Wednesday 23 October 2013

Tatacara diatas jalan raya.

You all tak salah blog. Ini bukan website JPJ ye kawan-kawan. Ini memang Aida Noordin yang punya. Huhihuhi.

Hari ni I nak berletiaq agak panjang. Sebab I hangin kadang-kadang dengan pengguna jalan raya yang lain. Tak la semua. Tapi some of them are just plain stupid, ignorance & selfish. Wah marah sangat bunyinya. Nak nak lagi time holiday. I knw I know Penang is a tourist attraction state. And I welcome everyone OK. Sat semua  merajuk takmau mai dah pulak jenuh. Kurang profit nasi padang. Eh? Mai cek mai nahhhhh.

Cuma I tak tahan tu la. Dah tak tau jalan tu, sebelum starts your journey, set your route, set your GPS, set your WAZE or whatever lah ampa nak set tu set dulu. Ini dah dekat simpang baru suddenly nak masuk lah, berhenti tengah-tengah jalan because you just can't decide which junction to take. Hoihh bahaya to semua orang kotttt. Dah la kat Penang ni nisbah motor kepada kereta adalah 57:1. Agak-agak la sikit. Seriau kadang-kadang tau.

Tapi bukan outsiders saja la yang perangai camni. Even orang Penang sendiri ni jugak perangai aiyyyoooyyoo. Sebab ni kawasan depa, depa buat macam harta depa. Semua orang bayar roadtax, tapi setengah orang takmau mati cepat. Tak semua orang in a hurry or laid back "sangat" macam ampa. Aku memang ada jugak kadang-kadang buat kesalahan kecil macam u-turn kat tempat yang tak boleh or lampu dok merah lagi tapi terus masuk jugak. Tapi I tengok tempat la jugak. Takdak la tengah-tengah sesak tu I buat perangai hina camtu. Yang lampu merah tu kat rumah I ja I selalu buat. Tapi I pastikan memang takdak kereta nak keluar dari simpang tu & takdak kereta langsung dok mai dari arah bertentangan. Even sebijik motor apek dok pelan-pelan turun dari bukit tu pun I dah takut nak masuk simpang. Dah la bukit. Seram weih nak main masuk ja camtu. Rumah I tu pun bleh tahan seram selalu sangat accident kat situ. Kalau tak accident, punya lama tak accident. Kalau sekali accident, satgi lagi 10min nanti accident lagi kat tempat yang sama. Kadang-kadang satu malam boleh rekod 4 accident. Takuit.

Gigih tau I dok list down the basic rules yang I rasa essential to avoid dari kena maki dengan orang lain. Ni I cakap melalui pengalaman I sendiri la. Memandu kat dalam Penang ni bukan satu benda yang mudah dan menyenangkan. And I mostly kena drive during rush hours. Time orang pi kerja & time balik kerja. Rumah I pulak kat Air Itam. Orang Penang tau la betapa meluatnya jem kat Air Itam ni. Ada 2 ja access in & out. Ada thousands of homes kat dalam Air Itam tu. Yeah use your imagination.

SIGNAL
Tolong bagi signal boleh? Nama pun indicator. You flick the stick to indicates where you're going, genius! Just one flick away that makes a big difference. Why I say a big difference? Bayangkan you nak masuk simpang tapi tak bagi signal. Memang you dah slow down your car ka tekan brek ka tapi kereta belakang boleh tau ka yang you slow down tu sebab you nak masuk simpang? Padahal masa tu jalan depan you kosong. Kalau kereta belakang tengah laju? Tak ka tak sempat elak tercium pulak pungkok you? Even worse, motorcyclist. Let say you nak masuk simpang blah kiri. Usually motor nanti dok blah kiri jalan kan. You main masuk semborono macam tu ja. Tak ka celaka namanya tu? Haihhh aku cukup seriau kalau keadaan camtu. Walaupun segelintir penunggang-penunggang motosikal kat Penang ni kategori celaka, tapi kalau kena kat adik beradik kita? Choiiii. Mintak simpang.

KELUAR SIMPANG
Yang ni I dedicate truly yours kepada penunggang-penunggang motosikal. Kat Penang ni macam ada culture tau. Culture keluar simpang ikut suka. Depa tak peduli dah you dok mai laju dari jauh ka you hon sampai nak tertembus stereng ka you bagi highlight guna spotlight stadium ka. Depa keluar in their own sweet time macam takdak apa-apa berlaku. I dah berapa kali kena elak sebab takmau berlanggar depa. I elak depa, few times ada keta belah kanan I pulak. Hare betoi. Kalau I pulak p langgar keta kanan tu? Naya hoi. Yang memusibatullahkan lagi depa ni, bila kita take over depa, depa pulak yang hon kita. Terus gegel konfius. Aku kah yang bersalah?? Jangan la camtu uols. Lu membahayakan diri lu ja sebenarnya. Kami dok dalam kereta even berlaga sesama sendiri pun tak pa. Still dalam kereta. Lu kalau gua langgaq jatuh tergolek dok cium tar camna? Gua jugak yang salah nanti. Silap haribulan lu elok punya tercelepuk dalam parit ka? Patah sana sini? Satu hal pulak kan. Tunggu la sat jalan clear sikit baru keluar. Memang la lu rasa jalan tu besar, lu ambik space pun sikit ja. Tapi lu tak sedar sebenarnya lu amik side luas kot. Seriau tau tak? Lengchai suda mari maaaa. Eee Hubs selalu cakap camtu kalau I cakap kasaq sikit. Hai Jai. *lambai-lambai tangan kat Adi Putra*

BERI LALUAN
Berdosa ka kalau bagi orang jalan sat i.e keluar simpang? Bukan keluar simpang yang keluar simpang tu tau. Yang macam keluar simpang boleh keluar terus tapi slow-slow lorong tu semakin mengecil. Yang macam lorong "sila beri laluan" tu. Paham tak ni? I try google pun I taktau nak bubuh keyword apa. Hahaha. Takpalah ampa paham-paham sendiri lah. Panjang nau explanation. Anyway, my point is, setahu I dekat simpang yang macam ni, you kena guna sistem gilir-gilir. Lepas keta depan you jalan, bagi la ruang sikit bagi keta yang baru keluar simpang tu keluar masuk lane you. Pastu you jalan la. Then seterusnya kereta belakang pulak bagi kereta sebelah dia masuk depan dia. Bukannya nak potong queue uols pun. Dah dia baru keluar simpang. Selalunya ada bangsa-bangsa yang jenis "Mampoih pi kat ampa. Aku nak jalan dulu. Satgi terlepas pulak I Love You Mr Arrogant". Puuuiii. Jenis bangsa ni I tak boleh pandang. Hamagad takat you bagi your few seconds ja kat orang pun nak berkira ka? I pelik sangat. Kadang-kadang tu kita rasa sempat kita keluar simpang tu tapi si pirashat kat belakang tu dari jauh dah dok hon. Makalihamput lah. Come on, be a considerate road user. Tak luak duit ampa sekupang pun.

PETAK KUNING
Rasanya depa ni nampak petak kuning tu macam tikaq kot. Dok piknik atas tikaq. Tolong lah jangan dok dalam petak kuning tu. Jangan bangsat sangat boleh. I bara gila kalau nak keluar simpang tak boleh sebab ada maarok sintok dok dalam petak kuning tu. Buat muka toya pulak tu. Kalau I nak keluar simpang nak ke arah yang sama dengan dia takpa la I boleh tutup mata lagi buat taktau. Tapi kalau nak get to the other side tu yang tak leh tahan. Kena plak jalan blah sana dah line clear. Geram gila rasa macam nak turun kereta tumbuk muka dia. Hahahah. I faham kalau memang you terlajak salah budget. Dok ingat muat kereta you sebelum kotak tu. That of course if you're driving a kancil. Kalau bawah Honda Civic ka memang la tak lepas cik! Ok ok fine you tersalah budget. At least have that courtesy to tengok orang yang nak keluar simpang tu & angkat tangan tanda you are sorry. Bukan tengok depan ja buat muka mintak penampaq. I pun mengaku I pernah terlajak jugak terduduk dalam kotak kuning tu. Tapi I did took some effort mintak maaf kat kereta yang nak keluar tu. And it felt good.

TENTUKAN LORONG ANDA
Haihh..kalau dah tau nak masuk simpang blah kiri tu, duduk la blah kiri siap-siap. Ni dah dekat sangat baru switch lane tiba-tiba. Bukan I tak boleh bagi jalan. Boleh cuma bagitau la awal-awal. Fuhh berderau darah manis tau tiba-tiba uols mai lompat depan I. Lagi satu, kalau kat highway ka atas bridge ka uols nak makan angin tengok pemandangan pun, duduk la blah lane kiri yakni lane slow. Ni bawak slow tapi dok blah kanan. Hangitttt ja rasa dok belakang tau. You membahayakan orang yang dok bawak laju. Tiba-tiba emergency break sebab you bawak slow sangat. Tapi ni bukan only implies to cars only. Yang bawak motor punnnn....hhhhmmmm...dok tengah-tengah jalan macam dia bayar roadtax lebih. Hubs selalu kata kalau nak dok tengah jalan boleh tapi laju la. Jangan kacau orang. Ni dok tengah jalan, makan angin jugak dia pun. I kalau time balik kerja tengok orang bawak motor dok tengah jalan rasa macam nak jentik bagi terpelanting. Hahah. Dok buat macam size king kong. So pesanan penaja disini, bawak kereta ka bawak motor ka tengok-tengok la sama tempat & pemandu lain dibelakang. Jangan bahayakan nyawa anda dan jugak orang lain. Tak kesian kat diri sendiri, kesian kat family yang tunggu anda dirumah. Ewah macam iklan raya. Huhihuhi.

READY. GET SET. GO.
Ampa pernah encounter tak lampu hijau baru ja menyala, kereta belakang dah hon? Bara kan? Bara kan? Apa yang rushing sangat pun taktau lah. Masalahnya baru menyala tak sampai 2 second. Hon macam kan kita terlepas 2x dah lampu hijau. Yang syok tu kereta yang hon kita tu maybe dalam giliran yang ke 3 atau 4. What do you expect? Bila lampu hijau semua kereta bergerak serentak? Common sense bhai, common sense. Cuba bawak bersabar & muka mata ampa luas-luas. Kereta depan sekali baru ja gerak. It takes a few second la to sampai ke turn ampa. Ya Allah I taktau nak cakap apa dengan orang spesis camni. I cuba nak kaji apa masalah depa & why they acted the way they did. I failed to brain it. Pasepa ha?

Selfie didalam kereta adalah tidak mengapa ya tuan-tuan dan puan-puan jika traffic light masih merah. Memang digalakkan.

Oklah 3 hari punya draft entry ni. Hahahah. Bukan la masuk hati sangat tapi sebab tetiba terbusy pulak haaa. Banyak kali kena pause. Makanya, berhari-hari la nak buat satu entry ni je nye punnn. Ok lah takmau emo-emo dah. Hahaha tulis ni pun nak emo.

Saya undur diri dulu ye. Nak buat keja laju-laju. Satgi Jijah nak mai amik pi lunch. Wootss!

Tatatututifruti.

No comments:

Post a Comment