jugak. Isnin sebab lawyer buat salah calculation. Selasa sebab lawyer bagi document tak cukup. Aiyoo. Sampai I takmau dah nak pi kat lawyer tu balik. I buat sendiri ja semua and hari ni pi submit & syukur approved. Woohoo. Pastu pi TREK yakni tempat keja Hubs. Pi bagi barang dia beli untuk staff dia. Pastu pi Post Office sebab pos laju dokumen-dokumen yang lengkap untuk Hubs pulak bawak pi KWSP in JB. Ha ok tak explanation yang tak perlu pun sebab I nak cerita pasai sharing & Noah. Sebelum terlupa initpati, baik I balik kepada tujuan asal.

SHARING + NOAH = IMPOSSIBLE

I taktau la ek. Adakah semua budak at his age memang berperangai begitu? Tak reti nak share barang. I kadang-kadang malu sebab Noah akan claim barang tu dia punya tapi hakikatnya tidak. Lepas tu bila budak lain tu nak ambik balik, dia akan rebut-rebut macam memang yang tu dia punya. Malu mak nak oi. Hahah. Jangan kata dengan orang luar, dengan sepupu-sepupu dia sendiri pun. Memang tak boleh share. Nasib baik sepupu semua dah besar daripada dia. So depa memang beralah. Kecuali Naufal la. Dia pun baru 3 tahun lebih. Kadang-kadang fait jugak bila tak puas hati.

Nak-nak pulak sebulan setengah sebelum ni dia memang full time dekat rumah Mama. Lemak banyak la. Toys memang dia sorang saja punya. Attention pun dekat dia sorang saja. Since now Sarah dah lepas pantang, I akan hantar dia gilir-gilir macam biasa. Minggu ni turn Mak. Dekat rumah Mak, Mak catu toys. Sebab dah banyak kali budak-budak ni (sebelum Noah) main and baling from balcony terkena kereta orang.  And Noah really have to share Mak's attention dengan Khalif, Rifqi, Naufal & Nadim. And all boys. Hampa rasa macam mana keadaan rumah Mak tiap-tiap hari? 😆😅

And you know what happened this morning masa nak keluar rumah? Noah nak bawa toys dia and I said to him boleh bawa tapi kena share dengan abgchik Naufal ok? Noah said takmau Ummi and letak balik toys tu. And then looked at me and say "Noah mamau pi rumah atok. Pi rumah tok mama bawak toys" - in his language of course.

😓😓😓

WHAT SHARING??





No comments:

Post a Comment