Wednesday 6 September 2017

SepertiOrangMengantokDisorongkanBantal

Assalamualaikum.

Ya Allah mengantoknya uols. Padahal lunch tadi takdak la makan banyak mana pun. I makan laksa saja. Pastu order juga chee chong fun (hanya orang Penang saja yang selera makan ni 😅). Tapi ni kaw punya mengantok macam makan nasik kandaq kuah banjir. Kerja pun tak banyak ada ni. Almaklum lah...boss pi outstation. Maka saya pun tiada kerja la. Tapi dia ada pun tak banyak kacau. Senang bela.

Weih serious mata tak boleh nak bukak. Hari tu I ada janji nak cerita pasai kenduri Ayin kan? I rasa tak jadi la nak cerita. I nak tunggu official photos from her photog. Tapi kalau by the time dapat dan I terlupa, maafkan saja la pompuan tua ni ok. Hahah. Tapi dah 2 bulan kenduri dia tak siap lagi ka album nah? Satgi balik tanya.

So nak sembang apa? Hari tu I cerita ada Noah pi GMC pasal sembelit dia kan? Pi hospital tu hari Isnin. Hari Rabu dia ada membuang. Lepas tu tak membuang pulak sampai la ke pagi tadi 4.30am baru membuang pulak. Runsing la I hari-hari fikir macam mana nak buat dengan Noah ni. Bagi makan buah dia mau takat sebijik ja sehari. Bagi makan sayur kalau dia perasan, dia ludah buang. Bagi minum air jenuh sua nak suruh dia minum. I've tried. Tapi I tak menyerah kalah la uols. Masih lagi mencari-cari solusi. 

Then teringat pernah baca Mealshake Shaklee bagus untuk anak-anak sembelit. Kebetulan I ada kawan yang jual Shaklee. Dah order dengan dia. Insha Allah esok sampai la kot. Harap-harap dia tak lupa la nak order tu. Heheh. Doa-doakan la menjadi ikhtiar I ni ya. Selagi Noah tak membuang semalam tu, I punya la takut nak pi jumpa balik Dr GMC tu. Takut I yang kena marah. Dari hari tu dia dok serious-serious dengan I kata pemakanan salah la apa la. Takut termenangih lagi depan dia nanti. Tapi syukur berak dah jugak. But it is still not satisfactory though sebab seminggu sekali saja. Patutnya dua hari sekali tu should be ok. Takpa-takpa mungkin it takes time jugak kot.

Oh nampaknya mengantuk ni masih ada. OK lah I nak makan chee cheong fun belen lunch tadi sat. Macam lapar pulak. 

Bye.

#NoahTheTroublesomeTwo

@AidaNoordin



No comments:

Post a Comment