Wednesday, 26 November 2014

#FadzilahHashim #TurnedFiftyThree

Assalamualaikum.

Wow! Hari ini adalah hari bertuah anda! Sebab dua hari berturut-turut ada entry. Alhamdulillah hari ni pulak tak banyak sangat benda nak pulun. Tapi memang elok waktu-waktu ni I settle follow up yang mana pending kan? Ok dah masuk to do list lepas ni.

Ni I nak gebang pasal birthday Mak pulak hari tu. 06.11.1961. Senang nak ingat birthday Mak sebab banyak satu. Heheh. Birthday arwah Abah pun senang ingat sebab hari bertunang I. Tarikh Abah meninggal pun senang ingat sebab hari bersanding sebelah lelaki kan. Ermmm...

And so masa birthday Mak tu ialah weekdays so tak dapat la nak arrange apa-apa. Weekend tu, baru bawak Mak pi dinner. Kami pi anak beranak kami ja. Senang nak plan. Kalau nak ajak habis semua pakcik makcik sepupu sepapat, sampai birthday tahun depan pun belum tentu settle. Buat surprise kat Mak ni. Mak taktau pun nak pi makan-makan sempena birthday dia. Mak taktau jugak I dengan Kak akan join. Sara bagi idea yang dia akan ajak mak keluar macam nak pi makan ja. Bawak Mak pi De' Pauh. Ha nak buat decision nak makan mana pun punya la susah hoi. Seperti biasa, Noeda jugak lah yang kena curahkan idea.

Mak tak perasan mula. Pastu dia nampak keta Kak. Lepas tu nampak keta I pulak. Hahah. Menangis Mak sebab terkejut. :') Sayang mak.

Besday girl terharu lagi sekali bila bawak keluar kek. She wasn't expecting the cake though.



Tak sama langsung muka kami 3 orang kan? Tang dagu ja masing-masing ada keunikannya. Eh terpuji diri sendiri plak.

Dikman pun tak sama kan?

Mak's girls. Sorang lagi kena ambik gambar. Heheh.

Rifqi. Walaupun nakal and menyesakkan dada, Mak Aunty tetap rindu dan sayang awak.


Si debob. Yang mana? Heheh.

Happy birthday Mak! Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur Mak untuk bersama kami. Untuk kami balas jasa-jasa baik Mak. Walaupun mungkin Mak bukanlah ibu yang paling sempurna kalau nak dibandingkan dengan ibu orang lain, tetap di hati kami Mak dah beri yang terbaik anyone could ask for. Takdak orang lain yang boleh faham cara Mak besarkan kami, cara mak tu sendiri melainkan  kami anak-anak Mak. Mungkin bagi orang lain, cara mak tidak disenangi, orang kurang selesa atau tak boleh ngam dengan Mak, tapi kami anak-anak mak paling senang dengan Mak, paling selesa dengan Mak, paling boleh ngam dengan Mak. Mak mak yang sporting. Tak pernah kongkong hidup anak-anak. Alhamdulillah jadi orang jugak anak-anak Mak. Mak tak pernah lay a finger pun kat anak-anak Mak. Walaupun cara kita tunjuk kasih sayang tak sama macam orang lain. Kita tak reti nak bersayang-sayang. Tak reti nak message-message ayat-ayat cinta sesama kita. Tapi kita tau memang kasih sayang kita tak pernah berkurang. No need to be told. Walaupun kami anak-anak tak pernah diberitahu yang Mak doakan kami, tapi kami tau Mak selalu doakan kami. Kalau tak, mana mai all these good things in our life kalau bukan through your prayers? And kami pun tak perlu nak bagitau Mak kami doakan Mak. Mak sentiasa ada dalam doa kami. Kami hanya doakan Mak diberikan kesihatan yang bagus supaya Mak ada untuk kami balas jasa Mak yang sememangnya tidak terbalas pun. Supaya Mak dapat merasa kesenangan yang diberikan oleh anak-anak hasil daripada doa Mak. Mak, walaupun the whole world is against you, cek Nooraida Binti Md Noordin will always be by your side walaupun syurga cek dok ada kat CCI. Muehmuehmueh.

Hashtag sayasayangmaksaya.

No comments:

Post a Comment