Assalamualaikum..
Yeahhhuuu...last day kerja hari ni. Lepas tu cuti 9 hari. Sila jeles. And lagi best satgi 12.15pm dah boleh balikkkk. Dia memang last-last ni mood nak keja dah ke laut. Padahal bukan nak balik kampung apa pun. Semua rumah dalam Air Itam ja jugak. Hehehe. Tapi tu lah, bila raya ni, mula la yang dekat pun rasa jauh kalau bukan depan mata. Tsk tsk tsk. Ok takmau sedih-sedih.
So blog ni pun akan ditutup jugak lah seminggu camtu. Tunggu naik keja balik baru kita update. Tapi mana la nak pi tau kan, I bosan ka apa ka cuti lama sangat, I rasa macam nak poyo-poyo up entry Raya Part 1, Part 2 & Part 3 ka..In shaa Allah ada la tu nanti. Kengkonon busy sangat raya ni. Padahal taktau pun nak pi mana lagi.
Dengan itu, I ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaaaa pembaca-pembaca blog I yang I sayang sangat sebab ampa ja those few yang bagi kepercayaan kat I, everyday my jengah & baca apa I merepek. Walaupun blog ni nan hadooo. Eh macam ucapan ambil anugerah pulak. Hewhewhew. I jugak ingin menyusun 10 jari runcing I memohon ampun dan maaf banyak-banyak kalau sepanjang penulisan I yang setahun jagung rebus bubuh susu sedap ini, ada yang terkecil hati, terasa hati atau I ada terkasar bahasa. Maklum lah manusia ni kan. Mungkin bagi I, I rasa OK ja apa I cakap. Mungkin ada antara you all yang takleh terima. So sama-sama kita give & take ok? Kosong-kosong ye kawan-kawan? Be safe on the road!
XOXO.
No comments:
Post a Comment