Wednesday, 20 January 2016

Group Passport

Assalamualaikum.

Al kisah nak buat group passport untuk family I termasuk la I sekali. Kami nak masuk Siam raya cina ni. I takmau renew passport lagi. Nanti bulan 3 baru renew. Ada la sebabnya. Rahsiaaaa..So kami nak buat group passport ramai-ramai ja. Ada 13 orang. Ok la tu kan. Saving banyak. 

So Ahad lepas pakat-pakat plan la nak pi buat kat Seberang Jaya sebab branch tu hari-hari bukak. Pukul 6am dah bangun siap-siap nih. Hubs keluar pederas dulu naik motor. Sebab nak ambik no. Hubs kata dia sampai pukul 7.30pm pun dah ramai gila orang tunggu kat luar main gate. Bukak ja main gate semua pakat lari macam masuk Amazing Race. Haha. Punya la nak beratoq dulu.

Begini line kat luar. Ntah yang dapat no 1 tu tunggu dari pukul berapa ntah.

Ini pulak line kat dalam. Depannn sekali tu ialah counter ambik no. 

Haa nak menyampai ke counter ambik no tu ada la sampai pukul 8am lebih. I masa ni dok sibuk lekat-lekat gambar kat borang. Pastu dengar kata borang kena siap isi sebelum dapat no. Kelam kabut jugak lekat gambar & isi ketinggian orang-orang yang tak sempat lagi.

Flawless kan muka Iols? Aunty tu edit sampai terbuang sekali dengan tahi lalat I tu. Hahah. Nasib baik I perasan. Kalau tak, tak legit gambar I. Kang kena amik kat office immigration taknakkkk. Sebab tak edit-edit. Mesti la nak yang meletops kan. Tapi kalau ampa jumpa depan-depan ni memang muka agak ngeri sekarang ni. Jerawat kat area mulut ni banyak gilers. Orang cakap hormon. Ada gak orang cakap jangkitan dari yang sedia ada. Stress kiter tau. Masa edit pic Hubs tu sat ja dia buat. Time pic I, memang lama. Hahahah. Almaklumlah, macam kena draw balik muka sebijik-sebijik. Kah kah.

Haa zoom in sikit. EEeeeeee gerammmmmmmmm. Such an angel masa ambik gambar ni dok bergelak tawa. Sampai ni satu ja gambar yang serious sikit muka. Yang lain dok jelen la dok nganga gelak la. Iloveyouforeverlah.

Ok back to pejabat immigration Seberang Jaya. So, akhirnya Hubs sampai dah kat counter ambik no tu. I pun berjaya siapkan borang just in time. I lari pi counter and I heard Hubs was saying "oooo hari kerja saja ka?" AND MATA I TERUS TERBELIAK LIKE WHAT THE FFFFFFFFFF??

=_="

Seriously guys I taktau nak cakap apa masa tu. I terkebil-kebil tengok kakak counter tu and tengok Hubs. Tengok kakak counter, tengok Hubs. It turns out that PERMOHONAN PASSPORT BERKUMPULAN HANYA BOLEH DIBUAT PADA HARI ISNIN - JUMAAT SAHAJA. Marvellous!

And then depa tanya I mana dapat borang ni? Photostat ka? And I told them I printed out from their website. And yes they told me kena isi borang ORIGINAL SAHAJA. Ohh bestnya surprises! Can't wait to find out more!

Lepas tu there's another borang A1/B1 yang kena isi untuk children under the age of 18 years old. Ohh best sangat. Dalam borang group passport tu cuma tulis kalau the father/guardian of the children atas sesuatu sebab tak dapat hadir, then only to fill in the said form. Ok fine. Memang tak boleh buat apa pun hari tu. So kami tanya habis-habis lah pasal gambar la apa semua. Alhamdulillah gambar semua diterima except for Dikman, Sara & Naufal. Gambaq depa besaq. Kedai gambaq atas Komtar tu menipu. Kata boleh boleh. Nasib baik Dikman pi balik kat dia, dia bagi balik duit. Kalau tak, I nak pi terbalikkan meja dia ja. Gagaga. Oh and please jangan ikut syarat dalam borang tu. Depa tulis situ nak background biru. Tapi la ni punya law kena background PUTIH tau.

Pening la kami nak strategise macammana nak buat. Mau takmau kena ambik cuti jugak dalam minggu ni pi settle. Biasala..family I ni sarang ketaq. Tak boleh dah nak tunggu minggu depan. Kekekeke. So decided Khamis iaitu esok nak pi buat. Dan rupanya kena bawa birthcert budak-budak ni. Original and photocopy. And also IC kita orang tua ni and mykid depa. Semua pun kena copy. Haree la takdak bagitau mana-mana. Ka I yang overlooked dalam website tu taktau la. Dapat tau ni pun sebab semalam I dah siap-siap isi borang semua and pagi tadi Hubs bawak pi immigration kat Padang Kota ni pi tanya ok ka semua? Sebab nak elakkan dapat minor heart attack esok. Moga-moga esok semuanya ok dan habis before 10.30am. At least penyerahan borang habis at that time. Sebab orang nak mai pasang aircond pulak kat rumah I pukul 10.30am. Bongok betoi tak boleh dah nak tukar time.

Pastu nak masuk Siam dengan keta, kena buat insurance Thai. I dah tanya Suraya kena bawa apa nak pi buat insurance. Sue kata bawa grant ja. Tapi ada pulak orang bagitau Kakak I kot kena bawak grant & passport. Punggahhh. Dah tak buat lagi passport nak pi bawak celah mana? Lepas tu yang menjadi tanda tanya lagi, group passport valid ka? Hahahah. Kelakar sangat kalau ingat-ingat balik. Lagi sekali I tanya Sue and dia confirm lagi sekali memang tak payah bawak passport. Tapi knowing my sister, dia memang tak puas hati la. Dia ajak jugak pi Bukit Kayu Hitam pi tanya tempat buat insurance tu sendiri. Hah begitu menggila. I memang protes habis-habisan la. Tak kuasa la haih nak pi sampai sana semata-mata nak tanya saja. Pastu I teringat yang this coming Saturday kami ada kenduri kat Pendang. Why not pi masa tu ja kan. 

Nak dijadikan cerita, I was texting Suraya pasai benda apa ka. Pastu Sue kata dia ada contact untuk buat insurance Thai tak payah pi sana depa boleh courier mai ja terus kat kita. Eh eh eh. Ini sudah lebih baguzzz. Sepantas kilat I call contact tu, sup sap sup sap tudia hari ni siap dah. Dia courier hari ni jugak. In shaa Allah esok sampai. Ampa kalau mau, ampa tanya I for the contact ok? 

Hope this helps jugak kot-kot ada you guys nak pi buat kan. Jangan jadi sangkaribut macam kami ok.
Muahciked :-*

No comments:

Post a Comment