Isnin datang lagi!
Bosan kan hari isnin? I malas gila hari isnin. Isnin ja mesti fikir "kalau lah tak payah kerja. Buat kerja dari rumah ja kan best?" Tetiap isnin mesti the same thought. Hehhe. Dasar pemalas. Tapi kena la gagahkan diri jugak. Ni ja sumber rezeki sekarang ni. Tapi I motivate diri I sendiri hari ni dengan fikir gaji dah nak masuk lagi beberapa hari. Yeahhuuu. Alhamdulillah bulan ni takdak nak kena buat apa-apa. Boleh soppiinnnkkk! Hehhe. Tengok la. Duit belum ada physically lagi. Tapi mentally dah habis. Hahah. Masalah perempuan.
You alls. Nak share ni. I kan dok merongot I dok sakit last week kan? Jijah ada bagi petua nak kurangkan sakit. So I try la. Alhamdulillah Allah kurangkan sakit I tu. Lepas tu petang tu jugak I pi mengurut kat Kak Wati. Macam biasa lah. Her touch was incredible. Lepas bertunku terus 100% sakit tak rasa dah. Mai I share kat sini apa petua Jijah bagi ok?
Ambil air panas tahap boleh diminum
Baca Al Fatihah, 3 Qul & Ayat Qursi (walau dalam period, niat nak berubat)
Tiup dalam air tu
Angkat gelas, time nak minum tu selawat 3x
Baca "BISMILLAH ALLAH HUMA..Ya Allah sakit ini ujianMu..ku pohon padaMu sembuhkanlah ku dengan air ini (diminum senafas)
In Shaa Allah...
I rasa la effect kurang sakit tu after 15mins camtu. Thank you Ya Allah you sent me Jijah this time. Syukur.
I ni bukan apa, I dok fikir hari sabtu tu I kena all out nak buat hantaran tunang untuk Bei. Kalau sakit nanti apa kerja pun tak boleh. Tu I kena gak pi urut. Lagi satu memang sakit tak boleh tahan la. Lagi sikit I nak jadi gila dah. 3 hari punya sakit. Huhuhu.
Oh sabtu lepas I kat rumah acu. Buat hantaran tunang untuk Bei. I akan share pic sikit ja tau bekas hantaran tu. Tak boleh banyak-banyak nanti tak bersewi. Hahaha poyo. Nanti I cover cerita pasal hari bertunang tu ok. Tak lama dah. Ahad dok mai ni ja. Ni ada a few pics pada hari berkenaan. Yang nak buat hantaran tu I dengan kak ja. Tapi punya lah ramai pi rumah acu. Penuh rumah. Hahah. Family I memang camni. Suka buat ramai. Tapi I takdak pulak pic ramai-ramai tu sebab I dok pulun buat kerja. Nak bagi habis cepat. Dengan distractions yang dok ada, memang boleh jadi sampai tengah malam. Heheh.
Sopan tak I buat kerja? Mueheheh.
AJK buat riben.
Ni teaser ja. I tunjuk ni ja dulu ok? Nanti next week rajin-rajin refresh blog kalau nak tengok semua. Pandai tak pancing trafik? Macam orang hadap sangat. Hahaha.
Khalif Iman dah bosan sangat dah rupanya.
Rupanya banyak lagi pic yang I tak boleh share. Sebab semua nampak aurat. Haha. Macam mak & my aunties semua dah londeh tudung. Tak elok la I nak letak kat sini kan.
9 dulang siap.
I finished at around 7ish. Hujan maha lebat masa tu. So I pun gerak pi amik Hubs balik dari kerja. Kesian pulak dia nak balik naik motor hujan-hujan lebat camtu. Pastu boleh semalam lupa nak pi amik motor. Excellent sangat. So pagi ni terpaksa la dia bangun awal ikut I keluar pi kerja. Heheh. I suka ja. Hehhe.
Ambil Hubs, terus pi dinner kat Patio tu. Teman si Adam minum-minum. Tapi takdak main dish pun uols. Tapas ja. Order Gambas. Grilled prawn with garlic. Celah gigi ja la makan udang 6 ekoq. Hahaha. Tapi memang marvelous. Tempat pun cantik nak lepak-lepak. Cuma masa tu hujan lebat. So I ambil gambar pun jadi tak cantik. So malas share kat sini :(
The menu book. Comel gila.
Hubs plan nak pi Hard Rock. Tapi gerak dari Patio pun dah 9 lebih. Dia nak pi bank lagi. Pastu boleh jem pulak dekat hospital sebab air naik. Sampai rumah pun dah 10 lebih. Nak siap-siap pulak. Hard Rock tu kalau dekat Giant ja tak pa la. Mau sampai pukul 12am. Pukul 2am dah nak balik? No no no. Buang masa namanya. Tapi I lega jugak tak jadi pi. Tak larat dah I pun. Seharian kan dok pulun buat kerja. Heheh. Tiba-tiba rasa macam lapar. Yala, dah la hujan lebat pastu makan udang 6 ekoq ja mana nak kenyang. Perut la ni pulak daya regangan dah mantap, so lepas mandi terus keluar cari makan. Makan apa tau? Nasi tomato mak esah buncit laaaaaaaaaaaa apa lagiiiiiiii. Heaven!
Ahad macam biasa. Cuma luar biasa sebab kena hantar Ayin ke terminal bus. Dia dah habis cuti raya. So lunch at Mama's. Lepas hantar Ayin, kami pi Queensbay. Tapi macam boring gila. Hubs paksa I beli handbag. Hahah. Paksa ok? Sebab dia bosan. So I pun terpaksa la tunaikan permintaan dia. I takmau derhaka. Hahahah. Tapi Queensbay macam takdak choice. So I ajak dia pi Gurney Plaza. Tapi kat Gurney Plaza pun takdak yang menangkap di jiwa. I dapat seluar kerja & kasut ja. Aldo tengah sale sekarang. Dapat lah merasa Aldo time-time sale ni. Hikhokhikhok. And dapat la jugak hilangkan bosan Hubs. Mithali kan I? *flips hair*
Dengan ini, habis lah cerita weekend I. Fuiyohh. Awal gila habis menulis hari ni. Takpa-takpa. Mana nak pi tau satgi I teringat apa-apa ka nak tulis kan. I up lagi entry. 2 entry di hari isnin? Jarang-jarang berlaku ye.
Teirmalah gambar momok.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Momok lapaq nasi tomato.
No comments:
Post a Comment