Friday, 7 November 2014

Penang - Day 3

Assalamualaikum...

Ha mai cepat cepat cepat I nak cerita pasal day 3 pulak. Tapi sat dok kena ingat balik what happened on day 3. Haha. Lupa dah. Faktor umur uols.

Day 3 ialah hari jumaat. Haaa hari ni complete dah semua dah sampai. Pagi-pagi I bangun dengan tak mandi, I keluar pi beli koay teow th'ng market FRU kat depa. Kalau mandi jadi lambat punya cerita sebab Aja was scheduled to arrive at 10.10am. Lepas dah bagi depa makan tengah siap-siap, Aja bagitau flight dia delay. Pukul 11am baru gerak. Wadehellll sangat. Ingatkan Airasia ja suka buat perangai delay ni. Malindo pun sama? Eh Malindo ke Ja? Takpa lah tak ingat. Hahha. So kami pun pelan-pelan la siap. Then teringat nak makan cendol. Tepi rumah I kat All Season Park tu ada Teochew Chendul. Mari kita pi jengah. Sekali hampa. Tak bukak lagi uols. Katanya pukul 12pm camtu baru bukak. Mana sempat kan. Ok fine kita pi makan petang nanti ja. Terus ke airport amik Aja. Doc nak singgah MNG sat nak beli sunglasses. Ok jom singgah Queensbay sat. Tak semua pun turun. I dengan Doc ja. Kalau semua turun, jadi lambat punya cerita pulak. Anyway, thanks Doc..you know what I mean :)



On the way to the airport...




Posing kat airport pun bolehhhhhh...

Yeay Aja sampai..Aja kata buruk gila gambar dia ni. Macam orang jual kopok tepi jalan. Kerlas tau orang jual kopok bawak henbeg LV & luggage trolley UCOB. Tapi Ja, gambo ni yang paling elok pun. Ampunkan kemalasan diri ini nak snap elok-elok.

Dah tengahari ni semua pakat berkeroncong dah perut. I bawak depa pi makan kat Nasi Padang Mak Ikha. Puassss. Dok puji kata sedap dan murah. Lega I. I takut kalau bawak pi makan tempat orang rasa tak sedap ka apa. Yelah, sedap to kita, tak semestinya sedap to orang lain kan.

Ooiii lama iklan ni. I start tulis ni sebelum pukul 10am tadi. Ni dah 3.30pm dok takat ni. Sabor ye sabor. Sabor untuk diri sendiri. Ok chow. Nak buat kerja dulu.

Alamak aihhh..memang tak sempat la nak habiskan hari ni. Sorry sangat-sangat. Koranggg...I sambung minggu depan boleh? Tak boleh pun kena boleh jugak. Kesian ibu mengandung ni. Hahaha. Nanti I update dalam entry ni jugak tau. So ampa masuk tengok entry ni jugak ok? Ececehh macam lah ada entry lain akan naik. Hahah.

Tata semua orang. Mari kita gelak lagi untuk hilangkan stress. HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.

Ok mari sambung. Sedihnya lunch time pun tak makan ni. Sebab kerja jenis depends on orang punya schedule kan. Kalau orang tu tak boleh nak bagitau what time, kita pun tak boleh la nak agak kan. Aaahh malas fikir.

Lepas makan, kami saja try pi tengok hotel tu dah boleh check in belum. I bookkan depa Nur-Ancasa Express. Dekat Jalan Kolam tu. Betul-betul tengah town. Alhamdulillah dah boleh check in. So semua boleh angkut bag letak dulu dalam bilik. Oh kami ambik service apartment. Ada 3 bilik. Ok price for 1 night not bad. Murah jugak. Bersih pun bersih tempat tu. Go check it out ok. Cuma tengah-tengah laman tempat tu ada makam pulak dah. Hehee. Tapi takpala..kita bukan buat benda jahat pun kan..Nak takut apa. Alhamdulillah lah takdak apa-apa pelik berlaku. Siap ada 2 orang babies lagi malam tu :)

Sementara nak tunggu Farah sampai petang tu, I bawak depa jalan-jalan Armenian Street. Sekejap ja dapat jalan sebab hujan before tu. So dapat rehat-rehat sat kat hotel sementera tunggu hujan berhenti.

I longgok semua gambar-gambar kat bawah ok?




Sadly ini saja gambar yang ada :(

And then ke airport kita untuk ambik Farah pulak. Yeay last batch!

Actually Farah mai dengan Husband dia, Ijoi. Ijoi dah tolak bag masa ni. Kami suruh Farah berdiri tengah-tengah jalan sebab nak ambik gambar. Hahah.

Ni dah petang sangat time ni. So I bawak depa pi makan cendol. I plan nak bawak makan cendol beratoq kat Penang Road tu. Tapi ada yang tak kuasa nak beratoq panjang-panjang. Hahah. So mari lah kita makan Teow Chew Chendul yang kat Komtar Walk tu ja. Duduk dan order saja. Padahal tokey sama. Cuma yang beratoq tu feel dia lain sikit. Hahah.

Hahah gambaar blur pun masuk. Sebab dah takdak gambar lain dah masa makan cendoi ni.

Lepas makan cendol, terus balik hotel. Semua memang berdekatan situ ja. Tapi tau saja lah jalan jam hari Jumaat orang balik kerja camna kan. I hantar depa kat hotel, terus I balik rumah sat. Nak freshen up apa patut lepas tu pi balik kat depa for dinner. Nak la bawak depa pi makan nasi mamak. Tapi semua dah tak kuasa nak keluar. Letih katanya. So depa suruh tapau. I tapau kan nasi ketapang ja. I tak tidur situ malam tu. I balik rumah. Tengah-tengah dok tengok tv kat hotel, boleh pulak I terlelap. Dah bangun tengok semua pun nak tidur dah, I balik ja la.

Esok pagi tu I bangun terlambat sikit. Depa pi beli brekfes sendiri. Rasa bersalah pulak. Nanti I cerita in the next entry ok?

Tata.

Thank you loves for being so patient with me.

:)

No comments:

Post a Comment