Thursday 28 September 2017

Singapura 2 hari 1 malam

Assalamualaikum..

Taklah I tak jual package 😆

Semalam konon janji nak update pasal Singapore. Tapi I terlupa yang cut off date baru untuk weekly report kami ialah tetiap rabu pulak sekarang ni. I bukan saja kena update report, tapi kena compile jugak. Update tu tak banyak mana since my projects are all closing now. Nak compile tu la. Nak make sure everyone hantar by semalam jugak. Depa ni nama ja dah tua bangka. Tapi kena pegang tangan macam budak kecik. Tak ketuk, tak masuk. I guna tracking & reminder system baru skarang - thru whatsapp group. Padan muhuker sapa yang tak hantar lagi tu. I update tiap-tiap kali ada orang hantar report depa, I akan tick nama and send. Pastu I copy lagi sampai la the last person hantar. Bagus. Semalam (1st time buat system ni) semua orang hantar on time. Kalau compile saja takpa tapi sikit-sikit you kena tengok jugak alignment la, tajuk la, date la..tak banyak pun, ENAM PULUH MUKA SURAT JA 😑 Itupun kadang-kadang ada jugak mulut-mulut celaka suka kata "bukan buat apa pun, compile report JA". 

Eh ter-emos pulak pasal weekly report. Kah. Padahal nak cita kiter pegi dolan-dolan.

Hari ahad, macam biasa Hubs balik keja 5.30pm, bukan 7.30pm. Dia sampai bilik around 6pm. Laju-laju dia mandi & by 6.20pm kami dah ready to head out. Jalan anak beranak ke Giant Bukit Indah. Dalam 1km from hotel. Macam tak logik pulak nak amik Grab or Uber kan. Kami akan naik bas masuk Singapore! Tiket harga RM5 ja untuk masuk sahaja. Tapi bukan beli tiket & dapat seat ya. Masa nak naik tu baru bayar and cari tempat duduk. Kalau takdak, selamat berdiri! Tunggu bas pun kena beratur siap dah. Fuhh. Was planning to catch the 6.30pm bus. Tapi lambat juga dia jalan dalam 6.50pm. Ada jugak orang yang masih ada sivik bagi I duduk sebab tengah dukung Noah. Hubs tak dapat duduk. Dan nasib baik jugak dari situ nak ke immigration Malaysia tak jauh mana. Dalam 15mins macam tu. Dah sampai situ, turun untuk dapat cop. Dapat cop, lari pulak kejar bas yang tadi tu and untuk dapat tempat duduk. Orang lari, kami pun lari. Hahah. Padahal jalan pelan-pelan pun takpa. Sebab bas tu punya frequency ialah 20mins sekali. Terlepas yang ni, yang lain ada lagi. 

Perjalanan nak masuk Singapore tu tak lama pun. Dari Malaysian immigration tu ke Tuas checkpoint sekejap mak enon. Tapi! Yang nak tunggu bas nak drop off kita untuk Singapore Immigration clearance tu yang Nauzubillah urut dada. Lama hoi terkedek-kedek. Depa kata tu belum jem lagi tu. Pernah ja jem sampai ke sebelum naik jambatan Selat Tebrau tu. Gila babs. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk kami jugak. Habis clearance, lari lagi tunggu bas CW6 tu jugak untuk ke Boon Lay/Jurong East. Ha ni last stop la. Dari situ pandai-pandai ampa la nak pi mana pun. Kami mulanya nak ke Boon Lay. Tapi taktau macam mana ka terlepas Jurong East. Hahah. Tapi takpa sebab sama ja distance nak pi Hard Rock Cafe. Took Uber to Hard Rock Cafe. Sekian kena SGD20. 

Sampai HRC dah 9.45pm macam tu. Ordered grilled salmon. Kecewa tak sedap. Hubs kata sebab ni Atlantic salmon. Yang I dok makan kat HRC Penang is Norwegian salmon. Could be it. We had a good time. Noah pun sporting malam tu. OK la.





Lepas sat then we ventured our way to the hotel. Hubs kata dekat saja we can walk along Orchard Road it would be fun. Yeah tell that to my aching body-sore feet-pre-pms-self.

SEJAM KOT BERJALAN.

Tapi I layankan saja sebab Hubs was so excited to show me Orchard Road, telling me his days visiting Singapore dulu, watching Noah run & main hambat-hambat with us. Sejam tu tak la terasa sangat. Hahah. Betul tak tipu.

Ni ja gambar yang ada malam tu 😋

BTS
And finally kami sampai hotel I tak cakap banyak dah terus mandi and ready to sleep. Hubs ajak pi Mustaffa pun I tak kuasa dah. Mana pi la all that energy I used to have 5 years ago? Hmmmm.

Rise and shine baby love!

Bangun tido terus siap-siap and got ready to take Singapore. Gitu. Padahal jalan 2-3 jam saja. Haha.

Ronda-ronda naik kereta. Eye on Singapore. Tempat kami jalan ni ialah F1 racing track ya. So cool.

The Fullerton Hotel. Dulu ini ialah sebuah pejabat pos. Yang pertama dan terbesar di Singapura. Sekarang dh converted jadi pejabat pos. Opposite the building is the Merlion Park. Kami stop sat for a quick snap.

Awhhh perfect.



BTS 😒

Thank you Mummy & Uncle Hasan bawak kami jalan-jalan. Uncle Hasan was not in the picture sebab tengah tunggu dalam kereta mihmihmih. They are a family friend of Hubs.

Pastu kami pi Geylang Serai for lunch. Makan kat food court dalam tu. Dia ada jual baju-baju jugak tu. Ala-ala Chowrasta gitu. Tingkat bawah sekali ialah pasar basah. The only market in Singapore yang tak jual babi. Kawasan melayu ni. But too bad Geylang was known for its "red district".

BTS

Actually kami plan nak naik bas jugak balik ke JB. Tapi Mummy & Uncle Hasan memang nak masuk JB for groceries shopping. So rejeki la ni tak payah nak berkejar-kejaran balik JB naik bas. In less than an hour dah sampai hotel uols. Kalau naik bas tu mau 2-3 jam jugak. Sekali dah sampai hotel dapat pulak message dari AirAsia flight retime to 11pm. Pundek betul.

Itulah percutian ke Singapura kami. Boleh la. Janji dah pernah masuk Singapore. Kahkah. Nanti boleh plan mai lagi. Nak pi USS tapi takut maskot-maskot tu semua. Acaner?


No comments:

Post a Comment