Mesti rindu banyaaaakkkk kan?
Hehehe macam Khalif tanya ibu dia "Ibu sayang baby ka sayang banyak?". He won't take no for an answer. Hahaha. Kecik-kecik dah pandai manipulate.
Anyhooooo, it has been verrryyyyy hectic days starting dari sabtu lepas. Weekdays lepas takyah cakap la. Mana ada weekdays I yang relaxing. Huhuhu. Sabtu tu bergegas pi rokwok cari buah untuk hantaran. Pastu pi hospital tengok Sara. Dia dah dok sakit-sakit perut. Tapi tak beranak lagi. Dia sepatutnya check in hari sabtu tu la tapi pukul 4am dah sakit sendiri. Terus pi serah diri. Tapi dok la 3cm dari subuh sampai petang. Kami gerak dulu ke rumah acu. Tak boleh tunggu dah sebab nak kena finalise hantaran pulak. Sebelum ke rumah acu, sempat lagi pi Komtar sat beli baju untuk pakai ahad. Hehehehhehehe. Klutang klutang bersilat gayong kat rumah acu, pukul 11pm baru balik rumah. Penat hoiii. Ahad pagi kena bangun awal p rehearsal kat BTC, Bukit Minyak pulak. Tidor pulak sekejap-sekejap terganggu sebab mak dok call cakap Sara dah nak bersalin, then bersalin dah. Alhamdulillah. Hoopppyyy sangattttt. Tak kisah pun mak call 10x nak bagitau apa-apa. Good news maaaa. Ok nanti pasal baby I cerita next entry ok. Ni I nak cerita & bagi uols tengok gambar-gambar masa tunang tu sikit.
I balik dari buat keja kat BTC dalam 12ish sampai rumah. Kalut-kalut iron baju la basuh baju sikit la sidai apa bagai, terus siap-siap nak turun pi ambik mama, abah & tok. Then sampai rumah mak, tunggu berkumpul ramai-ramai. Ada la dalam 11 kereta. Bertunang saja sampai 11 kereta. Tu la sapa suruh semawa family I "Mai semua sekali tau". Memang SEMUA sekali la mai. Hahaha.
Ok jom tengok-tengok gambar ok? I cerita-cerita sikit along the way aitee?
Dihadapan rumah ponu. Tu nampak kereta Naza tu? Tu kereta kakak I. Boleh pulak dia eksyen nak parking kat padang depan tu. Biasala padang kalau lepas hujan mesti berselut kan? Boleh pulak kereta stuck dalam selut tu. Hadoiiyaii. Dekat stengah jam pulak semua orang tunggu Nasir (boyfriend kakchak) alihkan kereta. Dah berjaya, masuk pulak dalam lubang kat tepi rumput-rumput tu. Hahahah. Nasib baik ada sorang badang kat situ. Dia angkat sekali ja kot blah depan kereta tu. Fuhh nasib baik takdak kecederaan serius terhadap siapa-siapa mahupun Naza Ria tu.
The entourage.
Me looking like a midget. Thank you photographer T___T
Kakchak mengantok sangat.
Rasanya kasut aku dah cukup tinggi. Tinggi lagi budak Wani ni.
Aku : B ni tak mesra la. Mai la dekat sikit. Peluk la sikit.
Hubs : Hishh. Malu la kat orang ramai ni. Depan rumah orang kena sopan sikit.
(Amboi dia. Ka jaga saham?)
Mana mungkin takdak selfie? Kannnn. Ha ni la baju bidan terjun. Beli last minute. Hoppy sangat sebab tantekkk dan selesa dan tidak panas.
Lepas ni dapat kontrak buat hantaran untuk depa ni pulak kot? Heheh. Sama-sama kita doakan ok?
Hantaran dari pihak perempuan.
Hantaran balas dari pihak lelaki. Ni la yang kami dok bertungkus lumus buat. Hasilnya tiptop. Haruslah puji diri sendiri. Sapa lagi la yang nak puji kan?*ayat mau sedih*
The strong ladies in my life.
Perbincangan bakal bermula.
Anak dara dah dipanggil keluar. Cantik baju dia.
Sesi sarung cincin. Alhamdulillah.
Ni maksu I. Yang paling bongsu dalam 5 beradik.
Hefy lettew.
Sesi suap gula. Ramai lagi yang suap gula sebenarnya tapi I dah tak daya nak pi snap pics. Crowded gila depan pelamin tu. Semua dok tala camera. Fazilah kalau pi check darah hari tu, mesti paras gula ditahap yang membimbangkan.
Nak jugak dok atas pelamin. Baju titew feeling pwincess kan? *muntah pelangi*
Ni semua sepupu-sepupu perempuan I. Haaa laki blakang tu la Bei. I tak suka pic ni sebab cuaca panas sangat membuatkan muka I kembang. Ok salahkan cuaca.
Tanpa membuang masa lagi, marilah mencekik. Masa ni dah almost 4pm. Baru nak lunch. Hari tu depa buat nasi hujan panas, ayam masak pedas, daging masak hitam, acar, sayur kubis, laksa, bubur kacang & kuih muih. But I makan ni ja. I kan tak boleh makan dalam keadaan hiruk pikuk & panas. Mengada kan?
Dah selesai semua kat sini, terus shoot ke Hospital beramai-ramai. Dengan berbaju kurung, dengan semua dah naik masam, fedulik hapa kan. Nak tengok Naufallllllll!!!!
To Salihin & Fazilah, semoga bertabah disepanjang tempoh pertunangan ini. Banyak dugaan yang akan mendatang dalam tempoh ni. Kakcik harap cek apa kuatkan semangat, berfikiran rasional, jangan pro long masalah, settle secara baik, fikir panjang, jaga nama family & bahagia hingga ke akhir hayat. Takat problem sikit-sikit tu, bawak berbincang tak kira la susah mana pun. Kalau rasa tak boleh nak berbincang lagi, bagi masa sikit untuk diri sendiri dan pasangan. In shaa Allah, jika niat kita betul, Allah akan permudahkan urusan kita. Allah uji waktu bertunang ni sebab dia nak kita bukak mata dengan perangai pasangan masing-masing. Dia nak kita get mentally & physically prepared dengan dugaan selepas kahwin pulak. Jangan terlalu fokus dengan persiapan perkahwinan sampai kita lupa persiapan untuk berumahtangga nanti. Everyone will tell you it won't be easy but you yourself must know that it can get very hard. Kakcik doakan cek apa sabar banyak-banyak & good luck!
Next entry is all about Aisy Naufal Mikhail.
Keep on refreshing sweets!
No comments:
Post a Comment