Assalamualaikum.
Hari ni mengantok over sangat. Rasa nak tahan mata ni dengan gorapi. Gorapi tu mancis. Pelik-pelik kan orang Penang ni? Sebenarnya perkataan "gorapi" tu daripada perkataan "gores api". Kan kita nak light kan mancis tu kena gores-gores kata tepi kotak mancis. Orang Penang pulak memang terkenal dengan kemalasan nak sebut perkataan seketoi-seketoi. Hence, jadilah "gorapi" daripada "gores api". Sama jugak macam "kontehol". Padahal "Council Hall". Ataupun "jomorah". Padahal "jual murah". Comel kan? And yang dua I sebut tu ialah nama tempat tau. Lagi pelik kan?
Eh dah pasaipa tiba-tiba cerita sejarah Pulau Pinang pulakkk...Senang sangat distracted aku ni. Siaran tergendala tadi. En. Haris mai bersembang. Hilang la sikit mengantok. Tapi ni dia dah blah, I sudah mengantok kembali. Ggggrrr camna nak buat ni...lambat lagi nak break time. I dah malas keja dah jugak ni. Sebab next week cuti raya seminggu!! Yaaahooo. Cuti paksaan 3 hari. Rabu - Jumaat. Sebab tempat I ni mostly melayu. And for audit purposes, kami kena ada back up everytime nak amik cuti. So sapa nak back up sapa? Baiklah HR suruh semua ja pi cuti. Heheheh. Gembira saya.
Nak tanya ni. You all dah tua-tua ni, still lagi ka beli baju raya? Baju traditional tu lain la. Itu memang dah jadi kewajipan. I mean baju pi jalan-jalan? Seingat I, I sampai umur 25 ja kot beli baju jalan-jalan raya. Lepas tu takdak dah. Bukan nak berlagak tapi macam baju-baju biasa, selalu pun dah dok beli. So taktau nak "special" kan lagi baju raya tu camna. Macam dulu kecik-kecik lain tau. Arwah Abah mesti bawak kami shopping. Rindu pulak saat-saat tu. Tapi Abah bawak kami pi shopping kat Jomorah ja. Haaa ingat tak Jomorah seperti yang tertera di atas? Hehehe. Murah-murah ja baju kat Jomorah tu. So I takdak la baju brand-brand Kiki Lala ka..Koko ka..Disney ka..or apa-apa yang ada dalam shopping mall tu. Memang baju-baju I masa kecik semua takdak brand. Beli kat kedai-kedai apek ja. Kasut ja la kot nak ada brand sikit. Brand Bata. Keles. Alhamdulillah walaupun tak mahal, takdak brand, tapi Abah tetap akan adakan jugak tiap-tiap tahun untuk kami adik-beradik. Minimum kalau memang Abah takdak duit sangat, 2 pasang sorang. Lengkap lah kiranya ni dari atas sampai bawah. Tapi tak pernah pulak I dengar Abah takdak duit nak beli baju raya kami. Dah dapat baju raya, duit raya pun dapat jugak? Haihh bila fikir balik, besar pengorbanan parents kita kan? Mak tak keja. Arwah Abah keja double. Siang keja gomen. Malam keja part time. Huhuhu.. Tapi bila dah besar sikit tu dah pandai demand. Dah pandai mintak kat Abah nak beli baju kat Parkson. Eh masa tu Super Komtar. Ampa ingat lagi dak? Hehehe. Pastu bukak puasa Abah bawak pi makan kat Tambuah Mas. Kat tingkat 4. Terus rasa anak orang kaya. Haahaha. Bila semakin meningkat dewasa pulak, kawan-kawan semua pi beli baju raya sendiri. I pun mengamuk la kat Abah nak pi beli baju sendiri. Tak dapek ye. Hahaha. Teman kawan ja penyudahnya. Selalunya Nidar lah.
Tapi parents nowadays, sebelum puasa lagi dah pi beli baju raya. Alasannya tak larat nanti bulan puasa dengan orang ramai, dengan anak buat hal nanti. Baik beli siap-siap. No, bukan la I kata it's not right. Itu pendapat masing-masing la kan. Betul jugak dengan kita punya lifestyle, working environment, dengan hyper active nya budak-budak sekarang, memang I setuju jugak parents nowadays buat camtu. Cuma itu lah..kalau nak compare dengan dulu, memang tak rasa la kemeriahan hari raya tu kan...tiap-tiap minggu dok atur shopping complex nak pi cari baju.
Rasa next year takmau beli baju lah. Tunggu bulan puasa baru pi beli baju raya. Just like old days.
Yeah right.
No comments:
Post a Comment