|
Bajet cun sat. Laaa. Baru perasan I got photobombed! |
Assalamualaikum WBT.
Hai hai. Kat ofis ni tinggal berapa kerat ja staff. Semua cuti raya. Termasuk la my boss. I ja yang rajin mai jugak kerja. Bukan sebab rajin sangat pun lah. Sebab tak cukup cuti dah. Heheh. Tinggal dua hari ja lagi. Sehari reserved for Dewi's reception. Lagi satu tu tengok lah maybe for Syana's reception.
Hadoi memang takdak mood nak buat kerja ni. Takmau buat boleh tak? Nak lepak ja sampai habis office hour? Dok bayangkan duduk rumah dengan cuaca yang sebegini. Aduhai enak sekali.
*Sila lah tahu bahawasanya dua perangkap diatas took me setengah jam. Hahah. Malasssss*
Ingat tak I cakap raya haji esok ni I pi rumah pakcik I ja? Change of plan. After deep-deep consideration, I decided to usulkan kat Hubs nak pi rumah makcik dia jugak lah. I rasa tak syok & ralat pulak kalau tak pi. Sebab kata pun buat kenduri kan. Jauh pun jauh la. Asalkan I tak mengecilkan hati siapa-siapa. Lantak lah Hubs ikhlas ka tak. Hahaha. Dia tu kalau hari cuti, dia tak suka ke sana ke sini. Satu tempat ja diperuntukkan. Tapi I think I just have to letak sat apa yang dia mau tu kat tepi. Sebab benda ni pun setahun sekali ja. Takpa lah. Kalau orang korban lembu, kita korbanlah tenaga & masa. After all, ini semua investment. IFYWIM. Lets pray esok is a good day. Allah kurniakan tenaga yang banyak to Kamaruzaman, kesabaran yang tinggi juga. Hahahah. Amin.
Semalam we alls pi merisik for my cousin brother. Haishh they grew up too fast. I can still remember them being very small & all naughty. By them I mean dengan my little brother sekali. Dah nak jadi bapak orang dah tu pun. Tengah tunggu masa ja tu. Aktif kemain baby dalam perut. Seru ja nama, berkelodak bergerak. Sampai kadang-kadang bersegi-segi perut Sara. Hahah. Mak aunty can't wait to see you baby boy!
Eh nak cita pasal merisik ni kan. Merisik ni for my cousin Bei. Nama dia Salihin. Tapi kami panggil Bei sebab dia dari kecil memang kulit & muka jenis macam Bhai. Orang Penang pulak tak panggil Bhai. Tapi kami sebut as Bei. Paham? Dia dah couple dengan Fazilah (sama nama mak I ok?) agak bertahun-tahun jugak. Pernah la terkandas di tengah jalan tapi Alhamdulillah cinta bertaut kembali. And now they are taking one step further. Syukur.
Kami bertandang ke rumah perempuan dalam pukul 3ish camtu. Hujan pulak masa tu. Nyaman la tapi becak la kan. Habis berbincang & kata sepakat dah dicapai & konfem anak dara masih belum dimiliki, terus dijamu makan. Yess! Tapi patutnya kalau merisik, orang tua 4-5 orang ja kan? Ni kami bawak 1 battalion kot. Hahah. Sapa suruh semawa "mai la semua". Memang semua mai. Hubs ja tak ikut. Sebab nak tengok MotoGP kat rumah. And as I said, dia hari cuti susah sikit nak ajak join majlis-majlis keramaian ni. Tak banyak benda nak cakap. Banyak gambar ja nak jamu.
|
Cincin merisik. |
|
Anak-anak dara. Awwww. |
|
Anak dara yang telah dibooked. |
|
Mine. 1st round. Hehehe. |
|
The ladies of my side. |
|
Half of our clan. |
|
Half of their clan. |
|
The ladies of their side. |
|
Couzies & kesayangans. |
|
Me with pretty Nur Yasmin Qhairiesha. |
|
Khalif Iman Hasyiem my love. |
That was my weekend story. Sabtu tak buat apa pun. Eh ada lah. Sabtu I went to Taman Belia dengan Ikha. Aerobik katanya. Puas tau dapat peluh berceroi camtu. Ada sikit picture. Kat bawah k.
|
Terus rasa gagah perkasa. |
|
Sikurus Ikha. |
|
Ini dinner malam tu. Hewhewhew. Damn. Lapar. |
I think enough la for today kot. Rabu nanti I balik ofis, I will update how my Raya Haji went ok? For now, kepada sesiapa yang berpuasa Arafah pada hari ni, selamat berpuasa. Semoga puasa sunat kita hari ni, will be counted as we had done Ibadah for 2 years. In Shaa Allah.
And tak lupa juga saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua yang beragama Islam yang mengenali diri saya secara langsung atau tidak langsung. Nak tuju lagu boleh?
;-)
No comments:
Post a Comment