Tuesday, 18 November 2014

Penang - Last Day

Assalamualaikum..

I is sad dah last day. Tapi I is happy sebab dah habis pun cerita Penang ni. Hahahha. 

So the last day tu memang dah tak menilau mana-mana dah. Memang terus semua ke airport sebab semua pun berlepas berterabur. Pagi tu seperti biasa tugas membeli brekfes secara otometik jatuh kepada abam Ijoi. Hahaha. Hampeh sangat kan. Padahal laki aku ada. Siap dengan motor lagi. Tapi tak sure la pasaipa I tak suruh Hubs ja pi beli. Kan? Hmmm..Sorry Ijoi. Baru hari ni teringat. Hahaha. Dia beli nasi lemak. Ok la rasa. Sambal ja masam sikit. I pesan suruh beli nasi lemak Abg Is. Abg Is tutup pulak hari Ahad. T.T

Haloh haloh Cik Yam & Abam Sado ku....Senang ja Hubs nak pancing Mayam ni. Bagi fon kata nak selfie. Tok tek tok tek dia mai jalan dok atas riba. Hahah.
Semua dah siap-siap packing & kemas rumah tu, terus teruskan perjalanan ke airport. Kena keluar awal sebab keta Yazid lowered tahap gaban. Kena bawak slow-slow. Memang makan angin sungguh. Hewhewhew. 

1st flight was Aja. Rilek je makcik tu check in apa pun tak lagi pastu berlari. Lepas tu Doc, Syafa & Mien pulak. Diikkuti oleh Farah, Ijoi sekeluarga. Akhir sekali ialah Dayah dan ibunya. Dewi? Hmmmm kalau boleh nak mintak keja kat Penang tu.

Babai Aunty Pahhhh. 

Dewi boleh rilek-rilek lagi tak balik. I rasa si Yazid tu jadi malas nak balik sebab memikirkan the long drive kot. Kalau I pun fuhhh. Dah la drive sorang-sorang. Si Dewi tu kaki bangku. Eh? Dari Ahad bawak ke Isnin. I pun MC Isnin tu. Tak sihat. Lagi la depa ni lemak takmau balik. Hahah. Dah petang sikit baru gerak. Yazid tu bukan buat apa pun. Makan, tido, makan, tido. Tu ja keja dia. Boleh noh? Kalau I, rela balik ja terus. Hahaha. 

Tu pun masa diorang cakap nak balik, I tak pecaya. Depa ni ada potensi untuk kona kot lain. Takut satgi malam tiba-tiba "Da, aku nak parking mana ni kat rumah ko? Yazid tak jadi balik". Hahahhaha. Ada aku beli tiket bas kat depa suruh balik. Sampa Dewi hantar gambar ni baru I pecaya. Huahuahua.

Bukan I nak menghalau..tapi depa kerja..lagipun perjalanan jauh tu. Bukan takat KL. JB kot. Hujung ni sampai hujung nuh.

Dewi boleh buat lawak pulak hantar gambar ni. Ni kunci spare keta I!!
(*__*)"

Akhirnya, semua dah balik. Kembali sunyi hidup I. Cewahh gitu. Hahah. Banyak kekurangan I rasa depa mai kali ni. Sebab condition I ni, I tak boleh nak bawak depa all out. Tak boleh nak layan depa sesempurna mungkin. Contohnya beli makan pagi. Hahaha. I kan ada masalah sikit nak bangun awal pagi ni. Hehehe. Dah pulak tu, boleh pulak tak suruh Hubs ja yang pi beli makan. Haih..bila fikir balik, apa la Ijoi fikir nanti kan..mesti takmau mai dah. Gagagaga.

Anyway, I had lotsa fun during those few days. Macam-macam peel. Macam-macam ragam. Tapi memang dah biasa pun sebab dari dulu masa Jengka pun dah tau macam-macam hal sikit budak-budak ni. Kami berkawan ramai-ramai. So what do you expect? Living with a pack of teenagers with hormonal imbalance?? Drama beb drama! Hahah. Ni pulak usia dah meningkat. You can expect more changes. Tapi less drama lah. Whatever lah drama soprano ka samarinda ka, I still & will always love you people. Kawan ada macam-macam jenis kawan. Kawan rapat pun ramai dan macam-macam jenis. Tapi setiap jenis, ada keistimewaannya sendiri. And you guys sure have your own!

Thank you for coming over sayang-sayang. Nanti aku balas balik melawat korang kat KL pulak ok?

Much Love! 
-XOXO-


No comments:

Post a Comment