Wednesday 27 September 2017

Cuti 5 hari

Assalamualaikumm..

How aree yahhhhhh??

Me Alhamdulillah sihat-sihat saja. Baru sihat ja pun. 2 hari tak berapa sihat sebab period. Well, what's new.

But........I still have the best weekend evahhhh. Went down to JB with Noah to see his daddy! Dadddy dadddyyyy dadddyyy dadddyyyyy ja sepanjang 5 hari tu. Awwwhhh. Umi tak jeles pun. Haha boleh rest.

Kisahnya yang boleh jadi sampai 5 hari ni ialah sebab I salah tengok calendar. I ingatkan cuti raya haji was on 21 Sept. Dengan konfidennya I beli flight ticket 21 Sept and of course la kena ambik cuti Jumaat tu kan. Then Monday pun ambik cuti sebab Hubs off day hari Isnin. Kalau I balik ahad, rugi la pulak hari Isnin tu tak dapat spend time together. Sepanjang I kat sana pun pagi & malam ja jumpa Hubs. Dia tetap kerja. But it's ok. At least we are there 😍. Hey look on the bright side, I dapat 5 days dengan Hubs ok. And ticket balik hari Isnin is much cheaper 🙇

I cerita sambil kita tengok-tengok gambar ok? Sorry la gambar tak dasyat uols. Walaupun S8 Edge tapi sebab dah banyak kali jatuh agaknya, gambar dah tak power.

On our way to the airport. I drive pi amik Yana kat Bosch pastu dia bawak balik keta I. Rumah dia dekat mak enon ja dengan airport. Senang naik kereta sendiri. I can take my time to load my stuff & son in the car. Tak terkejar-kejar orang tunggu, takdak drama Noah takmau masuk stranger's car and whatnot. So far so good.


Awal-awal dah kena pau. Ambik lah nak. I kurang sikit nak berpantang bagi dia makan. I know kadang-kadang I dapat jelingan maut bila orang tengok I bagi Noah makan jajan ni semua, but yeah whatever.

Sedikit drama dalam flight bila dia kena pakai seatbelt & off handphone. Huhuhu. Tapi after 10mins terus gone tido. Hehehe. Nasib baik steward tu memahami and ignore ja dia duduk macam ni. Noah takmau tido duduk masa ni. Nak baring. Boleh la nak.

I sampai airport Dewi, Yazid & Faliq dah siap tunggu. Thank you korang. Ada kejadian tiket hilang sekejap. Drama sebabak laki bini. Tapi jumpa balik tiket tu 😂

First stop bawak Noah (and Ummi ehem) jumpa daddy sat. One way juga from airport to tempat keja Hubs. Noah shy-shy cat pulak mula-mula masa nampak daddy. So sweet.

Aaaawwwhhh 💗💗 
#heartshatteredintomillionpieces #anditgrewlarger

Noah dan cars berpisah tiada. Dekat kedai daddy pun boleh jadi keja main cars. Macam besar dah tengok kasut tu. Hmmm..

Kesayangan ni. Ini la definasi "Jauh di mata, dekat di hati", "It's not the time spent that matters, but the memories created".

Malam tu lepak makan kat kilang bateri ni. OK la food selection not bad. I makan cheese nan & kima. Hek eleh kat Penang pun ada kan. Tapi ni lain uols. Roti dia lembut gila. Sorry no picture. I dok kencing tak puas masa ni. Sat-sat rasa nak kencing. Memang takdak mood la nak makan pun. Padahal ada ja kat situ mee rebus ala Johor. Tapi tak rasa nak makan. Rugi hoi. Habis makan terus balik bilik. Letih chuols. Kesian Dewi jugak menahan muntah. Alahan boleh tahan poms tu.

2nd day tu Dewi bawa pi JPO. Sampai pun dah petang. Sebab tengahari tu pi hospital sat. Ada hal sikit. Hal yang bertukar menjadi cerita lawak. Takmau la cita. Kesian Yazid. Sampai JPO terus mentakedarah. Lapaq hoi dah almost 5pm baru nak dapat makan nasi. Lamaaaa dah I teringin makan Absolute Thai ni. Akhirnya dapat jugak. We ordered ikan terbang tapi ada siakap saja. Garupa yillekk. Tomyam & ayam goreng thai. Ok la not bad. Tapi rasanya I takkan terkenang-kenang kot. Hehehe. Ataupun masa makan tu haba panas sikit restaurant tu. Tu yang makan pun macam nak tendang orang ja rasa 😝

💕

Jalan-jalan cuci mata sikit-sikit ja sebab panas & tak banyak sales pun. Dekat-dekat maghrib tu Hubs pun sampai. Kesian dia pun lapar. So off we go keluar mencari makan untuk Hubs pulak. Kami kekenyangan lagi. Dewi bawak pi Pasar Borong Pandan. Hubs tekak mengada nak satay pulak. Satay sedap ya. Sila cuba yang dekat luar tu. Bukan yang kat dalam food court tu tau. Yang kat belah luar punya. Tak reti nak describe.

Kahwinkan pulak dengan air mangga ni. Merecik hawaaauu!

Hari ke 3 Dewi dah balik..Oh 1st & 2nd day tu Dewi duduk dekat hotel kami jugak. Senang nak gerak kan. So Sabtu tu dia balik dah sebab both depa kena keja. So siang sabtu tu I bawa Noah pi kedai daddy. Saja to kill our time & makan lunch dekat-dekat situ. Makan nasi campur kat tepi Mydin Anjung tu. Bagi Noah layan playground sikit dan masuk Mydin sat beli flusk air. Boleh pulak I lupa nak bawak flusk sebab dok fikir naik flight nanti tak boleh bawak air. Bodo kan tak bubuh dalam checked in bag. Mulanya Dewi dah beli dekat Tesco semalam tu. Tapi boleh rosak pulak getah yang kat penutup tu so air jadi sejuk tak tahan panas. Then I beli pulak flusk superhero Chuppa dekat Cotton On. Pun hampes jugak tak boleh tahan air panas. Penyudahnya 3 kali la beli flusk air. 💆

Malam tu Helmi kawan tempat keja Hubs bawak pusing-pusing bandar & Pasar Karat.

I taktau apa nama tempat ni. Tapi kat sini la Tun Aminah kahwin baru-baru ni dengan suami dia yang heloks sangat tu.

Baru masuk Pasar Karat tak sampai 15minit dah lapar kaw wehh. Tak boleh nak fikir apa-apa dah. The first kedai makan yang kami nampak, terus zass masuk. Syukuurrr tempat makan hipstur sangat nih. And I suka konsep dia. Nice ambiance. 

Noah slept the whole time we were there in Pasar Karat. Dia mesti taktau dia pernah mai sini 😂

Hari ke 4 golek-golek baring-baring membosankan diri dalam bilik ja siang tu. Sebab petang nanti nak masuk Singapura yahhooo. Yang tu nanti I cerita dalam entry lain sementara ingatan masih kukuh. Kalau esok ka lusa ka tahun depan baru nak update, memang I dah tak ingat dah. OK?

Ok fast forward sehari lepas tu, tibalah masa untuk berpisah dengan Hubs...Noah tido sepanjang dinner and dekat airport. Masa dah nak masuk departure hall, Hubs pass Noah kat I, terus dia terjaga maka terjadilah drama perpisahan anak bapak. Punya keriau menangis nak daddy sepanjang jalan. Haiyoo. Dah la my first day on period. Dengan Noah mengamok macam tu. Rasa macam nak terjun KB Mall. I nak duduk dia tak bagi langsung. Berdirilah I menanti flight yang asyik delay 80ribu kali tu.

1.45am selamat tiba di rumah 
😭
3.30am baru Noah mau tido
😭
Dan I kerja the next day
😭
-----------------------------------------------------------------------------------











No comments:

Post a Comment